-PenTeman-

Aku adalah suamimu. Dikaki ku syurgamu, jasadku dihormati, kata-kata ku wajib dipatuhi. Derhaka kepada ku makanya kau melampaui perintah pencipta mu. Yakinlah setiap janji-janji Allah, azab isteri yg mengingkari perintah suaminya amatlah pedih. Tiada pendahulu ketaatanmu selepas Allah dan Rasul melainkan kepada diriku.

Segalanya yang aku katakan ini diwahyukan Allah kepada Rasulullah S.A.W dan termaktub dalam kalamullah, aku bukan penciptanya, aku hanya diamanahkan utk menyampaikannya. Tidaklah aku berniat untuk menyembunyikan setiap kebenaran yang terkandung didalamnya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan kebenaran dan menonjolkan kemungkaran akan dilaknat bukan sahaja didunia malah diakhirat kelak.

Dengarkan ini isteriku jika sepanjang pernikahan kita ini, ada aku menyuruh kau melakukan kemungkaran, maka amatlah layak untuk kau membantah arahanku dgn kata-kata dan hujah yg bijaksana dgn cara yg berlemah lembut. Jika aku ingkar, demi Allah bersaksikan kata-kata ku ini maka akan hilanglah kelayakanku memimpin dirimu. 

Amaran dariKu!!! Jangan lah kau melemparkan kata2 kesat, kejian mahupun cacian terhadap diriku kerana jika sekiranya terguris hatiku akibat drpd tindakan, pertuturan dan perbuatan mu itu nescaya tidaklah teragak-agak diriku melebelkan kau sebagai isteri yang derhaka lantas secara tidak langsung kau juga telah mengguriskan hati penciptamu. 

INGAT lah wahai isteriku, redha Allah keatas dirimu terletak pada redha ku. Kedudukan ku jelas mendahului kedudukan ibu dan ayahmu. Tapi itu tidak bermaksud aku bisa melakukan perkara yang dipandu oleh nafsu serakahku. Tidak kah kau takut dgn janji Allah?! Hanya org yg beriman dgn ayat-ayat allah takut akan janji yg pasti. Buat lah yang terbaik isteriku. Sesungguhnya kau lah isteri yang aku kasihi, cintai dan sayangi. Inginku membawamu bersama-sama melangkah ke jannahtul firdaus.

Nukilan;

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)