-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan

9 Januari 2012 merupakan tarikh keramat, apabila terdapat Dua (2) kes penting yang menjalani perbicaraan. Bedanya satu perbicaraan kampus dan satu lagi perbicaraan mahkamah tinggi. Bagi Mahasiswa yang prihatin terhadap Politik jujur dan Politik amanah serta menolak kepada penafian hak individu. Dengan semangat Mahasiswa yang menebal aku menyokong Adam Adli sepenuhnya. Bukan kerana batang tubuh individu aku menyokong tapi pemikiran dan pembawaan serta prinsip perjuangan yg diperjuangkan. Aku bukan pejuang figura.

Pergantungan Tiga (3) semester

Tidak mengejutkan apabila tindakan menggantung Adam Adli dibuat oleh penal prosiding tatatertib UPSI tempoh hari. Ekspetasi aku, Adam akan dihukum gantung tidak bertali (Tiada Had Semester), kerana suatu ketika dulu ada seorang mahasiswa (Amar), UM yang terlibat kes ISA7 digantung semester tanpa had. Itu lah titik tolak penyeksaan dan penindasan mahasiswa. Bagi aku Adam Adli harus menyusun pergerakan sepanjang "Percutian" selama Tiga (3) semester mendatang.

Jelas pergantungan ini memperlihatkan KeBODOHan Najib dan pimpinan serta pihak UPSI sebagai pelopor kepada institusi yang melahirkan pendidik. Sepatutnya pihak UPSI tidak lah berjiwa hamba dengan mengikut segala telunjuk bodoh dan tekanan pihak yang bacul. Pihak pentadbiran UPSI seharusnya punya pendirian sendiri dalam membuat keputusan yang bebas tanpa tekanan mana-mana pihak. Keputusan yang dibuat jelas memihak kepada pihak kerajaan. Siasatan tidak dibuat dengan teliti dan terus menjatuhkan hukuman.

Kelihatan ramainya mahasiswa yang menjadi mangsa AUKU 1971. Tapi adakah dengan menjadi magsa AUKU 1971 mahasiswa akan berdiam diri. Konsep tekanan (Fizik) mengajar, bahawa selagi mana kuat tekanan yg di langsungkan kepada objek yang anjal, selagi itu daya anjalan akan melawan arah. Begitu juga dengan mahasiswa (anak muda). Sifatnya anjal.Jangan lah berharap dengan mengambing hitamkan seorang, dua atau seratus dua mahasiswa ia mampu menakut-nakutkan kami.

Pergantungan Tiga (3) semester ini adalah titik tolak kepada kebangkitan mahasiswa secara menyeluruh sekaligus menjadi indikator kepada jatuh bangun UMNO/BN pada Pilihanraya Umum 13 nanti. Kita mengharapkan dengan pergantungan ini, akan membuka mata mahasiswa khususnya agar setiap mata yang memandang betapa zaloimnya kerajaan pimpinan Najib terhadap mahasiswa, juga rentetan kekejaman yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO/BN sebelumnya.

Penutup

Biarlah dibuang sekalipun. Kami tidak gentar untuk mengorak langkah kedepan. Suatu ketika dulu pernah aku terdetik untuk dibuang universiti, tapi mungkin takdir diriku yang bukanlah berjuang sehingga dibuang kampus ditambah pula aku berada di institusi dibawah pimpinan PR diselangor. Mereka nak mengambil tindakan pon berfikir 100 kali. serba salah mereka dibuatnya. Apa pun yang terjadi terhadap diri kita semua nya sudah tertulis. Yakinlah bahawa segala percaturan sudah ditakdirkan, walaupun begitu ia bukan lesen untuk kita bersikap bodoh dan tidak beraqal. Bersikap yakin berlandas berilmu bukan kedangkalan.

Bagi aku tindakan yang diambil terhadap Adam bukanlah tindakan yang mendidik tetapi menghukum. Sebagai institusi yang melahirkan pendidik UPSI tidak seharusnya berkeputusan yang memihak pihak-pihak tertentu. Malah seharusnya bersikap tidak mengenepikan lunas-lunas undang-undang yang sedia ada.


"Mahasiswa Mendepani ISU"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (AKSI)




Comments (2)

On January 12, 2012 at 1:48 PM , Anonymous said...

dah tahu salah nak buat jugak sbb tu di gantung. negara ade undang2. mane boleh buat ikot suka hati sndri. bayangkan awk dah ade anak, anak buat ikot suke hati, tak patuh pd awk. awk biar je? awak takkan hukum dye? sedangkan dah beritahu dr awal. kita selalu leka carik kelemahan org, smpai lupa kelemahan dri sndri. kita semua tak sempuran. belajar bersyukur. wallahuallam~

 
On January 12, 2012 at 1:51 PM , MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Bersyukur pada kemungkaran?? Apa yg sdr tau pasal AUKU 1971?? prosiding tatatertib universiti?? bagaimana perbicaraannya. tiada saksi boley dikemuka melainkan meminta izin terlebih dahulu. Tiada bicara membela diri. inikah undang2 adil?? sdr mungkin belom pernah masok ke prosiding tataertib universiti. sy pernah, dan sebab tu sy respon. kalau betol salah hadap lah kemahkamah tinggi ke, sesyen ke, mejistret ke.. knp harus universiti. langsung tidak adil!