-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Pihak MPP kemukakan kritikan!

Diberitakan bahawa mahasiswa/i Unisel dibataskan daripada melakukan aktiviti luar Selangor dengan melarang menggunakan pengangkutan darat (Bas rasmi universiti), perkara ini dirujuk melalui pekeliling pejabat pendaftar Bil. 18/2012.

Perkara tiga(3) dalam pekeliling tersebut jelas wayang kerana ia ternafi oleh perkara pertama dan kedua. Perkara tiga juga menjelaskan bahawa unisel merupakan universiti yang bersikap selektif dan pilih kasih. Mereka hanya akan membenarkan bas rasmi digunakan oleh kelab dan persatuan yang pro-HEP.

Perkara ini bukan sahaja memberi impak negatif kepada pembangunan mahasiswa malah dilihat sebagai satu usaha membantutkan pemikiran sekaligus merencatkan budaya fikir terutama apabila ia melibatkan kegiatan luar kampus mahasiswa/i itu sendiri. Terlalu banyak ilmu yang bisa mahasiswa/i peroleh dengan melakukan kegiatan luar kampus ini. 

Seperti yang semua sedia maklum aktivisme mahasiswa tidak pernah terbatas oleh satu-satu kegiatan malah ia mencakupi bidang politik, sosial dan ekonomi. Jika pembatasan ini dilakukan makanya pihak unisel sudah menjangkau hak mahasiswa dalam beraktivisme. 


Dr. Anuar
Masih segar dalam ingatan saya bila mana pemangku naib canselor Prof. Dr. Anuar pernah berkata yang mana unisel merupakan universiti yang menjunjung budaya fikir dan sekaligus mengangkat pembangunan modal insan serta tidak sesekali berkompromi dengan sebarang usaha memandomkan mahasiswa dikampus itu. Tapi apa yang berlaku pada hari ini diunisel sebaliknya, mahasiswa/i tidak lagi diberi kebebasan dalam beraktivisme malah dikekang. 

Keputusan yang diambil oleh pihak tertentu seolah-olah mengejek mahasiswa/i malah lebih menyedihkan lagi apabila kekangan ini dilihat dari sudut lain sebagai meremehkan sekaligus memandang sebelah mata terhadap mahasiswa/i. Mereka tidak fikir yang mahasiswa/i beraktivisme diluar kampus mampu membawa nilai ilmu yang bernilai, malah mereka beranggapan ia adalah pembaziran. 

Pihak universiti tidak seharusnya berasa membazir dengan kegiatan luar kampus mahasiswa/i nya, malah patut berasa bangga kerana pelaburan yang mereka lakukan akan menyumbang kepada pembangunan modal insan mahasiswa/i itu sendiri. 


Bas lama unisel
Seperkara lagi, Bas rasmi yang penuh dengan design baru unisel sewajarnya menjadi bahan “pasaran” terutama apabila bas tersebut merentasi sempadan luar Selangor dan secara tidak langsung ia akan menjadi agen “marketing” kepada bakal-bakal mahasiswa/i diluar sana. 


 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)