-PenTeman-


KuDendangkan nukil khas untukmu sinuna;


Diawal pencarianku, kabur mengaburi pandangan, dipertengahan pencarianku penipuan terus menerjah lantas merobek perasaanku dan jiwaku, diakhir pencarianku adalah kamu insan terpilih. Orang yang bakal ku angkat martabat, maruah dan kebanggaan serta memenuhi fitrah cinta manusia dalam sanubariku. Selamat hari wanita tunangku سيتي نورنبيهه ♥ .

Kau seorang yang tabah hadapi segala, tanpa menoleh kebelakang membuat kau kuat dan tegar. Sikapmu yang menawan lantas mengelodak jiwaku menawan dirimu. Perkara yang selalu ku ingatkan kepadamu, siapa kita semalam dan sebelumnya tidak pernah penting untuk diingati, tetapi kita hari ini dan hari mendatang indikator perubahan tersemat dihati.

Persona wanita mu dibungkam, mengelodak jiwaku. Ketabahanmu membuat diriku kuat bersamamu, Kekentalanmu membuah hasil usahamu, Kelembutanmu menarik perhatian mataku, Ke"kerasan"mu menjadi dinding prinsip pertahanan mu, Kecantikanmu menjadi pasak seri masjid yang selangkah dibina bersama, Kekuranganmu melengkap kelebihan yang ada pada diriku, kekurangan ku juga melengkap kelebihan yang turut ada pada dirimu, tiada sesiapa sempurna, kerana sempurna hanya milik pencipta. Biarlah kita manusia tempang dengan khilaf asal terngadah lemah, jangan pula jadi manusia sombong tidak kenal khilaf malah mencabar tuhan kerana konon nya kesempurnaan tanpa khilafnya mereka.

Bersempena hari wanita sedunia yang disambut pada hari ini, izinkan abg memanjangkan ucapan ini kepada sayang, ku nukil karya bahasa susunan kata khas untukmu. Biarlah Allah menetapkan masa sesuai langkahan berbaki kita. Asal kita percaya bahawa pencipta sudah merancang segalanya. Seperti mana mudahnya jalan kita bersama.


MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)