-PenTeman-

Assalammualaikum...

Hari ini, aku ada terbaca sinar harian yang bertarikh 19 september 2011 melaporkan tentang perletakan jawatan 2 org kakitangan yang mana sebelum ini menjadi kontroversi berikutan susulan perletakan jawatan mantan NC unisel Dato' Dr. Rosti. Aku melihat bahawa tindakan yang diambil oleh kedua-dua daripada 3 yang terlibat dalam kontroversi sebelumnya dalah tepat dan wajar. Pihak unisel sendiri sudah menunjukkan muak dan jelek dengan perkhidmatan ditaburkan mereka, ia seolah-olah seperti tindakan yang tiada asas dan tanpa sebab.

Seperti petikan dibeberapa akhbar sebelum ini, kami AKSI masih konsisten dengan pendirian bahawa perlucutan jawatan ketiga-tiga mereka adalah tiada asas dan tidak wajar. Kami menegaskan supaya pihak tertentu menjalankan siasatan kepada pihak yang terlibat didalam propaganda politik cincang mencincang sekaligus menghumban mereka-mereka ini ke tempat yang sepatutnya (Institusi Pengajian tanjung rambutan).

Antara punca mengapa mereka-mereka ini dipecat adalah mengaitkan ketiga-tiga mereka dengan unsur-unsur tangan ghaib UMNO/BN. tetapi mereka yang menuduh masih tiada bukti yang sah untuk mengaitkan mereka bertiga adalah juak-juak UMNO/BN. Saya sarankan supaya mereka yang diaibkan sebegitu rupa supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat didalam surat layang dan fitnah sekaligus mengheret mereka-mereka yang masih berbaki dalam pentadbiran tertinggi ke muka pengadilan.

Kerana kuasa mereka kelam mata. Sikap "Muka hijau hati biru" yang ditonjolkan pihak yang berbaki ini pasti merosakkan pimpinan pakatan rakyat terutama menjadi halangan besar untuk pakatan rakyat menguasai selangor pada PRU 13 akan datang. tempoh mengundi ada kurang lebih 6 bulan mendatang. Diharapkan pihak kerajaan negeri selangor mampu untuk membersihkan saki baki "muka hijau hati biru" ini sebelum perkara lain mereka lakukan.

-Mahasiswa mendepani ISU-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI),
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)