-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan

Tahniah kepada mahasiswa/i baru yang memilih unisel sebagai destinasi utk menyambung pengajian di peringkat tertinggi pendidikan. Adalah menjadi jaminan bahawa pemilihan anda adalah tepat dan berpatutan. Sesungguhnya harus disedari bahawa konotasi pendidikan itu bukan hanya terletak pada fizikal kitab dan kuliah semata tetapi pendidikan itu merentasi politik, sosial dan ekonomi. Di institusi inilah anda akan belajar apa itu kesilapan, dan diuniversitilah tempat untuk anda melakukan "Kesilapan" kerana diluar sana anda akan tiada peluang untuk melakukan kesilapan walau sesaat. Di institusi ini lah medan untuk mahasiswa belajar..

Mahasiswa dan konotasi autonomi

Alhamdulillah, seperti biasa kemasukan Mahasiswa baru menjadi perkara penting bg sesebuah institusi swasta seperti unisel. Mana tak nya, nadi pembangunan janaan kewangan institusi ini terletak pd bilangan kemasukan Mahasiswa barunya. Perkara unik di unisel adalah apabila institusi ini di canang bahawa ia menjulang autonomi kampus dan mahasiswa makanya wajib utk pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) membenarkan mahasiswa unisel melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mentadbir urus hal ehwal berkaitan Mahasiswa. Adalah perkara yang memalukan bilamana pihak HEP bermain tarik tali dengan pimpinan mahasiswa dengan mengatakan pimpinan mahasiswa masih belum layak mentadbir urus hal berkaitan kemasukan mahasiswa baru. Serendah pemikiran kanak-kanak mereka meletakkan taraf Majlis Perwakilan Pelajar (unisel). Ini jelas memalukan Mahasiswa secara total.

Perkara pokok yang harus di ambil serius oleh mana-mana pimpinan selepas ini adalah;

- Harus menjadikan MTS sbg hak TOTAL Mahasiswa.
- Pengisian Majlis yg ditentukan oleh Mahasiswa sendiri.
- Tiada kuasa pengikat.
- Pengisian berbentuk intelektualistik.
- Penerapan ttg kesedaran "Cara Hidup".
- Pendekatan mesra Intelektualis.
- Matang.

Sebagai badan Mahasiswa (MPP) harus memahami peranan mereka. Mereka juga bertanggungjawab kepada mahasiswa dalam konteks kesedaran yg melibatkan element politik, sosial dan ekonomi. Amat memalukan apabila sebilangan besar pimpinan Mahasiswa tidak khatam ttg perkara asas yg melibatkan negara dan sistem serta polisi kerajaan mahupun dasar yg ditawar oleh pihak yang satu lagi.

Peranan pimpinan Mahsiswa.

Peranan asas pimpinan mahasiswa yang jelas adalah memberi kesedaran politik kepada masyarakat kampus secara seluruhnya. Apa yang menggusarkan kini adalah MPP hanya belajar membuat keuntungan berbanding belajar strategi daripada pimpinan yang mereka terokai. Tidak ramai berjiwa pejuang yang sanggup mndepankan prinsip berbanding menjaga status quo pihak-pihak tertentu demi kepentingan mereka dalam menjana "pendapatan" sampingan daripada kepimpinan mereka.

Jadinya peluang keemasan semasa kemasukan mahasiswa baru ini harus digunapakai dengan baik agar tujuan asal doktrinisasi kesedaran politik terserap dan mengakar dibenak aqal mereka. Sebagai pihak yang diamanatkan untuk menjaga kebajikan, MPP haruslah jelas dengan matlamat asal iaitu menyedarkan mahasiswa betapa pentingnya peranan mereka bg jatuh bagun kampus dan negara.

Pengisian harus ada matlamat

Sebagai golongan intelektualis akademia, MPP harus jelas akan pengisian program sepanjang minggu suai kenal mahasiswa. Tidak seharusnya MPP menolak secara mentah2 idea untuk memasukkan mana2 ahli politik ke dalam mana2 pengisian MTS tersebut. Dengan kemasukan parti2 politik atau politikus2 mana2 parti ia akan memberi jaminan bahawa pemikiran mahasiswa akan terus berkembang dan dijana dengan baik sekaligus mencaknakan mereka dengan isu-isu semasa.

MPP sudah dilihat sebagai agen perencat pembangunan pemikiran mahasiswa. Mereka bukan lg berperanan sbg agen perubahan dan mekanisme kawalan. Sungguh memalukan apabila pimpinan Mahasiswa tiada lg jiwa pemimpin. Segala tindak tanduknya dicatur dan diatur pihak HEP. Demi menjaga status quo HEP makalah menjadi seperti lembu dicucuk hidung. menyedihkan.

Budaya 'Menghalau' harus dikikis

Sungguh memalukan apabila kami pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) yang menjadi pemerhati dihalau keluar dewan berikutan etika pemakaian yang mana sebelum itu dikatakan bahawa kami mencacatkan protokol penglihatan jemputan majlis tertinggi pentadbiran unisel. Kepada anda pimpinan Mahasiswa (MPP sesi 2011/2012) dan fasilitator seiringan, atau mana2 fasilitator yang baru, anda harus menghormati pemerhati. Jelas bahawa sebelum ini tiada sebarang unsur2 menghalau daripada mana2 pihak sepanjang penglibatan kami secara tidak langsung.

Aku merupakan salah seorang pimpinan MPP sesi 09/10 yang ketika itu dipimpin oleh Sdr. Wan Azraei Wan Hussain. Sepanjang pimpinan kami, tiada langsung tindakan kurang sopan kami kepada mana2 pihak yang ingin memerhati walaupun kita sedar bahawa mereka tidaklah berpakaian formal. Selagi ianya sopan makanya ia harus dihormati.

Usah Hipokrasi dalam penampilan

Dilihat bahawa semua fasilitator2 kemas dan berdisiplin sepanjang minggu suai kenal mahasiswa (MTS). Tetapi adakah penampilan itu akan berterusan sehingga tamat pengajian mereka? Bercakap soal peraturan ianya bukan sekadar pada minggu MTS, tetapi ianya berterusan selagi anda bergelar mahasiswa unisel. Kalau benar anda ikhlas ingin melaksanakan peraturan mengapa masih terdapat ramai fasilitator2 yang tidak berpakaian sepatutnya sepanjang mereka berada di kampus? Hal ini harus jelas!!!

Anda merupakan ikon bg mahasiswa baru, makanya harus menjadikan diri kalian sebagai contoh. Anda bercakap ttg pemakaian sepanjang penghajian sedangkan anda berpakaian compang camping selepas MTS. Dimana boleh mereka letak hormat kepada kalian?! alahai pelaksana program..

Penutup

Institusi ini adalah gedung ilmu. Bukan institusi yang melahirkan model atau peragawan peragawati. Ilmu itu harus menjadi keutamaan, begitu juga dalam banyak pengisian MTS yang di'jalan' oleh MPP dalam pantauan HEP. Institusi ini milik Mahasiswa.

'Mahasiswa Mendepani Isu'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI),

Comments (21)

On December 12, 2011 at 2:53 PM , Anonymous said...

Pertama bahasa yang kau gunakan tersangat lemah.Dulu masa SPM kau bahasa Melayu dapat berapa?Terpaksa aku ulang 3 kala baris-baris ayat tu nak faham apa y ditulis.Kalau nak guna ayat-ayat bombastik pastikan kau faham betul-betul cara nak guna kosa kata tu.Serius kau nampak poyo dan bangang bila ayat yang kau gunakan tak menepati maksud sebenar yang kau nak sampaikan.

 
On December 12, 2011 at 6:25 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Terima kasih dgn teguran penggunaan bahasa ;). Perkara yg aku nantikan apabila ada yg menegur. Thankx. Aku punya la ingat kau nak kritik pemikiran dan pandangan aku ttg MTS yg dianjurkan MPP tp dibawah pantauan HEP tu. Kahkahkah. Utk pengetahuan kau,aku menuulis utk mengenegahkan idea dan pandangn bukan bahasa. Dengan menulis ni insyaallah akan ditingkatkan gaya penulisan. Menjawab soalan kau, ttg BM aku masa SPM A1.. Kiranya bg aku tak penting bahasa aku gunakan beb, janji kau boley paham. Berapa kali kau ulang hatta 100000 kali pon alih alih paham gak. Kalau aku bangang sekali pun rasanya tak menyusahkan kau rasanya. Sbb tu aku g universiti tok belajar. Tak tau plak aku kau skrg dh tak sekolah atau smbg belajar. Almaklumlah, budak bijak ;). Org mccm kau ni aku kenal bukan sorang, perumpamaan anjing menyalak bukit paling sesuai ngan kau. Menyalak lebih tp menyorok disebalik nama anonymous ;) salam

Shahimi ariffin

 
On December 12, 2011 at 7:29 PM , Anonymous said...

Tulisan kau menggambarkan peribadi kau..kau kata kau mahasiswa..bila HEP strict bg arahan untuk tgk MTS kene berpakaian kemas kau marah.Sebagai mahasiswa imej dan penampilan perlu dijaga terutama didepan mahasiswa baru.

Aku kritik bahasa kau sbb dah lama kau menulis blog kan..dari start kau anjingkan orang samapai la sekarang ni yang konon2 ala2 intelektual tapi penggunaan ayat pun tak betul.Lagipun kau pun dah habis belajar kan..tak payah la berangan nak jadi ketua umum la..setiausaha politik la..jijik la dengar nama2 jawatan kau ni.Sebagai budak unisel aku malu ada mahasiswa terencat macam kau.So jgn la nak tunjuk hero turun unisel nak pantau la..apa la.kesian aku tengok orang macam kau mundar mandir takde jawatan ni.

Bila kene tegur marah pulak..kalau kau hebat sangat berapa lama kau jadi MPP dulu apa kau buat?carik populariti murahan pandai la.

 
On December 12, 2011 at 7:38 PM , Budak tEsl said...

Oo..ni la shahimi sewel yang ramai budak unisel sebut tu.Lawak gle mamat ni tulis..perasan macam bagus..oiii.budak unisel tak terencat macam ni la..aku dengar dia ni putus tunang sbb tunang dia xlarat nak layan dia ni y terencat akal.kesian.patut la mcm org gila publisiti.mencapap sana sini.dulu perjuangkan isu seluar jeans..ni kene halau pasal tak berpakaian kemas.Intelektual apa ni?

Panggil la TV 3 demo.Ketua UMUM Aksi kene halau.bodoh betul lahanat ni.

 
On December 12, 2011 at 8:03 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Lemau nya encik yang komen bersembunyi dgn nama yg bermacam tp sbnrnya hanya org yg sama.berckp atas lndsan ilmu atau emosi?? Kahkahkah. Memalukan.! Soal nak memerhati atau apa itu hak individu. Kebebasan aku tak boleh dihalang sesapa. Aku punya kebebasan. Itu hak individu lagi2 ini kampus aku. Sekali pun tamat pengajian aku masih alumni. Ada masalah?. Mmg kau jauh lebih hebat dari aku cz lgsung tak sentuh ttg idea dan pandangan aku. Tp mengkritik pribadi.. Huahuahua.korang pakai cntik sgt masa lepas MTS? Pakai supa cacing cakap supa hancing! Ahaha.hipokrasi melampau, MTS nk ckp sal disiplin tp diri merokok, pakai seluar pendek, tak solat,pakai seluar ketat, tak pakai tudung, pakai seluar jeans. Apa lg?? Bonceng pompan naik moto.. Alahai pimpinan mabuk! Memalukan.

Shahimi ariffin

 
On December 12, 2011 at 11:44 PM , Anonymous said...

merapu la si shahimi ni..kecewa nak jd ketua mpp terbawa2 smpai skg..ayat mula2 mcm bagus tapi kt ujung2 rupa2nya ada ayat sentimen...jgn marah2 sgt bro..nnti xjadikawin..

 
On December 13, 2011 at 12:14 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Alahai pimpinan mabuk. Ingatkan setahun memimpin sudah matang berhujah tapi rupenye tidak langsung. kahkahkah. Sentiment? Ahaha.kalau pasal mpp yg sedia ada tu kau kata aku menyesal tinggalkan, mmg tak lah beb. Apa yg kau lalui tu lah yg aku jangka. Sampau YDP tah kemana, kerja kebajikan mahasiswa tah kemana. Aku rasa bersyukur tak bersama pimpinan mcm skrg nih ;))

 
On December 13, 2011 at 12:17 AM , iVAK said...

penampilan itu penting. ia menunjukan keperibadian seseorang... bkn nak kate saudara pemerhati x berpakaian sopan semasa mts lalu, tapi tidak disukai beberapa pihak yang tidak dapat diberi tahu nama. seharusnya para fasilitator dan semua yang terlibat semasa mts hendaklah meneruskan pemakaian yang kemas seperti semasa berlangsungnya mts, supaya adik2 kita dapat melihat dan mencontohi abang2 dan kakak2 fasi. kepada saudara anonymous, dari bercakap di belakang itu x betol , ini x betol, ada seseorang berani kedepan untuk bersuara, bukan mencari publisiti murahan tapi sebagai wakil mahasiswa unisel. bagi yang memahami ianya betol dan bagi mereka yang hanya mendengar cerita sebelah pihak ianya akan kelihatan salah. saya bukan hendak memburukan sesiapa. sya hanya beritahu apa yang saya rasa, pendapat saya. salah silap harap dimaafkan.

 
On December 13, 2011 at 12:32 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Menunjukkan contoh bukan dgn cara hipokrasi dgn penampilan lakonan. Biarlah konsisten. Nak didik mahasiswa tahu membaca biarlah kita tahu membaca. Nak didik mahasiswa tidak merokok jgnlah merokok!. Kenapa harus timbul isu memerhati!? Itu hak individu yg bergelar mahasiswa unisel. Soal pemakaian, tidak sepatutnya timbul cz bukan peserta atau urusetia. Kami hanya pemerhati luar. Rasanya 'pihak'yg ingin kan ketiadaberadaan kami harus berdepan dan berhujah, bukan menghantar prebet2 sipahi menghadap kami. Yang nak 'menghalau' takut melakukan raptai. Kahkahkah. Sayangnya askar upahan sipahi masih belom layak berhujah ;)))

 
On December 13, 2011 at 1:31 PM , Anonymous said...

Prebet sipahi tak layak berhujah?hebat sgt ke hujah kau sampai bahasa yang kau gunakan pun tak betul..kesian shahimi..kesian..

Ini la yang dikatakan semangat melebihi ilmu.binasa lah perjuangan bila ada orang-orang macam shahimi & frenz ni..hak individu.hak individu.abes universiti takda hak?kau suruh orang hormat kau tapi kau reti hormat orang lain..

Buat pembaca blog..kau tgk posting mamat terencat ni y awal2..dia anjingkan orang,babikan orang..ni cara gerakan mahasiswa.kau mahasiswa ke kau gengster?

Kalau kau bicara hak individu aku rasa kau pun kene paham peraturan & undang universiti.lain kali kalau nak buat gerakan biar berguru..bukan menyondol membabi buta macam orang sewel.lagi satu jangan rasa hebat sangat.kau tu nothing..main perasaan je lebih.

 
On December 13, 2011 at 5:17 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

kahkahkah.. lawaknya tukang komen. apa yg anda tahu ttg hak individu?? alahai pemimpin, bercakap biar berotak, berbicara biar beraqal. Kalau nak berhujah datang la berdepan bukan menyorok di sebalik nama anonymous. hebat berhujah kene lah hebat berdepan. buktikan kata2 anda bahawa aku ni nothing. kita bertemu dan berhujah. ada berani?? aku tak rasa kau berani.. kahkahkah. Hari rabu masa speaker's corner aku tunggu kat cafe..okay??

Satu lagi rasanya kau masih belom mahir teknik menulis. perumpamaan itu untuk apa?? kalau sekali pun perumpamaan anjing dan babi, ianya adalah perumpamaan. lainlah kalau anda terasa yg anda dikatakan anjing atau babi. ahaha. perumpamaan tak semestinya menyamakan.. alahai lemahnya saudara...

Soal berguru bila membawa nama student movement kiranya saudara masih tidak membaca dan tidak tahu ttg apa itu student movement. banyakkan membaca ek.. tebalkan ilmu.. pernah dengar x SMM.. kalau pernah alhamdulillh.. kalau belom, cuba rujuk bahan.. kahkahkah

Aku mahasiswa yang merupakan pelanggan unisel. Ingat tak istilah "customer is always right". mungkin kau lupe kot. almaklumlah, bijak sgt =).

kalau nak tahu hebat atau tak hujah aku jom kita jumpe masa rabu malam di cafe semasa speaker's corner. berhujah biar berdepan =)

Aku cabar kau!!! kahkahkah
tapi kalau rasa diri hebat la =)

shahimi ariffin

 
On December 13, 2011 at 5:38 PM , Anonymous said...

udah2 la duk sembang 2.duk jela diam2 kt luar 2. g la cri kje. kata da nk kawen tp kje xde dah la 2 duk sibuk hal unisel. unisel pn da xnk tau hal ko pn. org2 unisel nie solat syukur klu tau ko da blah. jd baik la ko duk diam2 bt hal ko je k. ko bkn bgz sgt pn. klu bgz xde la kalah rebut jwtn YDP. Wakakakaka. pastu tuk meroyan cabar org sana org sini. klu ko bgz cmfrm org sokong ape ko bt. stakat 20org duk blakang ko. xyah nk sembang la. hahaha. da la mls nk nk bercakap org mulut busuk mcm ko nie. buang masa je =)

 
On December 13, 2011 at 6:50 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

kahkahkah... diajak berjumpa tp taknak =))).. panjang plak menjawab =))).. juz nk tau, berani atau tak utk berdepan =)). Bab keje tuh, sorry beb, aku tak cari lah, tp keje cari aku~ kahkahkah.. alahai mahasiswa lembab.. susah sgt ke jawab soalan.. langsung tak menjawab.. Penyokong?? kahkahkah, mmg la kan aku nye undi masa pilihanraya paling rendah =))).. MMg 20 org.. kahkahkah.. jgn dok pusing2 beb. trus trang je kecut =))

 
On December 14, 2011 at 11:37 AM , Anonymous said...

Wow..bapak poyo mamat ni kerja carik kau..kau ingat budak2 unisel tak tau cerita ke kau praktikel kau mintak tolong kat siapa?siapa adjustkan..aku dengar dari mulut budak tu la abg dia tolong adjustkan.mengaku keje carik kau..kantoi menipu.kahkahkahkah.macam ni konon nak mengaku pemimpin mahasiswa?aku tak nak buang masa jumpa orang gila macam kau.silap2 aku yang gila.

Tak paham teknik menulis?kau ni semua nak halalkan apa yang kau buat.ok kalau macam tu aku umpamakan kau sebagai babi kurap yang kurang kasih sayang boleh?

Sure la tak bole..dlm alquran pun sebat kita tak bole gelar manusia dengan gelaran yang buruk..oo lupa kau je betul.apa yang kau buat semua halal.

Bg aku speker corner y kau buat tu semua syok sendiri.takde nilai intelektual..sbb tu dh bertahun buat stil xde kesan.

 
On December 14, 2011 at 5:04 PM , Anonymous said...

Mengelabah betul shahimi ni..tetiba pulak bawak konsep customer is always right..td dentam dentum pasal perjuangan mahasiswa..klu aku jd admun unisel takde customer sampah macam kau lg bagus.

Hak individu?memang la kau ada hak tapi bukan bermakna dengan hak dan kebebasan yang kau ada tu kau bole langgar peraturan universiti ni.Lawak betul bila guna hujah hak individu yang seolah2 menghalalkan apa je yang kau nak buat.

Kau kalah ke rebut jawatan ydp?patut la..kesian...xpe la shahimi..amik master kat unisel bertanding lg k..hahahahaha.

Kiranya kau ni pejuang hak individu la ni..aku rasa kau sendiri tak faham apa tu hak individu.kira otai nak perjuangkan demokrasi la ni tapi pegang jawatan ketua umum..jawatan yang tak dipertandingkan.lalalalalaal..buat persatuan haram lps tu angkat diri sendiri..wahai ketua umum..setiausaha politik..lps ni?mursyidul am?lalalalala..k shahimi..selamat melalak kat speker corner malam ni..salakan umpama anjing tu akan buat aku x jadi nak pg makan kat cafe..klu kau tgk ada grup muka sengal je pandang kau tu aku la..hahahahaha..kiteorg dh sedia nak baling kau dgn telur malam ni..tak larat nak dengar mulut busuk kau membohong!

 
On December 14, 2011 at 6:38 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Kahkahkah.. Setiap kali post mesti dengan bersembunyi.. Alahai.. Kau pon sengal gak kan, praktikal trang2 kene cari. Aku ckp sal keje la ngok. Aku dh dpt offer la sengal!. Kau ni lemau lah. Sedihnya siapa yg kandungkan kau 9 bulan kan. Apa nk baling telur?? Silakan. Aku nk jugak tunggu time tuh!! Silakan. ;))

 
On December 15, 2011 at 2:05 AM , Anonymous said...

Ha..x terjawab?kau keje kat tempat kau prektikel kan..jgn la poyo..

Main sentimen mak plak?kau tak pk betapa ruginya mak kau ngandungkan kau..menipu + bongkak pulak tu.

So jgn nak poyo2 shahimi..bila org komplen bahasa kau..kau nak melenting..klu perkara asas pun kau x bole kuasai..soal berbahasa..penulisan..so jgn mimpi la nak bawak gagasan idea yang hebat.

Malam ni melalak lagi ke kat speaker corner?cerita seluar jeans ke?lalalala..

 
On December 15, 2011 at 8:40 AM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Kahkahakah.. Ingatkan berani sgt kau nk turun utkk baling telor, tp takut rupenya.kahkah. Nwy terbaik bai. Sambutan terbaik malam td.!! Mahasiswa makin menerima speaker's corner!! Huahuahua. Penulis dia tak takut utk bertanggungjawab ngan apa dia tulis. Br aku tau bila kau bersembunyi ngan nama anonymous tu kau berani tok bertangggungjawab ngan segala apa yg kau taip. Kahkahkah. Lantang bersuara harus berasaskan tanggungjawab beb. Se asas itu pon kau jahil, lg nk sembang soal asas penulisan dan kebebasan bersuara. Kahkahkah. Imam ghazali ada kata 'aku bisa berhujah dgn 10 org bijak tapi bukan seorang yg Jahil'. Rasanya kau tahu kot siapa yg jahil aku maksudkan ;)))

 
On December 15, 2011 at 12:03 PM , Anonymous said...

Wow..quote imam ghazali..maknaya kau mengaku kau bijak & orang lain jahil la?kahkahkah..orang bijak tak babikan orang,tak anjingkan orang..reti hormat orang tua..respect undang-undang.

Aku pun tertunggu-tunggu gak gagasan besar idea kau..yang paling besar agak memperjuangkan hak ber Jeans di Unisel.hahahahaha

Dh la tak pandai menilai isu..demo tak tentu pasal.bagi aku bukan la HEP nak block kau sgt..tapi malas nak layan ntah apa2 isu kau bawak.

Malu la shahimi..malu..macam ni tahap intelektual ketua umum aksi.hahahahaha..eh jawatan su politik dah letak ke?so sekarang kau nak jadi ketua umum unisel plak.

Aku tau kau tak sehebat mana.kau tau kau tak bole carik platform kat luar.takde siapa nak pandang kau kat luar kan sebab tu kau terhegeh2 sampai hari ni menyalak bukit kat unisel ni.kami budak2 unisel dah tak hingin dengar kau menjerit lagi la kat speaker corner.

Aku cabar kau pg platform kat luar n buktikan kau bole survive bukan setakat menyalak & menipu + buat cerita poyo keje carik kau la..3pointer la..melambak lagi la org dapat pointer lg bagus senyap.aku cume nak cakap perangai kau ni sengal & mcm bagus..y pasti kau x bole survive kat luar.hahahaha.

 
On December 25, 2011 at 1:05 PM , MiJiE (^_^) said...

~Orang yang bijak juga x attack peribadi orang lain. tentang putus tunang, jadi kawin atau x, tu bukan keje mak bapak ko, xkacau tok abah nenek mak ko..tu sume kerja Allah, hasil sedikit usaha manusia biasa.

~aku nasib xde blog, klu ade, dah lama aku x gune nama 'anonymous' tu..sbb aku bukan penakut dan aku bertanggungjawab dengn kata2 aku.

~xboleh carik platform kat luar? hahaha..ke ko yang x pernah keluar untuk tngok platform tu..

~korang BUDAK2 unisel memang la x hingin, sebab budak2 lagi. yg faham 'nyalakan' tu bukn budak2 tapi MAHASISWA

~walaupun ko x dapat bezakan antara pemerhati luar dengan fasi/pimpinan dalam MTS, tapi jangan menampakkan sngat kebodohan ko.

~camne ko boleh tahu org2 unisel ni solat syukur? ko jilat b0ntot dorang eh? patut tahu serba serbi..

~kalau ade group sekadar nak buat muke sengal, geng2 orang gila pun boleh wat..ape kate dalam group muke sengal ko tu, ko tampil ke hadapan, tentang terang-terangan.. ok la klu kata shimi ibarat 'salakan umpama anjing' daripada ko (anonymous) 'anjing kurap menyalak guna healer'
*sebab suara dah x sedap, dan takut menyalak depan2, kantoi telor dah xde..anjing tua kurap katakan...


Sekian.Maaf terkasar bahasa.
Mohamad Tarmizi
(nak jumpa gitau)

 
On December 25, 2011 at 1:05 PM , MiJiE (^_^) said...

~Orang yang bijak juga x attack peribadi orang lain. tentang putus tunang, jadi kawin atau x, tu bukan keje mak bapak ko, xkacau tok abah nenek mak ko..tu sume kerja Allah, hasil sedikit usaha manusia biasa.

~aku nasib xde blog, klu ade, dah lama aku x gune nama 'anonymous' tu..sbb aku bukan penakut dan aku bertanggungjawab dengn kata2 aku.

~xboleh carik platform kat luar? hahaha..ke ko yang x pernah keluar untuk tngok platform tu..

~korang BUDAK2 unisel memang la x hingin, sebab budak2 lagi. yg faham 'nyalakan' tu bukn budak2 tapi MAHASISWA

~walaupun ko x dapat bezakan antara pemerhati luar dengan fasi/pimpinan dalam MTS, tapi jangan menampakkan sngat kebodohan ko.

~camne ko boleh tahu org2 unisel ni solat syukur? ko jilat b0ntot dorang eh? patut tahu serba serbi..

~kalau ade group sekadar nak buat muke sengal, geng2 orang gila pun boleh wat..ape kate dalam group muke sengal ko tu, ko tampil ke hadapan, tentang terang-terangan.. ok la klu kata shimi ibarat 'salakan umpama anjing' daripada ko (anonymous) 'anjing kurap menyalak guna healer'
*sebab suara dah x sedap, dan takut menyalak depan2, kantoi telor dah xde..anjing tua kurap katakan...


Sekian.Maaf terkasar bahasa.
Mohamad Tarmizi
(nak jumpa gitau)