-PenTeman-

Dulu masa kes demonstrasi di UPSI serta cakna mahasiswa terhadap isu pentadbiran kecoh kakitangan unisel termasuk pensyarah. Tapi baru-baru ni ada kes percubaan bunuh dan bakar oleh beberapa mahasiswa unisel yang terlibat tak pulak menjadi isu yang memalukan malah didiamkan pihak pentadbiran dan pensyarah. Tak memalukan pulak ye kes yang difailkan bawah syeksyen 502 (B) kanun keseksaan?

Sebelum ini pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) besama pimpinan Pro-Mahasiswa unisel ada mengadakan beberapa tindakan berhimpun aman berhubung beberapa perkara seperti PTPTN, Kepincangan pentadbiran universiti, yuran, penindasan undang-undang dsb, samada didalam kampus mahupun diluar kampus. Kebanyakan kakitangan universiti termasuk pensyarah menyelar tindakan ini lantas melabel kami keterlaluan dan merosakkan imej institusi. 

Satu perkara yang harus mereka tahu dan hadam terlebih dahulu adalah, adakah demonstrasi atau perhimpunan aman yang kami kelolakan itu lebih mudharat daripada kes bunuh yang di war-warkan oleh media tika ini? Atau sebenarnya pihak pentadbiran sengaja ingin mengaburi mata mahasiswa dengan langsung tidak respon berhubung perkara ini lantas menyorokkan kebatilan sebenar? Buat apa nak dimalukan, jika ia perkara sebenar?  

Mungkin lepas ni unisel boleh buat satu kos baru iaitu kos Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bakar dan Bunuh dengan pendidikan, mungkin dibawah fakulti jenayah (Itu pon kalau duit cukup laa). Dimana sebelumnya ada pihak yang melabel unisel sebagai universiti pelopor kepada gejala demonstrasi dan itu di kelim oleh beberapa pihak kakitangan serta pensyarah sebagai memalukan.

Tidak cukup dengan itu, pihak pentadbiran cuba menyabitkan pelajar-pelajar yang cakna isu pentadbiran serta hal ehwal mahasiswa dengan hukuman berat dan mengheret mereka ke prosiding tatatertib dengan harapan membisukan mulut mahasiswa tersebut. Undang-undang rimba mana jawatankuasa senat guna kan ni? Marah rupanya bila kedudukan digugat mahasiswa, goyang jugak mereka-mereka yang diatas ni bila di gegar kedudukan selesa yang menjanjikan pendapatan bulanan puluhan ribu tu?

Satu perkara yang aku nak ingatkan dan aku harap apa yang aku cakapkan ni tanam dalam kepala otak mereka-mereka ni. Kami mahasiswa samada yang berstatus AKTIF atau GRADUATE, membayar gaji anda dan jangan sesekali kalian mengkhianati kepercayaan yang kami beri. Kami punya hak untuk berdemonstrasi, dan kami ada hak untuk suara didengar. setiap keputusan pentadbiran seharusnya mendapat persetujuan kami bukan mentadbir secara kuku besi dan syok sendiri.

"Anak Muda Cakna ISU"

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)

Comments (2)

On March 24, 2012 at 9:35 PM , Hate Khalid Ibrahim The Politician said...

Sila tanya YAB Dato’ Menteri Besar Selangor atau Yb Rodziah & YB Halimau yg korang sokong sangat tu:
Apakah tentang Projek Semaian Spirulina di Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor.
Berdasarkan maklumat, kawasan seluas 4 ekar tersebut telah diusahakan oleh UNISEL menerusi Ladang Bioteknologi UNISEL sejak 2008 dimana tanah itu diserahkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Memandangkan tempoh kajian adalah 3 tahun dan sepatutnya tamat pada 2011, saya ingin bertanya:
a) Apakah status projek tersebut?
b) Berapakah jumlah dana yang diberi oleh kerajaan negeri Selangor dan apakah hasilnya?
c) Benarkah dakwaan mengatakan bahawa projek ini telah terbengkalai dan peralatan-peralatannya terbiar begitu sahaja.
d) Dimaklumkan bahawa ketua projek tersebut, Prof. Dr. Lokman Shamsuddin telah mendakwa menerusi akhbar bahawa beliau telah tidak mendapat gaji bulanan sejak beberapa bulan. Mengapa?

 
On March 24, 2012 at 9:45 PM , Anonymous said...

Parti kENCING rAKYAT NI SEBIJIK JE MACAM umno yg diorang benci sgt tu... CAKAP JE PANDAI ... last2 apa projek pun bagi kat UMNO jugak... macam lantik NC Rosti tu pun last2 tikam balik belakang ... bak kata Tan Sri Khalid waktu bertanding sbg calon PKR pilihanraya kecil Ijok: Undilah BN!!! Demonstrasi tiada salahnya cuma siswa mcm korang ni perlu ada pendirian sendiri & tidak dipergunakann oleh siapa jua poitikus yg berkepentingan..belajar apa yg berlaku dgn demonstran pelajar di Mesir 2011 waktu Arab Spring, Indonesia waktu 98 dan kpd pendokong Reformasi 1998 di Msia... sebaik berjaya, mereka ini dipinggirkan leh mrk yg punya kuasa ... ambil iktibar & jgn semborono m'ikut amarah anak muda...