-PenTeman-

Assalammualaikum...

Diambang sambutan hari kemerdekaan pada malam 16 September 2011 Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman luar jangka rakyat Malaysia yang mana menekankan isu kebebasan media dan memansuhkan ISA. Sebelum ini UMNO/BN mempertahankan Akta ini melalui menteri dalam negeri nya. Tetapi kali ini jelas bahawa pengumuman yang dibuat seolah-olah ada udang disebalik batu.

Seperti yang aku duga sekalipun ISA dimansuhkan pasti ada akta-akta lain yang mengikat atau dalam bahasa lainya tindakan pemansuhan ini bersifat kosmetik. Nah, belom mansuhkan lagi pengganti akta ini telah pun dimaklumkan. Apa yang nak dibanggakan dengan pengumuman tentang pemansuhan ISA tu?? Jelas sebenarnya ia sekadar mengaburkan mata rakyat. Dengan tindakan ini lagi membuatkan aku serta ribuan anak muda diluar sana muak dan jijik dengan UMNO/BN dan pimpinannya.

Tengok sahaja menteri2 canggung UMNO/BN, mereka umpama anjing yang setia kepada tuannya. mengikut arahan. Tapi tidak lah aku pelik kerana memang termaktub didalam dasar UMNO/BN mengiyakan ketua mereka,.. kalau ketua masuk longkang, semua wajib ikut ke longkang,.. kalau pemimpin mereka ke neraka makanya semua wajib ke neraka.. kah kah kah kah..

Kebebasan media?? bunyinya macam menarik.. tapi sejauh mana plak perlaksanaannya? Awal-awal lagi pun UMNO/BN dh warning bahawa pertimbangan akta baru langsung tidak melibatkan Oposisi, makanya undang-undang yang bakal dirangkan jelas memihak mereka. inikah ke"bebas"an yang dicanang UMNO/BN?? kah kah kah..

Lihat sahaja lah wahai rakyat sekalian, ISU BERSIH 2.0.. Apa respon najib berhubung perkara itu? ada kebebasan yang cuba dia terapkan? langsung haram.. Menyekat dan mengarahkan menangkap adalah. kalau dari awal lah pihak kerajaan nak kan kebebasan, maka daripada BERSIH 2.0 tempoh hari mereka dh melaksanakannya sedikit demi sedikit. Inilah yang membuatkan aku langsung tak percaya janji-janji atau kata-kata UMNO/BN.

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)