-PenTeman-

Assalammualaikum...

Melihat kepada isu menurunkan bendera muka najib di PWTC pada 17 disember lalu sebagai isu yang semakin hari semakin panas, menarik minat saya menulis di ruang halaman blog ini mengenai nya. Isu ini harus lah dilihat dalam beberapa perspektif bukan di nilai melalui kaca mata politik semata. Sejurus selepas inseden tersebut, terdapat beberapa reaksi daripada puak-puak UMNO dan sekutunya. termasuklah tindakan mengugut dan mengancam keselamatan Adam Adli.

Situasi Sebenar

Saya merupakan salah seorang daripada ratusan mahasiswa lain yg mewakili front AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) dalam menunjukkan solidariti terhadap perarakan aman #AcademicFreedom yang dianjurkan BEBAS dengan kerjasama SMM. 

:: Kelihatan Dua (2) orang Mahasiswa

Sebenarnya terdapat dua (2) orang yang bertanggungjawab dalam aksi menurunkan bendera yang berkibaran muka najib, tetapi persoalannya mengapakah hanya Adam Adli sahaja yang menjadi sasaran puak2 UMNO dan sekutunya?. 

Cuma mungkin snap yang terakhir itu kelihatan sosok tubuh Adam Adli kiranya. Untuk pengetahuan semua perkara yang harus jelas dalam perhimpunan ini adalah apabila bendera itu dilabuh turun oleh dua (2) orang mahasiswa itu tadi semua mahasiswa yang bersama dalam perhimpunan dan perarakan tersebut bertepuk tangan dan bersorak. 

Ini bermakna sekali pun puak-puak UMNO dan sekutu nak menuntut supaya Adam Adli dibuang oleh pihak kampus UPSI, rasanya rasional juga kiranya mereka (Puak-puak UMNO dan sekutu) melakukan perkara sama kepada kami semua yang bersama2 bertepuk tangan dan bersorak tika mana aksi penurunan bendera muka najib itu.

Pendirian

Saya cabar semua puak-puak UMNO dan sekutu seluruh Malaysia mengembleng tenaga dan semangat "cintakan" Najib supaya membuat demo bersekutu utk menggesa semua mahasiswa daripada perlbagai kampus turut dibuang dan disingkirkan pihak kampus dan universiti. Kalau itu pendirian kalian silakan. Jangan hanya seperti anjing menyalak bukit.

Saya ucapkan tahniah kepada semua puak-puak UMNO dan sekutu yang berdemonstrasi di hadapan UPSI semalam. Kami berbangga kerana akhirnya pihak UMNO dan sekutu mengiktiraf bahawa berdemo adalah satu cara menggesa mana-mana pihak untuk mendengar tuntutan. Tahniah sekali lagi. Cuma yang kami rasa kurang ajar pada pihak UMNO dan sekutu adalah cara mengugut dan melemparkan caci maki serta "meludah" serta "memijak" undang-undang negara yang sedia ada.

Pendirian AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) jelas, bahawa menyokong tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera yang berkibaran Muka Najib di PWTC dengan beberapa sebab dan prinsip;

  • > Sibolik bahawa mahasiswa sudah muak dengan tindakan kerajaan yang mempersendakan nilai ilmu dan akademia yang berkaliber lantas menyebabkan pendidik menjadi kangkong.
  • > Simbolik bahawa mahasiswa sudah jelek dengan pindaan yang sudah menjengah 6 kali oleh pihak kerajaan tapi masih membuatkan mahasiswa mandom dan tidak dijamin haknya.
  • > Simbolik bahawa mahasiswa serius dengan tuntutan terhadap kerajaan. Jika masih dianggap main-main mahasiswa akan mengembleng seluruh tenaga untuk menumbangkan kerajaan dengan menggunakan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada.
Undang-undang

Segala ugutan dan fitnah akan dianggap serius bagi pihak kami. Pihak kami melalui SMM tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini ke peringkat Mahakamah. Segala ugutan dan fitnah sudah pun kami dokumen kan. Negara ini ada undang-undang, ini bukan undang-undang rimba. Nak pukul nak ugut. Kalau berok disekolahkan pon masih hebat dari manusia yang tumpul aqalnya.


'Mahasiswa Mendepani ISU'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor



Comments (4)

On December 20, 2011 at 2:33 PM , Anonymous said...

Good Job
Good Luck
Selamat dibuang oleh Universiti !

 
On December 20, 2011 at 3:56 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Menanti saat itu ;))

 
On December 22, 2011 at 6:39 PM , Anonymous said...

salam,, wahai sahabat .. ingin sekali sya menasihat sahabat,, dulu kita pernah sama2 bersekolah di smkb.. Bagi saya, amat elok lah andai kata saudara dapat habiskan study dulu ,tak perlu nak ikut orang sangat,walaupun saudara ada pandangan dan pemikiran tersendiri, tapi gunakan ke arah yang lebih baik,ngara dah elok aman. tak perlu nak menimbulakn masalah kepada saudara dan rakan2,tak perlu nak bangkitkan " student power " ...kesian kat mak ayah anda,hantar anda belajar supaya 1 hari nanti boleh dapat kerja yg elok2,kalo nak tentang...mase mengundi tu sila pilih mane yang anda rase betul. perilaku anda begini,pasti akan ada akibatnya satu hari nanti . saya tak skong mana2, cuma cara anda dan rakan2 anda tu agak keterlaluan,gunakan la diplomasi yg ada,korng org terplajar,x prlu nk jd radical sgt.. sayangi diri sendiri, kenali di mana anda berdiri sekarang sebelum mengambil keputusan, orang yang bersabar bukan orang yang kalah,, insyaAllah, pasti ada jalannya . :)

 
On December 23, 2011 at 11:55 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Apa2 pun sy berterima kasih kepada saudara/i yang memberi nasihat. Mungkin pemaknaan peruubahan anda berbeda dengan kami. Apa pun terima kasih. Untuk pengetahuan saudari saya br sahaja menamatkan pengajian tempoh hari. Apa2 pun sy seronok kerana sepanjang tempoh pengajian sy masa diisi dengan pelbagai aktivisme mahasiswa. Keputusan pon alhamdulillah. Second upper. Terima kasih dengan keprihatinan.

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor