-PenTeman-

Penulis : mushariff**
Melaporkan Penipuan!
Hari ni aku kerap buka TV 3/4. Mendapatkan berita dan gambaran sebenar isu pencerobohan di lahad datu. Tanggapan aku meleset. Bertambah serabut informasi-informasi yang dilaporkan. Tapi aku tak menyesal malah gembira pula bila media perdana lidah UMNO/BN ni trus memperlihatkan keBODOHan yang memang sebati dengan mereka.


Tentera Penceroboh
Tadi Najib PM Moolaysia ada hadir press conference di utara negara tentang laporan terkini pencerobohan lahad datu. Antara yang melekat di kepala otak aku, dia kata jangan sesekali mempolitikkan isu pencerobohan lahad datu dan mengecap kenyataan Tian Chua berhubung isu itu. Tapi dalam kenyataan media yang sama Najib pula tidak menolak sebarang kemungkinan yang mengaitkan isu itu dengan Ketua PR iaitu Anwar Ibrahim. Demi ALLAH ini lah lawak pertama aku tengah hari tadi dan disambung ulang pada berita utama jam 8pm td. kahkahkah. Najib dok kata jgn buat perkara A, alik-alik dia juga yang buat. Memang bengong agaknya PM Moolaysia nih.

Dalam laporan berita yang sama, aku tengok ada juga haiwan-haiwan politik umno ni yang gelar diri NGO menuntut supaya Tian Chua memohon maaf kerana telah mengguriskan perasaan keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban. Tapi bagi aku apa yang didakwa oleh Tian Chua itu ada asasnya.

Pertama : Bagaimana perairan Malaysia mampu dibolosi?

Scorpene
Kapal Laut
-Setahu aku Anggota Pertahanan Malaysia dipersiapkan dengan teknologi canggih seperti Radar Pengesan Cekap, Kapal Selam Scorpene, Bot Laju Polis Marine dll. Bagaimana pula tentera penceroboh mampu membolosi kawasan perairan negara?


Sebahagian Tentera Penceroboh
-Seperti yang kita tahu, tentera penceroboh hanya berbekalkan senjata M-16 dan beberapa bahan letupan serta menaiki "sampan" untuk membolosi kawasan perairan negara. Tidakkah lanun yang menyeludup minyak, dadah dll mampu dikesan. Mengapa tidak tentera penceroboh?

Kedua : Siapa Menteri Pertahanan?


Ini lah mamat menteri pertahanan
-Akhbar Filipina kata Anwar Ibrahim terlibat dan didakwa menjadi dalang kepada pencerobohan ini. Tapi soalan aku siapakah Menteri Pertahanan Malaysia? siapakah dia Perdana Menteri Malaysia? Adakah Anwar Ibrahim punya kuasa untuk membiarkan tentera penceroboh membolosi perairan Malaysia?

Siapa diantara mereka? 
-Soalan pokok kepada isu ini adalah siapa yang membenarkan tentera penceroboh membolosi perairan Malaysia sekaligus membuatkan mereka bertapak di Felda Sahabat Lahad Datu. Adalah mustahil untuk tentera pemberontak membolosi perairan Malaysia tanpa dikesan melainkan dibiarkan oleh samada pihak Menteri Pertahanan  atau arahan PM sendiri.

Putera Katak!
Kalau zahrin tadi kata pihak pembangkang cuba menyebabkan sabah diishtiharkan sebagai darurat dan sekaligus mengheret pembangkang ke kancah motif tapi pada perspektif aku pula najib sengaja wujudkan keadaan ini demi meraih simpati rakyat sabah secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya. Seperti yang semua ketahui, reputasi Najib di Sabah sudah merudum dan ini sahaja cara untuk mereka meraih kembali kepercayaan rakyat disana.


Najib Vs Altantuya!
Najib kata mereka yang tidak berperi kemanusiaan, tiada simpati yang sanggup menyebabkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai pelakon-pelakon yang terkorban. Tapi jawapan aku, kalau gadis Mongolia yang mengandung 3bulan yang ditembak dua kali termasuk dikepala sejurus itu di bom C4 berkecai itu juga tidak berperi kemanusiaan tp ia masih dilakukan beliau. Apalah sangat dengan korbankan pelakon-pelakon ini, tiada beda sidikit pon.

Cuba kita berfikir. Bukan dengar sahaja apa yang dikhabar TV milik kerajaan atau media arus perdana nih. Mereka kata tidak sorokkan informasi walhal mereka banyak menyembunyikan informasi. Ayuh revolusi dalam bidang masing-masing!

**mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM  Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel).

Comments (1)

On March 4, 2013 at 8:37 AM , Hassan Angler said...

aku memang percaya dengan apa yang saudara tulis tu. pm kata jangan politikan isu pencerobohan tapi orang-orang najib juga yang tuduh anwar menjadi dalang pencerobohan.

kenapa begitu mudah penceroboh tu masuk sedangkan perairan kita kat sana tu yg pernah gawat dengan insiden tawanan satu masa dulu kini dilengkapi dengan peralatan canggih untuk mengelak sebarang pencerobohan.

atau kapal selam masih tak boleh menyelam ke? secara logiknya apa yang ting chua cakap tu macam ada kebenarannya.

kenapa pihak tentera tu tak serang terus setelah tamat tempoh rundingan. sedangkan mereka tu sudah diketahui lengkap bersenjata. mungkin hanya pihak tentera yang lebih cekap dikerah untuk menangani isu ini. kenapa baru semalam nak kerah harimau timur yang berpengkalan di kota haru.

semunya menjadi persoalan yang makin mengelirukan rakyat.