-PenTeman-

Assalammualaikum...


Dianugerahkan Skroll oleh Pro-Canselor

Setelah sekian lama aku mendiam diri di arena penulisan blog, Alhamdulillah hari ini aku diberi peluang dan ruang untuk berkongsi cerita bersama kalian. Tempoh hari tak sempat aku kongsikan detik gembira aku bergelar suami. Tapi hari ini aku cuba untuk berkongsi detik gembira yang tidak terhingga aku bergelar graduan. Antara sebab mengapa aku terlalu exited untuk berpatisipasi dalam sesi konvokesyen kali ini adalah disebabkan aku bergraduasi bersama isteri tercinta. Alhamdulillah doa yang kerap aku titipkan akhirnya berhasil juga. Akhirnya kelmarin kami bergraduasi bersama. Kenangan manis ini telah kami abadikan bersama ke-empat ibu bapa. Keluarga mertua turut sama meraikan hari graduasi kami. Segala bibit-bibit indah kami abadikan dalam kedipan kamera. 

Aku dan Isteri

 Bersama isteri, mertua dan mak ayah

Keluarga dua belah pihak 

Kami bersama mak dan ayah

Iskandar Zulkarnain yg kucinta 

Bersama isteri dan mertua 

 Isteri dan keluarga

 Aku dan mertua

 Isteri dan mertua

Bersama mak dan ayah

Setelah penat lelah mengharungi pelbagai pancaroba termasuk tindakan buang universiti aku masih berjaya membuktikan bahawa mahasiswa yang bergelar aktivis masih bisa bergraduasi berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa-mahasiswa degree second class (upper). Aku tidak terkilan walau ada mulut yg menyebut bahawa aku bisa mendapat first class degree sekaligus mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN sekiranya aku hanya focus kepada akademik (kuliah). Bagi aku “adding value” yang aku peroleh diluar dewan kuliah lebih berguna berbanding “theorical element” yang diajarkan kepada aku sewaktu bekerja kini. Communication skill, negotiation skill, malah leadership skill semuanya ini tidak langsung diperoleh didalam dewan kuliah secara formal. Jelas theorical dan practical meripakan dua perkara yang jauh berbeda. 

Bersama jefri YDP MPP UNISEL 

Terharu dihulurkan bunga 

Berborak sambil ucap selamat 

Kata semangat dari YDP MPP UNISEL 

Gurau senda sahabat baik

 Wanie dan Jeffri. Membuatkan ku terharu. Mereka adalah pimpinan MPP sesi 09/10

Apa pun aku sudah berjaya mengharungi segala rintangan itu, aku percaya bahawa segalanya merupakan kehendak Allah yang maha berkuasa. Aku habis bergraduasi ini bersama isteri pon adalah ketentuan-NYA alhamdulillah. 

Aku bersyukur teramat sgt kerana kejayaan yang aku perolehi ini disambut dgn pemberian bunga dan coklat daripada kedua belah keluarga dan kawan-kawan. Aku berterima kasih juga yang tidak terhingga kepada Sdr. Jeffri selaku YDP MPP UNISEL bersama sdri. Syazwani (mantan MPP sesi 09/10) yang sanggup meluangkan masa untuk menyambut kegembiraan aku bersama isteri. Beliau juga tidak lupa untuk memberikan penghargaan kepada kami(sorang satu) jambangan bunga beserta “teddy bear” didalamnya. Tidak dilupakan juga kepada sdr. Aliep yang sanggup menunggu diluar dewan berasak-asak bersama tunang demi mengucap tahniah kepada aku dan isteri. 

Cenderahati dan penghargaan dari keluarga dan kenalan

Sungguh terharu pabila kaki ku melangkah keluar dewan bertemu ibu dan ayah yang membesarkan aku lantas aku mengucapkan kata-kata syahdu yang mengalirkan airmata ibuku. "Terima kasih sebab besarkan emi mak, akhirnya kejayaan digenggam tangan". Bercucuran lah tangisan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan aku. Alhamdulillah..

Keadaan yang sesak dihadapan dewan canselor 

Graduan dirai keluarga


"Hidup sebagai mahasiswa tidak akan bermakna jika anda sekadar mengharungi hidup dialam kampus dengan berkuliah, mengampu pensyarah, dan  'berdiam' diri. Tiada guna bergraduasi dengan 'first class degree' kalau kerja tidak langsung singgah melamar anda. Percayalah hidup mencabar dialam kampus akan membantu kalian berjaya membentuk masa depan yang sirna"


"Jangan dicabar MAHASISWA. Jiwanya BESAR dan MERAH!

RESAM MAHASISWA :

"JIKA DISEKAT MELAWAN DITAHAN MENGGANAS DI TANYA MENJAWAB DIPUKUL MEMBALAS!"AKU MENYELAR TINDAKAN KECUT PIHAK YANG MENGAMAL UNDANG-UNDANG HUTAN BELANTARA!Tindakan BACUL dan PENGECUT pihak yang MENGIKUT tanpa MENYOAL!"



MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
BSc. (Hons) Mathematics with Statistics
Universiti Selangor (unisel)

Comments (0)