-PenTeman-

Assalammualaikum...


Semangat nak kawin =)

Alhamdulillah, kini usia aku mencapai ke angka 23 tahun. Pada usia yang menuju kedewasaan ini pelbagai ceritera hidup serta sejarah(kenangan) telah pun terlakar. samada manis atau pun pahit. seperti aku selalu katakan kepada rakan-rakanku setiap perkara yang kita lalui pasti ianya adalah kelebihan untuk diri kita, jgn sesekali katakan bahawa ia adalah malapetaka atau titik hitam dalam hidup serta kenangan kita. Segala yang terjadi pasti beralasan.

Pada bulan yang sungguh mulia, serta layanannya(Bulan Syawal) juga sungguh baik pada diriku yang banyak leka. Bulan syawal ini seolah-olah memberikan ku sinar harapan yang pasti serta kebaikan. Segalanya baik-baik sahaja, tiada keburukan aku terima malah kebaikan yang aku dapat. Bulan ramadhan telah pun berlalu dengan pelbagai kenangan dan amalan. syawal tiba dengan pengharapan yang jelas.

Ulangtahunku kali ini lebih meriah dengan ratusan (lebih 700) ucapan daripada kenalan samada di dinding FB, skrin HP, Twitter, serta msg2 yang tidak henti-henti tika ini seolah-olah memberi signal jelas bahawa aku sebenarnya disokong dan didokong oleh sekalian kenalan yang mengenali diriku yang bertubuh kecil ini. Aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman, dan juga sahabat-sahabat yang turut mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan diri, keluarga dan perjuangan demi menegakkan KeBENARan.

Ribuan kemaafan aku pohon kepada mana-mana pihak yang terguris dengan lebih kurang perilaku dan bicara tambahan, tidak pula diri ini mengucapkan sebarang ucapan ulangtahun kelahiran kepada kalian sekalian. Tahu sahaja diri ini tidaklah selalu "aktif" dengan laman sesawang ini. Ucapan ribuan kemaafan aku hulurkan.

Tiada kata semanis bicara Terima Kasih yang bisa aku luahkan kepada kalian semua. Doakan yang terbaik demi perjuangan yang HAK.. Demi Mahasiswa, Anak Muda dan Rakyat.!!!

Akhir kalam, salam perjuangan!!!!

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
:: Email (Rasmi) : msa.mushariff@gmail.com
:: Email (Seosial) : dr.num83rs@yahoo.com

Comments (0)