-PenTeman-

Assalammualaikuum...

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dgn limpah kurnianya masih lagi diberi kesempatan utk diri yang kerdil ini menulis di ruangan kecil yg tak seberapa ini. Hari ini merupakan hari bersejarah utk insan yang aku kasihi dan sayangi. Hari ini 23 dec. 2011, genap 21 tahun menjengah insan yang bernama Siti Nurnabihah Sheikh Al-Kasimi. Akhirnya mendewasa juga insan cantik molek ini bg diriku.

Aku dedikasikan entry ini khas untuk dirinya yang bakal dijadikan insan yang bertahta dihati ini. Aku tahu tika ini dia sedang sibuk dengan persediaan dihari bahagia kami ahad ini. Apa pun aku tidak mahu mengganggu kesibukan nya dalam persediaan itu. Dalam kesibukan ini izinkan abg dedikasikan ucapan melalui medium ini;

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE 21

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diharapkan kematangan menjengah diri. Pencerahan tersemat dihati. Prinsip disisip bersemi.

Hadiah

Tak dapat untuk memberikan sebarang hadiah pada hari ini berikutan dengan ketiadaanmu disisi. Tapi percayalah bahawa hadiah yg lebih besar dan bermakna akan menanti. Ahad menjadi bukti, keluarga menjadi saksi, cinta kita bersemi.

Sampaikan salam rinduku pada nya,
Bertiup lembut berbisik ke telinganya,
Berkata ahad akan menjelma,
Menyulam kasih antara kita.

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)

Comments (1)

On December 25, 2011 at 9:51 PM , Nurul Jannah binti Mohamad Zainal Abidin said...

Alhamdulillah..tahniah buat Mushariff dan sinuna..semoga berbahagia hingga ke SyurgaNya...Allahumma amin!