-PenTeman-

Tersebutlah kisah sepasang merpati putih berterbangan bebas dikayangan, tanpa pengacau dan picisan angkuh mengganggu. Hidup mereka indah dihiasi dekorasi awan yang bermacam. Merpati jantan segak bergaya, merpati betina indah dipandang, cantik dimata. Mereka banyak mengharungi hidup bersama. 

Pada suatu hari saat pasangan merpati itu bergentayangan melebarkan sayap, membelah dekorasi awan yang indah tiba-tiba terdengar puluhan bidikan peluru yang dituju tepat kepada mereka. Tanpa menghiraukan bidikan tersebut, pasangan merpati itu pun terus meluncur dan melebarkan sayap lebar kurniaan tuhan. Tanpa sedikit cedera dan gentar, merpati jantan pun berbisik kepada merpati betina, 

Merpati Jantan : Ayuh Adindaku kita hiraukan bidikan kecil yang belum tentu mampu memporak perandakan kebahagiaan kita bersama. 

Merpati Betina : Ayuh Kekandaku, Asalkan kau tahu disisi rusukmu aku berlindung. Takutnya engkau maka takutlah aku, Gagah beraninya engkau maka begitulah aku.

Merpati Jantan : Ayuh kita meluncur laju adindaku tanpa menoleh kebelakang walau sekali. Kerana didepan itu lebih banyak cabaran dan dugaan yang bakal kita tempuh. Kuatkan hati cekalkan semangat, buangkan perasaan takutmu walau nyawa dihujung tanduk. Persetankan usaha pendusta, abaikan usaha pengacau, lantakkan si picisan angkuh itu,. Kerana segala kesabaran kita dihujungnya kemenagan menanti dgn pasti..

Merpati Betina : Terima kasih kekandaku, engkau selalu disitu sewaktu aku memerlukanmu. Dengan perasaan yang penuh rendah diri, terima kasih kerana menerima kurangnya aku, menambah baik lebihnya diriku.

Merpati Jantan : Begitu juga aku adindaku. Terima kasih kerana bersama susah dan senangnya diri ini. Kau sedikitpun tidak membiarkan diriku mati keseorangan, malah bersama-sama terbeban dgn dugaan ini. Terima kasih adindaku, kan ku jaga kau sehigga akhir nyawaku..

Itulah yang dipesan oleh merpati jantan kepada merpati betina. Mereka begitu kuat mempertahankan hubungan cinta bersama. Menafikan fitnah sang pendusta, membungkan cinta mengikat setia. Sekalipun Ombak menghempas sedikitpun mereka tidak tergugah. Kalau pepatah melayu mengungkap sekali ombak memukul pantai, sekali pasir berubah. Jelas pepatah ini lapuk dan dinafi mereka. 

Itulah analogi dalam penceritaan sinuna perspektif mushariff.

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)