-PenTeman-

Kenyataan Media
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)

Oleh : Muhammad Shahimi Ariffin (Ketua Umum)


Menyedihkan apabila gelaran Profesor seorang pakar perlembagaan malaysia di tarik oleh sebuah institusi yang kononnya terkenal di Malaysia. Realitinya ia sebuah institusi yang hanya mengagihkan dan memberikan gelaran kepada sang penjilat, pengampu dan kangkung semata-mata. Tindakan itu jelas memberi respon negatif daripada pihak AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI). Selaku Ketua Umum AKSI, mewakili pimpinan AKSI saya menyelar sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat sebagai tidak adil dan melampau pihak UIAM terhadap Dr. Aziz Bari.


Tiada sebarang tingkah laku atau jenayah yang dilaku beliau sehinggakan membenarkan penarikan balik gelaran tersebut. Tiada juga perilaku beliau yang melayakkan pihak UIAM menarik semula gelaran yang pernah diberi berikutan beberapa kejayaan yang pernah dicapai beliau sebelum ini. Adakah dengan kerana beralasan yang beliau berbeda pendapat dan pandangan perkara yang melibatkan politik di Malaysia makanya gelaran tersebut ditarik?



AKSI dengan jelas melihat tindakan penarikan balik gelaran tersebut terdpt unsur-unsur campur tangan politik oleh pihak-pihak tertentu. Ini kerana beliau (Aziz Bari) kebelakangan ini kelihatan aktif berpatisipasi di pentas politik jemputan opisisi. Rentetan daripada perletakan jawatan beliau di UIAM yang lepas, menguatkan lagi hujah yang mengatakan ada unsur-unsur campur tangan politik kuat kerajaan UMNO/BN.



Kami AKSI melihat tindakan penarikan balik gelaran prof. ini sebagai permulaan zaman gelap akademik yang telah diansuburi oleh sebuah institusi yang membawa pembawakan berciri islam UIAM. Sayangnya institusi ini hanya bakalan melahirkan graduan yang menjilat, ampu dan berjiwa hamba semata. Sayangnya akademia yg jujur dan prograsif seperti Aziz Bari telah dinafikan hak dalam bersuara malah diminta membisu dan membawa watak pekak daripada cakna kepada isu politik nasional.



Dengan tindakan penarikan balik gelaran itu juga jelas memberi indikator bahawa dunia akademia akan semakin gelap lantas mendorong kepada kecepatan proses menjengah zaman kiamat akademik yang berpusat di UIAM dan pasti akan diikuti oleh beberapa 5 buah universiti yang kononnya dicanang sebagai berautonomi.



Benar kata Dr. Aziz Bari sudah masanya golongan akademik muncul sebagai orang politik. Bila kekebasan berpendapat dan bersuara dinafi dan dibungkam hanya satu kata lawan (medan politik). Bila suara akademia tidak dihormati baik kiranya mereka ke kancah politik untuk berjuang dan ketengahkan kebenaran.



Adalah amat memalukan apabila pihak UIAM bersikap begitu. Ayuh anak muda mahasiswa kita tegak kebenaran dengan suara tegas! Menyokong akademia yang tertindas lantas membebaskan dunia akademik selari perjuangan yang dibawa kearah KEBEBASAN AKADEMIK.


Muhammad Shahimi Ariffin
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Comments (1)

On January 31, 2012 at 5:54 PM , Anonymous said...

Salam bro, gelaran Prof adalah untuk staf akademik Universiti, kalau dah resign automatic gugur. Cuma isunya disini UIAM wawarkan berkenaan penarikan gelaran tersebut. Sebenarnya ia tiada isu.

Salam reformasi!