-PenTeman-

Assalammualaikum...
Sekarang bukannya susah tuk bagi tahu satu dunia tentang apa sahaja. Termasuk untuk membongkarkan kekalutan dan berantakan sesuatu perkara. Sehinggakan tak menang tangan tuk mereka-mereka membendung media baru yang cepat, pantas dan ekspress.. Sekarang ramai orang punya blog peribadi.. mereka gunakannya untuk ekspresi pandangan dan meluah perasaan. Itukan hak individu.. Kalau tak masakan ianya tidak perlukan membayar 1 sen pun untuk pendaftaran.

Aku mengambil pendekatan 2 way communication.. Sekali aku kemukakan tajuk perbincangan sekaligus menyatakan pandangan, aku juga mahukan respon daripada sesiapa sahaja. kerana bg aku sepatutnya ia 2 way communication kerana manusiakan punya pendapat masing-masing. Aku hormat pandangan kau, manakala kau juga haruslah menghormati pandangan aku. biarlah ia menjadi perbincangan ilmiah dan matang.

Baru-baru ni, aku ada dapat sepucuk surat daripada pihak HEP unisel yang mana surat tersebut mengaitkan segala isi kandungan post blog peribadi aku sebagai bukti pendakwaan. Alangkah lawaknya bila mereka terlalu terdesak untuk mengaitkan aku kepada segala pertuduhan yang mereka pon tak tahu apa.

Wahai Profesor-profesor kangkung, kau tidak selayaknya digelar dengan gelaran suci itu kerana gelaran yang kau sandang hanya indah kabar dari nampak. Kau tidak langsung tahu apa itu makna teguran dan perjuangan. Alahai Profesor kangkung.

Kalau Selangor ini bukan negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat pasti sahaja alasan dan sebab untuk aku menuntut kebebasan bersuara itu lain. Tapi dasar yang diperkenalkan PR itu jelas membenarkan kebebasan bersuara dan menyata perasaan. Makanya aku mengambil alasa bahawa menjadi tanggungjawab aku untuk memaknakan dasar serta melaksanakan inspirasi kerajaan Pakatan Rakyat sebagai pengemudi Negeri Selagor sekaligus sebagai pimpinan tertinggi Universiti Selangor.

Carilah kau sejuta sebab pon untuk mendakwa aku, tiada sikit pon gentar malah membuatkan pimpinan AKSI semakin kuat dan tabah. Selepas aku tiada dikampus orang yang seribu kali lebih radikal akan m,uncul dan menuntut hak Mahasiswa dan Rakyat..

-Mahasiswa Mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)