-PenTeman-

Assalammualaikum...

Alhamdulillah sehingga hari ini aku masih bernafas dan masih bergelar mahasiswa sekalipun pelbagai usaha dilihat bersungguh-sungguh untuk membenamkan usahaku untuk merekruit seramai mungkin pejuang-pejuang mahasiswa di kampus unisel bestari jaya. Setiap apa yang dilakukan keatas diriku yang bertubuh kecil ini bukanlah melemahkan rakan-rakan pimpinan yang lain malah menguatkan ikatan dan sentimen kekawanan antara kami. terima kasih kepada mana2 pihak terbabit..

Merujuk kepada surat Pertuduhan yang bertarikh 19 ogos 2011, jelas mensabitkan aku dengan 5 pertuduhan kini sudah terbatal dan digantikan dengan surat tunjuk sebab (show couse) bertarikh 12 September 2011 yang meminta aku menjawab dalam senggang masa 7 hari sebelum dihadapkan ke prosiding tatatertib mahasiswa unisel. Persoalan yang masih bermain dibenak fikiran aku adalah, mengapakah secara tiba-tiba pihak HEP menukar surat pertuduhan kepada surat tunjuk sebab?? adakah kerana menyedari bahawa tindakan "gelojoh" mereka akan memakan diri mereka? Jelas tindakan mereka seolah-olah mempunyai propaganda jahat terhadap Mahasiswa yang berani menyata pendirian.

Dilihat sebagai bayangan kerajaan negeri selangor sepatutnya segala inspirasi kerajaan pakatan rakyat terus-teruskan dimaknakan serta ditunjangi hebat oleh institusi ini bukan di burukkan dan membuka ruang untuk seteru-seteru politik PR menjatuhkan pimpinan PR di selangor.

Adalah satu tindakan tidak bertanggungjawan apabila tindakan tatatertib dikenakan keatas aku dengan alasan kerana aku cuba untuk menyuburkan percambahan idealisme mahasiswa secara holistik diperingkat kampus unisel Bestari Jaya.. Apa yang dikatakan fitnah terhadap diriku itu langsung tidak masuk aqal kerana apa yang dinyatakan aku serta rakan-rakan lain samada didalan sidang media atau lain-lain sumber merupakan pandangan sisi kami sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di institusi ini. Kami dilindungi oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia, sedikit gentar tiada disanubari kami.

Kalian barusan punya kuasa sudah punya sikap persis gayak juak-juak UMNO/BN. Diktator serta memaknakan AUKU 1971. Belum punya kuasa lebih besar sudah menunjukkan kelemahan. Alahaii profesor2 kangkung, apalah agaknya yang membolehkan dirimu digelar dengan gelaran terhormat itu? Politiknya sahaja kotor dan jijik. membuatkan anak muda serta mahasiswa lagi menjauhkan diri darimu..

Bagaimana mampu PR meyakinkan rakyat seluruhnya jika institusi yang kecil ini pon masih tidak memaknakan kebebasan bersuara dan autonomi mahasiswa?? Sedarlah politikus-politikus oposisi, jangan sampai rakyat mula muak dengan janji-janji mu.. Singkirkan mereka yang menjadi agen UMNO/BN dalam pentadbiran unisel tika ini!!!

-Mahasiswa mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)