-PenTeman-

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Akhirnya perhubungan percintaan kami dijalinkan dengan restu pertunangan oleh kedua ibubapa kami yang dicintai. Terima kasih Mak, Ayah, Mama dan Abah. Sebelum ucapan dipanjang, sebelum bicara diutara, sebelum madah dihujung lidah izinkan diri ini mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya masih memberikan nikmat islam dan kehidupan bg melayari bahtera hidup sebagai anak muda islam.

Syukur juga kerana pada usia 23 tahun aku sudah diberi kepercayaan yang besar oleh kedua ibu bapa untuk meletakkan selangkah telapak kaki ku ini ke garisan tanggungjawab sebelum kedua-duanya aku tapakkan ke kawasan tanggungjawab. Walau pelbagai dugaan yang aku lalui dalam mencapai tahap ini, aku tetap di dokong kukuh oleh bapa yang aku kasihi.

Segala perancangan kami dipermudahkan. Benarlah kata orang, kalau dah jodoh besi pun boleh dibengkokkan, batu kerikil pun boleh berlekukkan. Asal usaha dan prinsip terpasak teguh rumah yang di badai ombak pun tak runtuh. Itulah perumpamaan yang boleh aku berikan.

Bersama entry ini ada aku sertakan nukil ikhlas di lubuk hatiku sebagai seorang insan yang mengasihi dan dikasihi. Aku dedikasikan khas nukil ini untuk tunangku yang tersayang Siti Nurnabihah Sheikh Al-Kasimi.

Selangkah tapak menuju halal

Perkenalan kita menjengah perhubungan,
Ikatan tersulam menjanji ikatan,
Perjanjian pertunangan terpatri segan,
Menjalin hubungan keluarga diingatkan.

Keluarga, saudara juga kawan-kawan,
Memberi harapan kekal beradaban,
Biarlah hubungan pemula jalinan,
Agar yang sah terus bersulaman.

Hati terpatri juga dipatri,
Tanpa ragu tanpa sedikit iri,
Saling percaya bersama memberi,
Agar kekal hubungan dihajati.

Cincin berbatu bertahta kilauan,
Disarung atas jari manis,
Hajat dihati biar berkekalan,
Menyambung zuriat mencipta magis.

Kuseru namamu wahai Sinuna,
Deruan angin sekilas dirasa,
Andai itu dapat diumpama,
Cintaku tiada tolok bandingnya.

Padamu ku sandar sekuntum cinta,
Demi kemudi sebuah bahtera,
Andai angin menggoncang kita,
Tidak tergugah walau sehasta.

Perhubungan bersemi banyak duganya,
Mengundang fitnah si pengadu domba,
Cepatkan halal antara kita,
Biar mereka terkunci bicara.

Ada mereka masih mencuba,
Walau agama melarangnya,
Kerana prinsip agama di campak ke mana,
Halal dan haram langsung dilanggarnnya.

Biarlah apa menduga kita,
Berpantang arang tidak di cita,
Kerana pertunangan ini hati mendua,
Perjannjian kita harus dikota!

Sekadar itu mampu aku dendangkan. Secebis karya yang lemah dan tidak berduri. Diharap dapat diterima seadanya. Sesungguhnya ia datang dari hati. Segalanya diluah didalam nukil, tidak tergambar dengan karangan tapi cukuplah ia tersemat di hati agar berkekalan hubungan bersemi.

Muhammad Shahimi Ariffin . Siti Nurnabihah Sheikh Al-Kasimi
Mushariff & Sinuna
30 Muharram 1433H
25th December 2011

Comments (0)