-PenTeman-

Tuntutan SMM dalam isu #KUIN5 : 

Tuntutan Pertama :

SMM mengharapkan agar Pimpinan Tertinggi Pas boleh turut melibatkan wakil mahasiswa dalam pertemuan dengan MB Kedah yang akan diadakan nanti. Hai ini bagi membolehkan maklumat daripada kedua-dua pihak dapat disampaikan terus kepada pimpinan Tertinggi Pas. Hal ini juga bagi mengelakkan kegagalan teknikal seperti isu memorandum yang tidak sampai ke tangan Presiden PAS walaupun memorandum tersebut telah dihantar pada mei tahun lalu.

Tuntutan kedua :

SMM juga menuntut agar MB Kedah bersedia untuk menarik balik semua kenyataan beliau yang memihak kepada akta zalim Auku dan Akta 555. Tindakan ini perlu beliau lakukan sebagai tanda bahawa beliau juga turut memprotes akta yang membelakangi yang menafikan hak aktivisme mahasiswa.

Tuntutan ketiga :

Mahasiswa juga menutut agar MB Kedah memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menjamin hak aktivisme mahasiswa dan rakyat secara keseluruhannya seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

SMM mengharapkan agar kepimpinan tertinggi PAS dapat menimbangtara sebaik mungkin tuntutan yang dikemukakan oleh mahasiswa ini. SMM juga mengharapkan agar pertemuan antara pimpinan tertinggi PAS dan MB Kedah itu nanti bakal menghasilkan keputusan yang positif.

SMM nyatakan bahawa mahasiswa sudah bersiap untuk menggerakkan protes besar-besaran dihadapan Wisma Darul Aman Alor Setar pada 19 febuari ini , sekiranya MB Kedah terus mempertahan undang-undang Zalim AUKU dan Akta 555.

Sumber : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Comments (1)

On February 29, 2012 at 11:50 AM , Hate Khalid Ibrahim The Politician said...

Di UNISEL apa kurngnya? Setelah Datuk Rosti berundur, kini semua pimpinan pengurusan tertinggi UNISEL termasuk Pendaftar merupakan orang2 PAS. Sila SIASAT: (1) apa yang telah mereka lakukan selepas era Datuk Rosti (2) siapa 2-3 prof kangkung yg merupakan org2 UMNO yang menjadi pengipas mereka (3) apa yang mereka lakukan skrg yg tak ubah spt yg dilakukan oleh regim Rosti hingga menghilangkan sokongan ramai kakitangan UNISEL. Mengapa lihat jauh di Kedah semata-mata? Ni di depan mata kenapa tak siasat? Lawan Tetap Lawan. Wallahua'lam.