-PenTeman-

ALHAMDULILLAH.., setelah hampir tiga(3) tahun pengajian, hari ini tunangku sinuna melangsungkan Latihan Industri (LI) bg melengkapkan pengijazahan sah Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri (Kepujian).. Tahniah Honey!! Sikit lagi nak habis..

Walaupun begitu, sebagai seorang graduan tamat pengajian, B mengucapkan tahniah dan mengharapkan honey dapat habiskan pengajian ini dengan jayanya. Insyaallah setiap usaha kita akan tetap dinilai pencipta. Hasil drpd pekerjaan kita itu adalah bonus, usaha itu adalah keutamaan. Utamakan mana yang dahulu.

B, tetap percaya bahawa honey seorang yg tegar dan kuat, lantaran itu pastinya tiada apa dpt menghalang honey drpd melengkapkan jam kredit pengijazahan.

Ucapan B,

Diharapkan Honey meneruskan perjuangan ini. Sekalipon ianya tidak mudah, B tetap percaya kepada keupayaan hooney. Buat yang terbaik. Kerana ini adalah titik mula kejayaan seseorang. Tiada sesiapa dpt menolong kita untuk berjaya melainkan pendidikan. Pendidikan mampu mengubah nasib dan meningkatkan taraf hidup seseorang. Sebagai anak sulong, honey adalah harapan ma dan abah, juga menjadi IKON kepada kak ngah, Azeem, Afeef dan Adeeb. Berjaya nya honey maka terdorong lah mereka. Ingat tu!! Selain itu juga diharapkan honey menjaga diri sebaiknya. Tiada B untuk bersama.

Bukan hanya B seorang mahu melihat kejayaan honey, lihat saja kesungguhan ma dan abah yang sanggup meluangkan masa dan mengambil cuti untuk menjemput puteri sulung mereka di kampus untuk dibawa pulang untuk persediaan latihan industri. Bukan itu saja, mak dan ayah yang selalu bertanyakan tentang honey pon mahu melihat kejayaan kita melangkah di majlis adat istiadat konvokesyen tahun ini. Tetapkan matlamat, fokus kepada kejayaan. Insyaallah dipermudahkan.

Bertiup angin kencang berhembusan,
Menyampai rindu yang tidak tertahan,
Biarpun jarak menjurang hubungan,
kasih dan sayang tiada berkurangan.


Menitis tangis meratap pisah,
Merenung jauh dalam pandangan,
Walau dijarak hati bertaut indah
Pertunangan ini tidak sedikit tergugah.

Andai percaya diangkat tinggi
Tiada khuwatir menjengah diri
Asal setia tersemat disisi
Hubungan melangkah seperti yang diimpi.

Setiap perkara percaya diri
Prinsip harus disemat dihati
Tiada tolok gadaian pendirian diri
Jaminan bahagia hubungan bersemi.

Hati wanita umpama pasir,
Di pukul ombak ia berubah,
Biarlah menafi skeptikal disisih
Menanam prinsip setia tidak digugah.

Sampai saat kita berjumpa
Walau lambat ada ketika
Jgn dijadi alasan menyepi
Menyisih pergi rasa menyendiri.

Kenapa lelaki perlu hormat wanita~

AURAT itu satu penghormatan, pertuturan itu martabat, perilaku pula adalah maruah. Untuk dihormati, disanjugi dan diangkat maruah serta martabat, ketiga-tiga perkara itu harus dipenuhi. Jaga lah AURAT, berlembut lah dalam PERTUTURAN, dan beradab lah pd PERILAKU.. Insyaallah tiada sesiapa akan melampaui batas keatas kamu honey,.

Seperti janji B kepada hooney, akan B kotakan. Sejurus selepas B terima gaji pertama B akan beranikan diri untuk perancangan kita itu.

Salam ingatan yang tidak luput;

mushariff

Comments (0)