-PenTeman-

Penulis : mushariff**


Ramai sangat orang nak ubah perkara. Mereka nak ubah sistem, nak ubah harga minyak, mereka juga kata patut ubah sejarah bangsa(T) yang memihak kepada pimpinan pemerintah, mereka juga kata nak ubah pemikiran kolot puak-puak samseng politik, dengar nya mereka juga kata nak ubah mentaliti negatif orang terhadap mahasiswa, malah lebih hebat lagi nak ubah budaya gejala sosial yang sangat membarah hari ini. 

Optimis dengan perubahan harus berasas!
Ada sesetengah orang mereka optimis dengan apa yang mereka lakukan. Tapi bagi aku nak optimis pon biarlah realistik dan boleh diterima aqal. Nak ubah gejala sosial umpamanya. Tidak cukup dengan kempen semata-mata. Mereka kata remaja, mahasiswa dan anak muda tak cukup pengetahuan dan kurang pendedahan tentang seks. Ya! Aku setuju, tapi jika sekiranya mereka tahu pon belom tentu dapat benteras dan cegah zina sekaligus menghalang perasaan meluap-luap dalam diri remaja tersebut. 

Sikap yang berubah-ubah! Langsung tiada prinsip!
Nak ubah stigma masyarakat dan anak muda tantang zina tak boleh dengan kempen semata. Perkara yang kita semua kena akur adalah ubah sistem. Nak ubah sistem bukan setakat buat program, himpun sana sini mcm Hasan Ali buat tuh. Ia lebih daripada itu. Tumbangkan dulu kerajaan sedia ada. Mudahkan?. Semudah ABC. Sebarkan kefahaman tentang zina pon kalau sistem rosak, sia-sia je. Realitinya kerajaan yang bentuk sistem. Pemilihan kerajaan yang betol maka betollah olahan sistemnya. 

Aku bukan nak merendah-rendahkan usaha JIM, GAMIS, atau apa sahaja pertubuhan islam yang lain. Aku pasti kebanyakan mereka mesti setuju kenyataan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Maka dengan itu cara mencegahnya adalah dengan ubah sistem iaitu dengan mendapat mandat rakyat untuk tukar kerajaan yang sedia ada.
Jom kita cuci segala kekotoran!
Dalam soal ini kita kena realistik. Fikirkan perkara pokok kepada permasalahan. Bukan menyelesaikan permasalahan minor dimana jika diobati pon ia masih membarah. Jelas ia hanya sia-sia. Dalam hal ini semua pihak harus di sedarkan betapa pentingnya usaha menumbangkan kerajaan sedia ada dan menukarkan kepada kerajaan alternatif. Tak guna bersikap defensif yang tak membawa kepada apa-apa keuntungan pon. 

Ubah lah kerajaan!
Kepada anak muda dan mahasiswa! Buat lah perubahan besar dalam lanskap politik negara. Sekurang-kurangnya kalian akan merasai perubahan. Ulama’ ada menyebut dalam memilih diantara dua pilihan, pilihlah yang kurang mudharat diantaranya. Dalam politik kita tak pilih yang suci, tapi kita memilih mereka yang kurang korup, kurang zolim, kurang khianat, kurang seleweng, dll. Pastikan sebelum kalian ungkap perkataan ‘Ubah’, kalian ubah la terlebih dahulu kerajaan Malaysia! 


**mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)