-PenTeman-

Alhamdulillah, sekali lagi nama unisel dikenali oleh seluruh Malaysia. Kini unisel dikenali oleh semua lapisan manusia di bumi Malaysia ini. Tak payah pula department marketing nak bazir-bazir duit untuk memperkenalkan unisel. Dulu ada la jugak aku dan pimpinan AKSI bersama pimpinan Pro-M unisel 'part time' dengan marketing unisel.

Tanggal 5 Ogos 2011 sbg saksi, kami pekerja 'part time' yg tidak berbayar muncul di kaca TV3 di slot awal (pembukaan) Buletin Utama. Pada masa itu unisel cukup popular. Tapi unisel bukan nk beri kami apa-apa bayaran malah mereka mengheret aku ke jawatankuasa tatatertib unisel. Kahkahkah.

Selang beberapa hari baru-baru ini sekali lagi, perkara yg hampir sama berlaku semula. Kali ini bukan mahasiswa lagi yg 'part time' dengan marketing unisel. Tapi Anwar Ibrahin pula yang isi borang untuk 'part time'.. Kahkahkah. Tak cukup dengan itu, beliau dibantu pula oleh pihak PTPTN dan kerajaan negeri serta pak menteri pak menteri kerajaan pusat.

Nah!! Unisel lebih popular daripada sebelumnya. Kali ni puak-puak yang dulu selalu membebel terus bisu. Agaknya mereka trus di serang penyakit pekak berjangkit aku kira. Kahkahkah. Aku sarankan juga kalian (Staff unisel) buat demo supaya Anwar Ibrahim di kenakan tindakan tatatertib. kahkahkah.

Kini, perihal PTPTN yang dibekukan kepada siswa unisel sudah selesai. Malah solusi Dato' MB Khalid Ibrahim yg persis hebat itu jelas terbaik. Tidak pula macam sesetengah politikus yg hanya menyalahkan tanpa menyediakan solusi yg bernas dan meyakinkan.

Tapi apa yg menggusarkan aku adalah isi rundingan antara PTPTN dengan NC unisel. Aku difahamkan bahawa rundingan tersebut berlangsung dengan sikap mengampu! Puiiiihhh!! Ini ke taraf NC? Rendah membumi. Tiada class, malah menjatuhkan maruah PR dan pejuang-pejuang mahasiswa yg memperjuangkan 'Free Education'! Meremehkan usaha PR dan mahasiswa! Langsung tidak layak diberi hormat. Memalukan.

Ini apa yg aku terima drpd beberapa sumber berkenaan isi rundingan NC unisel bersama pihak PTPTN;

"Tambahnya(Khaled Nordin), walaupun Pakatan Rakyat mahu PTPTN dimansuhkan, Universiti Selangor merayu kepadanya supaya pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik kerana diperlukan pelajar.

Unisel juga tidak bersetuju dengan tindakan siswa mereka yang menuntut PTPTN dimansuhkan dalam perhimpunan pelajar pada April lalu.

Pihak Unisel kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan pelajarnya yg berdemonstrasi mahu mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka tempoh hari

Unisel telah merayu menyatakan betapa pentingnya PTPTN kepada pelajar, saya amat bersetuju, PTPTN perlu diberikan kepada pelajar."

Aku rasa perkara ini adalah serius. Kerajaan negeri harus memecat Anuar (NC unisel) dengan segera! Kalau benar lah jika kenyataan diatas dinyatakan beliau atau wakil beliau. Aku menyeru supaya beliau di tamatkan kontrak seperti mana yg berlaku keatas Dato' Dr. Rosti Saruwono.

Jika apa yang aku dakwa (Pemahaman bacaan aku) ini adalah salah, aku cabar Anuar untuk menyaman mana-mana pihak yg cuba memutar belitkan kenyataan beliau. Dengan sikap beliau yangg mendiamkan diri akan mencelakakan diri beliau sendiri.

Satu saranan dan seruan aku kepada pimpinan AKSI dan Pro-M unisel, kalian jgn kaku dan pekak dgn isu serius ini. Kalian harus cakna dgn perkara ini. Perjuangan kalian diludah, dipijak, malah di hina oleh seorang pimpinan tertinggi universiti yg kononnya melaungkan kebebasan bersuara dikalangan mahasiswa. Kenyataan beliau ini jelas bertentangan dengan hujah beliau sebelum ini berkaitan penglibatan mahasiswa dalam kancah politik.


MUhammad Shahimi Ariffin (mushariff)
Bsc. (Hons) Mathematics with Statistics.
Universiti Selangor (unisel)

Comments (2)

On September 21, 2012 at 10:13 AM , Anonymous said...

Mohon share yer ...

http://reformunisel.blogspot.com/

 
On September 29, 2012 at 5:56 PM , Rakyat Selangor said...

kenyataan saudara benar belaka.... tapi sebenarnya org paling berkuasa di UNISEL adalah Zainal Kidam (TNC HEP)... makhluk yang beria2 nak bunag saudara dari UNISEL dulu. DIa skrg menguasai semua jwtn utama di UNISEL dan skrg sebenarnya nasib Anuar Ahmad itu umpama Dr Rosti dulu. Dulu dia dipergunakan oleh Zainal Kidam ,,, kini dia sdg disingkirkan sama spt ROsti.... inikah cth PAS & PR mentadbir ... tdot juga bbrp kes salah guna kuasa dan rasuah yang sangat berleluas tp direstui oleh para pemimpinan tinggi UNISEL yang seolah2 spt kaldai & lembu cara pemikiran mrk.... siswa, alumni & staf perlu bangkit tapi malang ramai yg beranu berckp blakang shj ....Ayuh BANGKIT dan Ber AKSI!!!