-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Setelah aku membuat beberapa pertimbangan dan perbandingan anjing peliharaan bagi tujuan menjaga keselamatan akhirnya aku mula minat dengan baka Siberian Husky dan German Sherperd. Kedua-dua baka ini bukannya murah, cuba saja kalian cari di laman web mudah.my, harganya sahaja secara purata mencecah RM 2000.00 seekor. 

Siberian Husky (Puppy)
Melihat kepada baka Siberian Husky, walaupun baka ini sedikit sukar untuk dipelihara kerana sikap liarnya, keunikan warnanya dan tanda dimatanya membuatkan aku berminat untuk memilikinya. Bukan itu sahaja, warna matanya yang biru dan sikap ganasnya serta tubuhnya yang tegap akan membuatkan dia menjadi pengawal keselamatan yang lebih setia berbanding mengupah manusia untuk jawatan pengawal keselamatan. Baka jenis ini mampu hidup diantara umur 12-15 tahun. 

German Sherperd (Adult)
Seterusnya beralih kepada baka German Sherperd, jenis baka ini lebih mengenal tuan. Lebih baik berbanding Siberian Husky kerana ia bersikap friendly dgn tuannya. Aku kira dengan memiliki baka ini akan memudahkan aku dalam menjaga keselamatan rumah, harta dan keluarga. Aku meminati baka ini kerana ia mempunyai tubuh yang tegap dan bermuka ganas, kiranya sesuai sangatlah jika baka ini menjadi pilihan bagi sesiapa yang menyimpan hasrat untuk memiliki anjing peliharaan. Walaupun begitu baka jenis ini bisa hidup lebih singkat iaitu diantara 7-10 tahun.

Buat masa ini, aku mencari kedua-dua baka ini. Jika ada dikalangan kalian yang sudi memberikan puppy untuk aku perlihara dikalangan baka ini aku sangat lah menghargainya. Ataupun mungkin dikalangan kawan-kawan anda yang ingin menyerahkan anjing peliharaan mereka(puppy) untuk orang yang bisa menyanyaginya persis seperti tuannya maka aku akan tampil menawarkan diri. 

Diharapkan kalian yang ingin memberi respon bisa email aku di alamat email msa.mushariff@gmail.com .

 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)