-PenTeman-

Penulis : mushariff**

sdri. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
Sedikit respon daripada isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Walaupun perkara ini hangat selepas beberapa minggu program itu berlangsung.Itu pon selepas video berdurasi 24min di muat naik melalui you tube dan tersebar seluruh dunia. Setakat ini sahaja video itu sudah mencapai lebih 0.5 juta views.

Komen KJ
Amat menyedihkan apabila suara siswa/i di halang daripada memberikan pendapat. Berikutan daripada tindakan sdri. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin itu, dua tokoh besar UMNO/BN turut memberi komen sinis dan mengatakan beliau sebenarnya tidak mewakili suara BN. Malah menyedihkan batch 1 Malaysia yang dipakai itu langsung tidak membantu sdri. Sharifah untuk mengatakan dia mewakili UMNO/BN. Dato' Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin tidak kurang menemplak sikap biadap Sdri. Sharifah terhadap mahasiswi yang bertanyakan soalan. Tindakan Sdri. Sharifah yang menjadi 'anjing' mempertahan kerajaan UMNO/BN langsung tidak dihargai oleh pimpinan UMNO/BN mahupun KIMMA.

Suara PMUKM
Tidak kurang dengan kutukan, kritikan dan cacian, malah saranan daripada kepimpinan mahasiswa UM untuk berdiskusi serta helaan nafas hampa drpd pimpinan PMUKM berhubung isu itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada beliau.

Aku sekeras-kerasnya mengutuk sebarang sikap biadap terhadap mahasiswa/i, lebih-lebih lagi kepada pihak melebel diri mereka terbuka walhal mereka lebih tertutup daripada mangkuk tandas yang tertutup. Sdri. Sharifah bukan sahaja perlu meminta maaf kepada sdri. Bavani tapi dia harus membuat kenyataan terbuka dan membersihkan nama sdri. Bavani.Kalau benar lah dia seorang yang lantang dan tidak mampu "dikawal" seperti yang didakwa presiden KIMMA, beliau harus menerima undangan SMM, PMIUM dan semua pimpinan mahasiswa seluruh kampus.

 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (0)