-PenTeman-

Di saat perkenalan menyimpul cinta,
Perkenalan kita sementara cuma, tiada lanjutan perhubungan sebelumnya,
Tidak pula jodoh kenal apa itu lama dan sementara, asal dipermudah setiap rancangan kita
Itulah "tanda" jodoh, rancangan kita-ketentuan pencipta.

Di saat cinta berbisik ke telinga,
Mendayu sayu kedengaran indah menderu menjadi halwa,
Masanya tepat untuk kita berdua, mencipta sejarah yang tidak kenal erti leka,
Walau berbekal luka yang lama, kita teguh berpasak pada melodi cinta yang sama,
Walau dibadai duga menduga kita terus bersama, asal tidak luka dibasuh dengan tangisan duka,

Sepanjang perhubungan terjalinnya cinta
Tiada sekelumit jemu singgah diminda, mungkin kerana ku paham maknanya cinta,
Ku atasi segala dengan tadahan doa darinya,

Biar pun mulut mereka terus mengata, ku tepis dgn segenap bijaksana,
Ku rentap butir bual mulut mereka, agar terdiam mereka buat seketika.

Di saat hati ditambat cinta melebat,
Konotasi cinta tidak terbeban digalas pundak, hafalan padat,
Menjadi kuliah ingatan selamanya,
Kuliah cinta antara kita, subur benihnya menjanji segar daun pohonnya

Lidah tajam melukakan hati, berperan menasihati pekerti yang lari,
Usah diparah luka dihati, nasihat menasihati amalan bersemi.

Kapal yang dikemudi dipukul ombak,
Tidak stabil bergoyang kencang, namun sedikit mabuk pun ku tiada,
Kerana sedar ia sementara, bukan selalu menduga.

Jgn jadikan cinta sbg tembok menghalang nasihat, kerana tiada apa yang kita bakalan dapat,
Jujur bersama menjanji penguat, hubungan bersama sehingga akhirat.

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Suami Siti Nurnabihah Sheikh Al-Kasimi

BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)