-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Bersempena dengan Pilihanraya Kampus(PRK) unisel menjelang tiba, terpanggil pula aku untuk mencoretkan penulisan berbaur pendapat ini. Segarnya ilmu bila dikongsi, itu lah kata-kata motivasi yang selalu menjadi inspirasi sekaligus menjadi penyebab kepada wujudnya blog ini. 


Ini Pro-M unisel team members
Ini pula Pro-Tect team members
Bila adanya PRK maka secara langsungnya ada perlawanan, ada pertandingan. Cuma PRK unisel sahaja yang tidak mendidik, malah sebaliknya ajar mahasiswa/i "pendidikan politik" yang bukan wajah malaysia, sekaligus merosakkan semangat politik gambaran sebenar di Malaysia. Cohtohnya calon kerusi umum, mereka akan berlawan secara bebas, bukan one to one. Ini jelas bukan gambaran politik sebenar di Malaysia, barangkali ini wajah politik antartika dimana calon-calonya adalah beruang kutub dan pengguin-pengguin comel.

Bila ckp soal pilihanraya, ramai menganggap bahawa yang popular sahaja layak bertanding, dan ada pula kata yang pernah memegang jawatan tertinggi sebelumnya layak bertanding, tidak kurang juga ada yang kata elok kiranya mereka jadi pengikut menumpang kekuatan parti-parti sedia ada sahaja. Tapi hakikatnya di unisel semangat politik tidak lah semeriah mana. Kadang-kadang calonnya sahaja yang melebih-lebih. Yang mengundi pon blur-blur, malah ada yang tak kenal langsung siapa mereka nak undi. alahai sedey..

Dulu aku sendiri bertanding merebut kerusi umum. Alhamdulillah ditakdirkan Allah aku peroleh undi tertinggi. Matlamat aku dan jentera PRK ketika itu adalah untuk menyemai benih kefahaman tentang politik kampus kepada seluruh mahasiswa/i dan berikutan dengan itulah mengapa aku dan Sdr. Aliep serta jentera membuat keputusan mengeluarkan sejumlah dana yang besar untuk poster dll. Tidak perlu rasa membazir kalau niat kita itu baik.

Dalam memilih pemimpin, mahasiswa/i jangan sewenang-wenangnya memilih sebab rasa simpati, popular, dan benci sbb termakan hasutan sekalipon. Pengundi wajib jujur dengan undi yang dibuat. Usah hipokrit mengundi kawan-kawan hanya kerana mereka kawan sekelas, kerana calon itu sama fakulti, kerana simpati kerana di rayu-rayu, dan yang paling penting usah membazir mengundi mereka yang popular tetapi penuh kontroversi negatif yang menempel didahi mereka.

Setiap undi itu adalah amanah. Usah persiakan. Pilihlah calon yang benar-benar layak memimpin, terpelihara akhlak, tiada kontroversi negatif terpalit, tidak pengampu HEP, Sentiasa condong dengan tuntutan(baik)  mahasiswa/i. Usah persiakan undi kalian mengundi calon yang bermasalah, sbb dihujung kepimpinan mereka nanti lebih banyak main dari melaksanakan amanah.

Tolak calon yang terlalu menjanjikan "bulan dan bintang" sbg contoh Isu WiFi, Fasa II unisel, Parlimen Mahasiswa, yuran dll isu yang berkait. Isu WiFi bukan baru, tp telah berabad sehingga kini masih belom mampu diselesaikan. Konon-kononnya nak diselesaikan secara rundingan tiga penjuru, padahal sehingga ke hari ini kelembapan WiFi terus membelenggu mahasiswa/i di unisel. Ini lah yang dimaksudkan janji bulan bintang. Berani janji tp tak mampu laksana.

Dalam berperang ada yang syahid dan ada yang menang. Tiada lagi dua pihak mencapai menang secara serentak. Begitu juga dalam berpolitik. Tiada istilah baik dgn kedua-dua pihak(Mahasiswa dan HEP). MPP harus memilih antara satu. Sbb sudah lama mahasiswa/i terperuk dibawah telunjuk HEP, sudah lama juga kuku mahasiswa diasah tumpul oleh mereka-mereka yang benci kepada kebangkitan mahasiswa/i dalam menuntut HAK. Kata aku cuma satu undilah mereka yang condong kepada kalian kerana kalian tidak sesekali menyesal! Percayalah!

Undilah calon yang anda rasa mampu memimpin dan bukan sebab popular.

 **mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM sn (Kepujian) Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (4)

On February 4, 2013 at 12:50 AM , aim tetap gembira said...

tq atas nasihat.... undi anda adalah rasia

 
On February 4, 2013 at 1:27 AM , Anonymous said...

undi adalah rasia???
ke rahsia? :p

 
On February 5, 2013 at 5:51 PM , Anonymous said...

Ehh.. dgr cite poster2 pro-tect guna kemudahan di HEP..
Apa kes ni.. nii ke nk protect student??
Hak org lain blh dicabul.. jom beramai undi calon pro-m..
Meraka brkempen ats duit sendiri..

 
On May 21, 2013 at 6:29 PM , azim tetap bahagia said...

biar betul.. kena lebih telus la pilihanraya kampus.. kena jauhi campur tangan ghaib..