-PenTeman-

Assalammualaikum...

Pendahuluan

Menjelang sambutan tahun baru 2012, pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) serta sebahagian mahasiswa unisel turut berpatisipasi bersama dalam sambutan Tahun Baru yang bertemakan "Academic Freedom". Kalau anak muda di luar sana menyambut tahun baru dengan menanam benih haram di Dataran Merdeka, menegok arak di kelab malam, berhibur lampau di bukit bintang tidak pula di tangkap dan dihenyak dengan zolim, mengapa kami yang ingin meletakkan ilmu ke tempat yang tinggi pula yang dilayan seperti anjing dan zolim. Adakah ini seolah-olah gambaran jelas bahawa seluruh kepimpinan negara (UMNO/BN) yang ada sekarang ini adalah kaki botol, kaki perempuan dan kaki berhibur.

Situasi sebenar

Pada awalnya di maklumkan perhimpunan akan bermula menjelang jam 12.00am. Kami semua di kehendaki berhimpun di pintu belakang UPSI pada jam 10.00pm. Disebabkan sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis seawal jam 7.00pm, segala perancangan berantakan. Banyak peralatan kami di rampas oleh pihak polis. Sudahlah kami tidak membawa sebarang senjata, malah dirampas pula barang kami. Apa punya undang-undang la.

Lokasi telah pon berubah. Pintu utama UPSI menjadi tempat perhimpunan. Kebanyakan kami telah pon bersiap siaga di sekitar pintu utama. tepat jam 1.30am kedengaran laungan dan aksi menumbuk langit oleh pimpinan BEBAS dan SMM. Kami meluru keluar kereta untuk turut serta. Mahasiswa kelihatan ramai yang berpatisipasi. Masa itu ramai mahasiswa yang berhimpun bersatu melaungkan kata semangat dan berpidato berganti-ganti.

Aku hanya mendengar dan memerhati saat itu. Mendengar dengan penuh tenang setiap pidato yang diberikan. Dengan jelas kedengaran laungan "Tumbang UMNO" , "Tumbang Najib" , "Tumbang Kerajaan". Perkara ini harus jelas. Saya akui bahawa setiap laungan itu bukanlah laungan yang diluar sedar kami mahasiswa. Semua yang dilaungkan dan diucap adalah dalam sedar kami. Benar, kami sudah muak, menyampah dan meluat dengan kepimpinan UMNO/BN. Setelah 40 tahun perjuangan AUKU ini diperjuangkan. Pejuang silih berganti tapi semangat tetap sama malah lebih berbanding pejuang yang dulu. Sepanjang tempoh 40 tahun itu adakah kerajaan UMNO melalui Perdana Menteri nya yang silih berganti mendengar tuntutan Mahasiswa. Barangkali mereka tidak habis membaca yang mahasiswa menjamin jatuh bangun kerajaan yang memerintah.

Setelah Adam Adili menamatkan pidato beliau, kedengaran siren polis yang mengiringi kenderaan Black Maria FRU yang berperanan menyuraikan perhimpunan yang langsung tidak mengganggu keselamatan awam itu. Kami berhimpun tanpa sebarang senjata, tanpa sebarang alatan tajam. Kami berhimpun hanya tangan kosong. Tapi kenapa kami di ugut dengan belantan dan FRU yang kononya muka ganas!

Selesai Adam Adli berpidato, kami meluru dihadapan FRU dan berbaring di permukaan jalan dihadapan pintu utama UPSI. Kami dengan tegas tidak mahu bersurai! Sejurus selepas itu terdapat beberapa pengisian oleh Mahasiswa sendiri. Ada yang membaca sajak, puisi dan kemudian datanglah satu mahkluk yang berbaju hitam dan bertongkat kontot. Ooo, rupe-ruprnya ketua polis daerah Tanjung Malim. Beliau berunding dengan saudara Shukri Razab. Beliau meminta untuk bersurai dalam kadar segera. Tetapi kami masih pertahankan premis dimana kami tiada membuat sebarang kekacauan dan kekecohan. Ya, betol kami ingkar! 

Setelah dinasihati oleh pegawai polis tadi, kami masih meneruskan perhimpunan aman kami. Kami masih memegang premis pertama kami td bahawa tiada sebarang kekacauan dan kekecohan yang dibuat kami. Tiga kali amaran diberikan kami. Kami diberi masa 15 minit untuk bersurai. sehinggalah tamat 15 minit kami masih tidak bersurai.

Bila kami membuat benteng dihadapan FRU, alangkah terkejutnya bila saku dapati salah seorang FRU tersebut adalah kawan sekolah lama. Ada sekali menyebut nama penuhnya, tapi dia sekadar memberi pandangan tanpa senyuman. Kecilnya dunia ini. Perhimpunan yang penuh makna, bila mana di temukan aku dengan kawan sekolah lama.

Dalam berlangsungnya perhimpunan itu tidak dinafikan bahawa ada berlaku beberapa reaksi spontan daripada kami. Antaranya cermin pecah panjat pagar dan lain-lain. Tetapi harus diingatkan semula, semua itu berlaku setelah berlakunya pertumpahan darah kerana kekasaran pihak polis terhadap ramai kawan-kawan kami. Semuanya akan menjadi terkawal jika pihak polis turut memberi laluan kepada kami untuk berhimpun.

Setelah insiden spontan panjat pagar, terdapat salah seorang pihak polis cuba menangkap salah seorang pimpinan AKSI yang juga merupakan Setiausaha Akhbar AKSI Sdr. Ekhsan. Dengan secara spontan nya aku trus meluru kearah polis tersebut dan menengking dan mengherdik beliau supaya tidak menyentuh salah seorang daripada kami dan beliau mengalah dan berundur. 

Selang beberapa minit kemudian semua polis yang berada disekitar sana menyerbu dan dengan menggunakan kekerasan menangkap beberapa pimpinan mahasiswa yang mereka yakini mengetuai perhimpunan itu. Aku merupakan salah seorang mahasiswa yang telah berjaya di tangkap oleh pihak polis juga merupakan mahasiswa yang kedua selepas Sdr. Syukri Kamarudin yang nak disumbatkan kedalam track polis. Tetapi sebelum mereka memasukkan kami kedalam track itu terdapat satu insiden berdarah di sebelah aku, Ustaz Safwan Anang telah di kasari polis dengan muka dipenuhi darah, mulut mengalir darah dan dalam keadaan dada yang sakit akibat dikasari pihak polis yang cuba memaksa beliau dengan  kasar menyumbat ke dalam track polis itu.

Keadaan menjadi kecoh. Aku dilepaskan, Mahasiswa naik angin. Kami terus mengangkat Ustaz Safwan Anang dan membawa beliau ke klinik yang berhampiran. Dan berikutan daripada mengalirnya darah itulah mahasiswa merempuh klinik itu kerana keadaan beliau sudah kritikal dan menakutkan. Apabila keadaan nya dilihat parah, kami diarah klinik tersebut untuk mengejarkan beliau ke hospital berdekatan. Dalam perjalanan ke Hospital berdekatan terdapat salah seorang pihak polis yang cuba sabotaj dengan mematikan enjin kereta dan menyorokkan kunci tersebut. Dengan sabar kami meluru ke kereta kedua dan berjaya terlepas daripada gerombolan polis berhati binatang ini. 

Dalam keadaan kecoh itu, Sdr. Ekhsan ditangkap dengan kasar oleh pihak polis. Beliau disumbat dengan kasar oleh polis ke dalam track. Setelah beberapa minit menjelang keadaan menjadi tenang dan perhimpunan pon dileraikan dengan aman.

Penantian pembebasan 17 tahanan.

Kami menanti dengan kesabaran kurang lebih 15 jam kami menanti tahanan dibebaskan. Tidak tidur kami menanti kawan-kawan untuk bebas. Alhamdulillh pada jam 4pm 1 januari 2012 kawan kawan kami dibebaskan oleh suruhan rejim kejam UMNO/BN.

Penutup

Mahasiswa tidak pernah takut mati demi Perubahan. Biarlah ada diantara kami mati malah biarlah bilangannya mencecah puluhan orang sekali pon, asal selepas itu perubahan regim berlaku! UMNO/BN boleh gunakan segenap perkakasan yang mereka ada untuk mencederakan dan menakut-nakutkan mahasiswa. Tapi ingat bahawa suatu hari nanti kami akan memegang tampuk kepimpinan negara, dan masa itu siapa yang berklaku zolim kepada kami, kami akan tuntut satu persatu!!

Jangan dicabar MAHASISWA..Jiwanya BESAR dan MERAH!!

RESAM MAHASISWA :

"JIKA DIsekat MELAWAN di tahan MENGGANAS..
Ditanya MENJAWAB..Dipukul MEMBALAS!!!"

Aku MENYELAR TINDAKAN KECUT 
PIHAK yg MENGAMAL UNDANG2 HUTAN BELANTARA!!!

Tindakan BACUL dan PENGECUT pihak yg "MENGIKUT tanpa MENYOAL"!!!

Tiada Niat tuk ber"musuh" dengan sesiapa,
Tiada Daya tuk puaskan hati Semua,
Hanya bersandar kepada "Percaya",
Perjuangan MAHASISWA adalah UTAMA

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (UNISEL)

"... DIA mmg PEJUANG.Pejuang dlm ertikata berani menyatakn sesuatu yg dia yakini sbg BENAR & dia menyatakn itu bkn krn didorong atau disuruh sesiapa, sebaliknya krn dia berasa dia mmg p'lu utk bersuara.Dan dia mmg tau, krn sikap & plhnnya itu, dia menjadi manusia yg krg digemari, krn sikapnya yg demikian itu, byk telinga yg menjadi panas serta berdesing & kerananya jg, byk hati yg menjadi bergelegak ..."

-CamarPutih-

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor (unisel)


Comments (14)

On January 4, 2012 at 12:57 PM , Anonymous said...

Menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. dan kalau takut di pukul ombak jangan berumah di tepi pantai..

Apa perubahan yang dimahukan..?

 
On January 4, 2012 at 4:36 PM , Anonymous said...

ko syok sendiri la. dh hbis beljarkan? bwak2 la bina kerjaya plak. tak kira la dlm politik ke ape. sebelum nk berjasa pada negara berjasa la pada makbapak dulu. ini kecoh lebih habok pon takde.

 
On January 4, 2012 at 8:08 PM , Anonymous said...

bro...nape nk malu kn universiti?ko xpk ke bn o umno pgg kerajaan pusat mean pgg kuasa.....nnt di srh plak pihak mqa tarik balek pengiktirafan utk kos2 d unisel...mcm mne?ko nk iktiraf?tggu ko jd pm?agak2 lh...nasib student unisel pn ko xterjaga ni plak nk jaga tepi kain politik....tu pasal dr M wt auku...nk sekat menda2 mcm ni lh...ape ke bangang sangat xnmpk mende tu?ko suke negara kacau bilau nnt?nk follow mesir ke?tengok skrg mesir jd ape?aman ke x?pastu d jajah ko nk ke?jngn nk ekot perasaan marah n darah mude ko tu....menyusahakn ramai org n ramai pihak....n then korg gelat tu perhimpunan aman....negara ade undang2 la bro...nk wt perhimpunan aman mohon la permit...ade way dye kn?ko xtaw ke?politik n perjuangan korg ni xkne pda tmpt,,,,tmpt mahasiswa berpolitik dlm campus...bela nasib student...kesan permasalahan student....tu politik mahasiswa....bkn terlibat dngn parti politik....jngn nk kaitan agama n hadis2 nabi...agama islam suka keamanan..ko ckp org tu zalim..ko taw ke die zalim mcm mne?ko ke yg bg pahala kt dyeorg bro??ko tu yg zalim kt diri sendiri...ko d suruh belajar bkn berpolitik...kn xkene pda tmptnya...tu zalim bro...ko ptt berpolitik dlm unisel n bela nasib student tp ko xwat...nk sebok pasal politik negara tu zalim bro... .do what u should do first...jngn nk msk n pandai2 nk berpolitik parti plak dlm campus....ko ckp "Jiwanya BESAR dan MERAH!!RESAM MAHASISWA : "JIKA DIsekat MELAWAN, di tahan MENGGANAS,Ditanya MENJAWAB,Dipukul MEMBALAS!!!" tu pasal pemimpin terdahulu cipta auku...sbb org muda ssh nk dkawal n suka terburu n akal cetek...serta mudah terpengaruh...mcm korg lh...academic freedom...ko nk freedom mcm mne?xcukup free lg ke?xbersyukor?ko dh wujudkn satu pertelingkahan n api2 kn permusuhan ko taw n sedar x??tu xzalim ke??tlg lh...k...blum mase ko nk berpolitik pasal negara...kalo nk sangat cari duit hantar penamaan calon utk PRU akn dtg...ko nk berpolitik ke ape xde org nk kesah...ok?

 
On January 4, 2012 at 9:28 PM , Anonymous said...

Orang yang bongkak sombong berlagak macam kau ni la yang sepatutnye masuk dalam penjara tau... Dasar anjing Anwar Ibrahim... Kebebasan ape yang kau wahai Mahasewel jika ini jadinya... Blaja tinggi-tinggi bodoh bertingkat-tingkat.. Sebelum berkata perjuangakan agenda kau berlajar untuk hormat orang dulu.. Kalau tak bagi kerjasama memang la polis bertindak begitu... Memalukan gelaran "Mahasiswa"! Kau ingat kau tu besar sangat sampai polis pun tak boleh sentuh kau Wahai "Mahasiswa"... kalau semua tak betul pergi la dok dalam hutan tu, xde sape nak kacau kau.."MUSHARIFF" konon.. kau ingat glamor sangat aaa pangkat kau tu... Orang lain semua salah kau je la yang betul! puiihhh... Samseng taik kucing...

 
On January 4, 2012 at 10:37 PM , aku hidup bersama kepimpinan ulama' said...

kepada mana2 mahasiswa yg still marah
n x stuju ngn pendemo upsi, sblm nk
ulas apa2, sile kaji dan fikir dulu.. . jgn jd baghal sgtlah ok. kalau
x fhm, jgn persoal
at least those mahasiswa yg g demo,
they thought beyond the age, while we
thought below our age... fkirn mcm
budk sekolh ag, sile tye dri sndri, how
much u know bout auku,sej, isu negara,
isu dunia, isu eko, isu semasa,sile lah
compare ngn mereka..(mereka berckp
gune fakta, kite berckp gune ape..?)
kalau rase ilmu stkt bukak tutup buku
medik,engine, asgmnt, kuliah,.. komen
lebih2 klau x try nk fhm situasi xde
gune..
mcmla mereka bodoh x tahu risiko mcm
mne bile buat demo, tp mereka buat
jugk.. there must be something
behind... there must be a why.. . and
look for it, look beyond it, bukan main
hentam suke hati jer.. at least give ur
facts, ur knowledge kalau x setuju dgn
mereka pn.. .
kalau sampai biler2 kite semua x nk
sedar, bace, kaji, pikir di luar dri sdkr
kuliah, bukak tenet pn tgk ombak rindu,
korea... study, assignment, game, tido,
fb, main,dating. ..
mmg patut lah mereka claim mahasiswa
x berpkirn kritis bile terikat dgn auku..
kalau mcm ni smpai bile2 pn org mcm
mereka terus buat demo...
kenapa x nk lihat dunia, pndg sekeliling,
baca, explore, sesekali fikir di luar
kotak..
kalau rse nk bce buku peljrn je, asyik nk
tumpu study je, pe beza ngn budk
sekolah.. kate mahasiswa...
All the best to u shahimi dan rakan seperjuangan yg lain!semoga korg semua sentiasa dibwh lindungan & rahmat-Nya. & juga dipermudahkan semua...amin...

 
On January 5, 2012 at 8:06 PM , Anonymous said...

sepatutnya ko yg kene pukul. baru aman sikit unisel.

 
On January 5, 2012 at 9:08 PM , Anonymous said...

apasal la ko yang xkena pukul..haiz..da la memburukkan name unisel..pastu mnyusahkan budak2 yang nak grade..kang diaorang xdpt keje sbb bnda mcm ni..ko nak tanggung ke? blaja pn xhabis lagi nak berpolitik..

 
On January 5, 2012 at 10:49 PM , Anonymous said...

Kau ni bekas mahasiswakan? bukan mahasiswa kan? haii... bawak2 la berfikir skit... Jangan hanya tahu nak jadi samseng jalanan saje..

 
On January 6, 2012 at 10:12 AM , Anonymous said...

boleh aku tau ape yg ko perjuangkan sangat tu?

 
On January 6, 2012 at 10:18 AM , Anonymous said...

minta maaf sahabat. saya ni belajar takdelah macam sahabat. saya asyik baca berita tentang siswa berdemonstrasi semua. boleh sahabat jelaskan, utk ape sahabat berdemonstrasi tu? apa tujuannya? apa yang nak di capai sebenarnya? adakah sahabat rasa apa yang di lakukan itu jalan terbaik untuk dapatkan ape yang sahabat inginkan? saya tringin nk tau ape sbnrnya yg sahabat perjuangkan..

 
On January 6, 2012 at 11:37 AM , Anonymous said...

Semoga merka2 yg masih belum sedar diri, masih belum insaf dan bertaubat, penjilat2 tegar dan pencacai2 tegar, bersama2 Kak Jijik, si ikan sepat kering, Nurul mulut bau taik, BABI harami, anukera,imam mahadi PKR, Sivaji d boss, Tuan Hadyai (tak pergi Haji pun) direjam sampe mampos. Semoga sesiapa yg menyokong dan bersengkongkol dgn peliwat terkutok, barua yahudi zionist lahanat di azab dunia dan akhirat. Selamatkanlah bumi Tanah Melayu dari species2 terkutok, peliwat, keparat, bngsat dan lahanat.

 
On January 7, 2012 at 10:21 AM , Anonymous said...

hello encik abang! blh x ko malukan dr sndr je.perlu ke naikkn name unisel yg sememangnya dah gah tu.ak x phm la.ko nk wat ape pun wat la.ko ni kecoh je lebih.tonjolkan dr ahh kalu berani sgt kan. bwk2 la insaf weiiii.

 
On January 7, 2012 at 5:32 PM , Anonymous said...

korang yang bagi komen2 ni lansung tak membina . tau nak kondem orang lain jek . at least dorang ni ada jugak tindakan . aku pun one of uniselian . kerajaan pusat lansung tak ada hak nak tarik balik mqa semua tu . tu la belajar je dekat uni . tapi otak tak ada . tak boleh fikir ke . guys,jangan nak jadi lembu kena cucuk hidung la .

 
On May 1, 2012 at 1:02 PM , Anonymous said...

apa tindakan pendemo skang ye? suam-suam kuku nampaknye... dah tak "agungkan" perjuangan? owh... ganti BERSIH ye?