-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan.

Terlalu banyak kelompangan peraturan am pilihanraya kampus (PRK) kali ini. Dilihat bahawa PRK kali ini bukanlah bersifat mendidik kefahaman tenantg Pilihanraya Umum (PRU) tetapi lebih bersifat "Sekadar Ada". Memalukan bila institusi yang kononnya memodelkan "insan intelek dan progresif" tapi perkara pokok masih ketinggalan jauh dengan institusi lain. Kerusi Umum dipertandingkan tanpa ada satu pun kerusi fakulti yang ditawarkan oleh HEP kepada mahasiswa. Pelik tapi benar, pendidikan pilihanraya negara mana yang agaknya mereka mahu terapkan kepada mahasiswa, Mongolia barangkali.

Pilihanraya Kampus Tiada Nilai Mendidik

Situasi Pilihanraya Umum di Malaysia dibahagikan kepada Dua(2) kerusi. ADUN dan Parlimen. Kedua-duanya dibahagi mengikut negeri dan Malaysia. Kedua-dua jawatan punya portfolio oposisi dan kerajaan, yang dominan akan memerintah dan minoriti akan menjadi oposisi. Realitinya konsep dan sistem politik ini ingin diterapkan kepada mahasiswa di institut pengajian tinggi makanya Pilihanraya Kampus (PRK) diperkenalkan sejak di kampus lagi. Inilah permulaan semaian benih kesedaran dikalangan mahasiswa untuk memahami konsep sebenar politik negara.

Sayangnya, di unisel, terdapat 17 kerusi umum sahaja yang dipertandingkan oleh pihak HEP. sekali dilihat oleh mahasiswa "pointer" mereka kata betol. Realitinya ia sebenarnya menyimpang dari konsep asal dan objektif sebenar penganjuran PRK ini. Jelas bahawa penganjuran PRK ini hanyalah untuk melengkapkan proses serta kriteria perlepasan penilaian MQA terhadap unisel semata. Jelas bahawa MPP kali ini hanya untuk menjadi pencacai dan penjilat pihak pentadbiran semata-mata.

Bagaimana dengan objektif untuk melahirkan bakal pemimpin mendatang? kalau dewan bersidang pon tiada. malah kelengkapan basis pon dinafi. Jelas dengan tindakan membatalkan kerusi fakulti dipertandingkan membuatkan dakwaan terhadap HEP yang hanya ingin melahirkan pimpinan MPP pengampu dan penjilat menghamp;iri kebenaran. Lihat sahaja pimpinan MPP 2011/2012, terbukti kepimpinannya sahaja memalukan.

Pertandingan 3 penjuru

Alhamdulillah, tahun ini sambutan pilihanraya menjadi lebih baik apabila partisipasi Pro-Aspirasi dan bebas turut mengemukakan calon mereka untuk bertanding. Pertandingan diantara Tiga(3) penjuru akan berlangsung esok. Di harapkan kalian dapat mengundi dengan tepat. Calon Pro-Mahasiswa adalah bernombor;

~ 2, 7, 9, 14, dan 20 ~




Amanat

Saya selaku Ketua Umum AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) menyarankan kepada seluruh mahasiswa untuk turun mengundi pada pagi ini (19/1/2012). Undilah calon Pro-Mahasiswa unisel. Perubahan akan didesak, dan tidak ditunggu. Kebajikan mahasiswa adalah keutamaan kami. Biarlah reputasi kami hina pada staff tapi tidak pada Mahasiswa!Sekali pun kami hanya punya 5 calon, tapi kami akan pastikan suara yang lima ini mampu dominan pimpinan kerana hujah kami akan diserta dengan fakta bernas dan releven.

Perkara yang lebih penting adalah kami bukan penjilat dan pengampu pihak pentadbiran. Soal hak mahasiswa ia tiada kompromi. Biar pon di ancam dan dicemuh pentadbiran, janji kami dimulia mahasiswa. Tiada apa yang mampu menafikan suara mahasiswa.


Mahasiswa Mendepani ISU

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (1)

On January 20, 2012 at 4:07 AM , Anonymous said...

GO...PRO-MAHASISWA!! =)