-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan

Perhimpunan #BebasAnwar901 pagi tadi di sambut gilang gemilang oleh pelbagai lapisan masyarakat samada melayu, cina, india, iban dan khadazan. Pelbagai peringkat umur turut hadir untuk menyata pendirian menyokong kepada pembebasan daripada politik lucah terhadap DSAI. Pendirian saya selaku Ketua Umum AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) jelas, bukan perjuangan figure yang saya pertahankan tetapi semangat menolak politik lucah yang diamalkan pemimpin UMNO/BN yang rakus harus disokong dan ditentang Mahasiswa.

Sekalipon tiada kesepakatan diperingkat gabungan Mahasiswa, saya dengan jelas akan turun untuk menyata pendirian menyokong kepada usaha menolak unsur-unsur politik lucah dan berbentuk keperibadian yang dilihat sebagai tindak tanduk yang berperanan menjatuhkan reputasi seseorang.

Cerita Sebenar

Setibanya saya bersama tunang tersayang Sinuna, di Mahkamah tinggi di Jalan Duta. Kedengaran beberapa laungan yang tidak terancang dari pelbagai pihak samada dari wakil AMK, Pemuda PAS dan pihak-pihak yang tidak langsung dikenal pasti.Keadaan semakin sesak apabila terdapat seorang dikalangan kami yang mengumumkan keputusan perbicaraan dan menjerit dan melaungkan "Anwar Bebas!!".

Pada ketika itu lelaki tersebut hanya beberapa langkah di sebelah kami yang tercegat di himpunan manusia yg berhimpun sambil mendengar ucapan beberapa wakil daripada pelbagai parti politik. Apabila keadaan yang tadinya menjadi lebih panas,saya dan tunang terus berundur kebelakang dan hanya mendengar dari belakang.

Selepas menanti janji salah seorang uncle "jingga 13" menyatakan  bahawa anwar ibrahim akan berucap dan menjawab segala persoalan itu, kami menunggu dengan sabar dan kekentalan jiwa yang menebal. Penantian adalah satu penyeksaan. Akhirnya Anwar Ibrahim muncul dan berucap. Pihak media berhimpit dan membuatkan keadaan menjadi lagi kecoh.

Saya hanya mendengar suara anwar ibrahim. tidak pula melihat wajahnya. Tapi aku kedengaran nada puas beliau apabila dibebas pertuduhan. Dalam kurang lebih 30minit berucap, diselangi 3 letupan bom disekitar Mahkamah, ramai dikejutkan dengan dentuman kuat yang memecah hening dan riuh hadirin yang hadir.

Peleraiannya anwar ibrahim pulang ke Permatang Pauh untuk berjumpa dengan rakyat disana. Beliau menaiki Toyata Estima yang biasa dinaiki ke majlis-majlis rasmi yang beliau tandangi.

Penutup

Sejurus selepas DSAI meninggalkan Mahkamah, saya bersama Tunang pon meluru meninggalkan Kompleks Mahkamah dan menuju ke tempat letupan bom tadi. Kelihatan tempat yang dipilih oleh suspek terancang dan terkawal. Sedihnya apabila penjaja yang berniaga disekitar kompleks mahkamah turut ditempias dengan serpihan bom yang meledak. Beberapa biji kereta yang di parkir tepi jalan turut menjadi mangsa keBODOHan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhir kalam, Perjuangan Rakyat akhirnya mendapat kemenangan.

Apa pun saya melihat keputusan yang dibuat Hakim yang menghakimi keputusan kes DSAI ini sebagai strategi UMNO/BN untuk mendapatkan semula sokongan rakyat menjelang PRU 13 nanti. Tidak akan hairan jika masih terdapat pertuduhan berbaki terhadap Anwar Ibrahim pada masa akan datang (Selepas PRU 13). Ini adalah penyusunan dan strategi politik.


'Mahasiswa Mendepani ISU'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)