-PenTeman-

Penulis : mushariff**
Datin Seri Paduka (Dr.) Hajjah Rosmah Mansur

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Datin Seri Paduka (Dr.) Hajjah Rosmah Mansur, aku berkehendakan untuk mencemari entry blog ini dengan perutusan rasmi, khas didedikasikan untuk beliau. Aku hanya orang kecil yang hanya mampu mengutarakan ucapan serta amanat penting untuk orang-orang besar macam Datin Seri Paduka. Aku juga berasal dari kalangan rakyat kebanyakan yang makannya hanya biasa-biasa, tempat tinggalnya sekadar saja, dan kerja pula kuli-kuli sahaya tidak terbanding dengan Datin Seri Paduka yang makannya sahaja mewah-mewah, tempat tinggal standing istana dan kerjanya perintah Negara(Perdana Menteri). 


Apa lah kiranya, jika Datin Seri Paduka meluangkan masa untuk membaca entry aku ini. Itupun kalau sudi. Ada beberapa amanat yg bakal aku nyatakan. Diharap dengan umur yang masih ada ini Datin Seri Paduka akan memanfaatkannya, takut-takut tahun depan tak sempat untuk sambutnya lagi. 

Kediaman yg mewah! rakyat ramai lagi miskin merempat!
Kemewahan berhias! Sepatutnya wasatiyah!

Datin Seri Paduka sebagai Perdana Menteri Malaysia diharapkan membelanjakan wang rakyat dengan berhemah dan beramanah. Jangan terlalu banyak liburan, banyak baziran, banyak ditabungkan ke akaun sendiri. Saya juga sebagai rakyat miskin sangat mengharapkan Datin Seri Paduka tidak menyalah gunakan dana awam sewenang-wenangnya. Jimat elektrik itu sangat penting. Rumah rasmi Datin Seri Paduka sangat bergemerlapan waktu malam. Rakyat tidak membanting tulang untuk bayar bil elektrik Datin Seri Paduka dan keluarga. 

Sebagai orang berpengaruh sekaligus digelar pemerintah Negara, saya juga mengharapkan Datin Seri Paduka agar banyak membimbing keluarga terutama isteri Datin Seri Paduka iaitu Najib Razak. Saya lihat beliau terlalu banyak skandal politik sehinggakan reputasi beliau terus merudum dan hampir nazak menjelang Pilihanraya akan datang. 

Kemesraan jelas kelihatan antara kalian berdua!
Walau dalam tugas! Anda tetap bersama!
Perkara yang saya puji berkenaan Datin Seri Paduka adalah dimana sahaja Datin Seri Paduka berada sudah pasti isteri Datin Seri Paduka bersama-sama. Itu lah tanda sayangnya Datin Seri Paduka kepada isteri. Tapi jangan pula sampai isteri Datin Seri Paduka itu mendahului. Tegaskan kepada isteri Datin Seri Paduka, dia bukan siapa-siapa dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan malah Datin Seri Paduka lebih berkuasa. 

Bukti bahawa rosmah mansur merompak harta rakyat!
Sekali lagi saya tegaskan, jangan Datin Seri Paduka menyeleweng duit rakyat. Datin Seri Paduka hanya urus dan tadbir harta kami. Kami tidak kerja untuk setiap pembaziran yang dilakukan oleh Datin Seri Paduka dan isteri. Biarlah Datin Seri Paduka tahu, menjelang pilihanraya umum akan datang ini kami anak muda dan mahasiswa tidak lagi membiarkan Datin Seri Paduka memegang tampuk pemerintahan Negara. Kami akan biarkan Datin Seri Paduka dan isteri dibicarakan atas banyak skandal politik kejam dan mengaitkan kalian dengan tindakan tidak berperikemanusian. 

Alhamdulillah, selamat kalian menunaikan haji cara elitis!

Kami dapati bahawa kalian bermewah-mewahan diatas titis peluh keringat membanting tulang kami siang dan malam. Maka, biarlah sambutan ulang tahun ini menjadi yang terakhir paling bermakna buat Datin Seri Paduka dan keluarga kerana tahun hadapan mungkin Datin Seri Paduka dan isteri akan menyambut ulang tahun di penjara yang mana disaat itu bukan sepotong kek yang dihidang tapi hanya nasi berlaukkan air untuk dimakan. 

sekian...

 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)