-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Sistem kapitalis, sistem bangsat!
Isu ini mungkin isu lapok. Tapi ianya bukan isu picisan. Ia melibatkan urus tadbir yang lemah dan seolah-olah berkepentingan peribadi. Ya! Sebelum ini sudah pon muncul di muka hadapan akhbar harian seperti sinar harian. Tapi aku rasa terpanggil untuk mengenengahkan isu ini sekali lagi, agar kepada yang masih tidak mengetahui perkara sebenar mendapat pengetahuan yang adil dalam perkara ini. Anda juga bisa melihat bagaimana urus tadbir yang ‘cekap’ dikendalikan oleh kementerian berkait. 

Isu gelandangan bukan pelik di Malaysia! Rakyat miskin!
Dicelah-celah pembangunan pesat, ramai gelandangan, mengemis dan terhimpit dgn kemiskinan masih ada lagi sikap memperkayakan orang kaya, mempapakan orang miskin. Disamping menjurangi ekonomi orang kaya dan miskin kerajaan juga sedang berusaha melahirkan lebih ramai rakyat miskin hidup hidup melarat dan meminta-minta. Yang kaya terus kaya dan yang miskin papa kedana, ini lah slogan yang dijuang UMNO/BN sepanjang pemerintahannya. 

Sebelum ditanya bukti, meh tengok sini!
Melihat kepada penyata gaji bulan Desember 2011 milik Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berstatus kontrak, ismee Ismail menunjukan angka yang tidak munasabah tertera dengan jelas pada gaji bonus bulanan yang berjumlah RM 700,000. Agak-agak bonus bulanan yang dia terima tuh untuk gaji berapa bulan lah agak nya ye. Bayaran bonus hampir RM 1,000,000 kepada seorang CEO tidak pula dirungut tapi isu kenaikan sewa penginapan di Mekkah terus-terusan menjadi bahan rungutan setiap tahun.

Kasihan bila melihatkan nasib-nasib pendeposit tabung haji. Ada yang sanggup mengumpul bertahun-tahun lamanya hanya untuk mencukupkan simpanan supaya membolehkan mereka menjejakkan kaki ke tanah suci. Paling bangsat bila amanah yang serahkan dikhianati.

Jika diteliti dengan baik, gaji pokok CEO yang berstatus kontrak ini mencecah angka RM 70,00o sebulan disamping mendapat elaun-elaun lain seperti kenderaan rasmi dan pemandu peribadi yang mencecah angka RM 12,000. Agaknya kereta Ferrari atau Lamborghini kenderaan yang dinaiki ke pejabat. Keseluruhan gaji beliau mencecah angka RM 82,000 sebulan. Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima beliau adalah RM54,155.25 sahaja sebulan!. Tak banyak bukan?! Rasanya tak cukup, andai beliau sendiri beristeri 10 orang (4 official dan 6 tak official).

Masih belom tamat lagi, siapa kata tak cukup untuk sara 10 org isteri termasuk anak-anak? 100 orang pon beliau masih mampu sara. Selepas dicampur dengan bonus bulanan beliau akan terima grand total salary +- RM400,000 sebulan. Ini memang terbaik! 

Jom Tukar Kerajaan!
Yang masih menyimpan wang dengan konsisten, teruskan! Tp bila kalian biarkan mereka bermaharajalela mengkhianati amanah itu, kalian pon 2X5! Make sure next election UMNO/BN will step down! Patikan UMNO/BN hancur dan tersungkur serta tersembam!

Make changes!

 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)