-PenTeman-

Perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

.:Nasihat Pertama dan ke-2:.
> Berpuas hati lah kepada suami dengan apa yang ada pada nya dan mendengar katanya dengan baik serta penuh ketaatan.

.:Nasihat ke-3 dan ke-4:.
> Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami. Jangan sampai matanya memandang daripada mu sesuatu yang buruk dan mencium sesuatu daripada mu melainkan yang harum.

.:Nasihat ke-5 dan ke-6:.
> Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makan nya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur akan menimbulkan rasa berang.

.:Nasihat ke-7 dan ke-8:.
> Jagalah harta nya dan peliharalah keluarga dan anak- anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan dengan anak- anaknya adalah memelihara nya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah. Maka, pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.

.:Nasihat ke-9 dan ke-10:.
> Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan pabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanah nya. Juga, jangan lah engkau bergembira tika dia bersedih dan jangan lah engkau menampakkan kesedihan tika dia sedang bergembira.

Kredit : Solusi #42

"Didedikasikan ini kepada tunangku sinuna, agar kebahagiaan rumah tangga kita yang bakal terjalin dalam masa terdekat ini dijalin dgn sulaman redha dan keberkatan daripada ilahi."

Comments (1)

On June 21, 2012 at 7:55 PM , Anonymous said...

just wish u heppy dear.