-PenTeman-

Bila bertaut senyuman, 
Mata berlirikkan, 
Memancarkan keluhuran, 
Cerah kesederhanaan mu, 
Seindah kejujuran mu. 

Detik seia sejiwa, 
Terungkap setia, 
Tiada upaya sepi, 
Mata kudup penantianku, 
Hadirnya teman sejati.

Melangkah kita menjejak mimpi, 
Bahagia berdiri dengan mu di sisi, 
Harapan kita meniti hari, 
Sentiasa seiring.

Paling agung teman terulung, 
Tenunan emas sayap hidup ku, 
Tak ingin ku undur bertamu, 
Bertakhta teguh, 
Ke akhir waktu.


Mushariff

P/s : Indahnya pertemuan itu. Terus mekarnya ia dlm ingatan. Menjadi pasak perhubungan terbina ;')

Comments (0)