-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Sedih aku mendengar dan melihat beberapa foto mahasiswa/i unisel. Mereka tidak lagi dijamin perlindungan dan keselamatan daripada pihak universiti. Aku sendiri pernah berada di kampus itu suatu ketika dahulu. Keadaan sekarang lebih menyedihkan. Mereka di letakkan dilokasi yang jauh dari kampus. Populasi mahasiswa/i unisel berterabur. Yang punya kenderaan, alhamdulillah. Manakala yang tidak terpaksa menunggu bas untuk ke kampus. Ini semua kerana sikap pihak yang langsung tidak memikirkan kebajikan mahasiswa/i, malah mementingkan isu lain lantas membebankan mahasiswa/i dgn isu ini!

Foto mahasiswa/i yang berhimpit sewaktu hujan lebat di bus stop, langsung menyentuh jiwa aku. Betapa sedihnya mereka terpaksa berhujan dan berpanas setiap hari demi untuk menuntut ilmu. Pernah Naib Canselor dan timbalan2 nya merasakan perkara ini? Mereka tidak pula berjalan kaki, berhujan dan berjemur. Mereka punya kereta syarikat. Minyak kereta mereka pon dibiaya oleh universiti. Bukan itu sahaja, melihat mahasiswa/i yang kepayahan jangankan simpati, pandang sebelah mata pon tidak. Mereka itu puak elitis! Mereka pentingkan diri! Cilakalah mereka yang bersenang2 dgn kepayahan orang lain!!!!

Kalau dulu, ada mahasiswa/i yang ambil tahu tentang nasib mahasiswa/i tapi tidak disenangi oleh sebahagiannya. Walaupun begitu, mereka yang ambil tahu ini tidak pula menghiraukan kejian, tohmahan dan penghinaan terhadap mereka. Ramai dikalangan mereka sudah pon habis dan tamat pengajian disitu. Mereka berani menghimpunkan pelajar! Minta penjelasan pentadbiran! Mereka tiada gentar walau sedikit bila berdepan dgn pihak tertinggi universiti! Mereka tahu yang mahasiswa/i ini main stake holder kpd universiti. Kerselesaan mereka harus diutamakan. Mereka langsung tak benarkan ada pihak yang pandang rendah kepada kewujudan mereka.

Tapi kini, kepimpinan sudah pon berkesinambungan. Kepimpinan sudah pon bertukar ganti! Kita tunggu kalau2 ada tindakan keras yang diambil. Sayangnya penantinya itu satu dusta. Jelas bahawa kepimpinan yang ada sekarang hanya boneka pihak2 tertentu. Aku benci mendengar perkataan wala', aku marah bila ada menyebut istilah syura'. Suatu ketika dulu aku kerap mendengar istilah2 ini. Tapi guna pakai istilah ini langsung tidak membuktikan apa2, sekaligus memberi persepsi negatif aku kepadanya. Istilah ini hanya lah gula-gula bagi kanak-kanak yang masih menyusu. Bukan aku yang dah dewasa. Sebenarnya istilah ini bg menyelamatkan kepentingan2 parti dan kumpulan tertentu. Mereka lebih memikirkan kepentingan sesuatu dan dalam masa yang sama mereka menggadaikan prinsip kebajikan mahasiswa/i yang sebenar! Bersekongkol dan bersekutu dgn mana-mana parti politik tidak menjadi masalah, tp menjadi lembu yang dicucuk hidung dan ditarik sudah pasti menjadi satu kesalahan besar dalam perjuangan!

Bangkitlah rakan2 mahasiswa/i dari dibelenggu ketakutan! Rancanglah perhimpunan besar-besaran dan pasanglah khemah dihadapan canselori. Jangan berganjak walau seinci. Mereka tidak akan apa2 kan kalian. Percayalah bahawa setiap yang berlaku itu setelah keizinan ilahi. Yakin lah pada ketetapan Allah! bangkit lawan kezaliman keatas dirimu! Tiada istilah kalah dalam islam. Samada syahid ataupun kemenangan!

Bangkit berhimpun sekaligus tuntut penginapan dan keselamatan lebih terjamin! Kalau Student Movement takut macam tikus! kalian bangkit dengan keberanian!!

**mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM  Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).