-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Banyak Penipuan!
Setelah hampir seminggu berlalunya PRU13, akhirnya ada juga masa-masa terluang untuk aku menulis. Artikel ini tiada unsur-unsur hasutan, tapi kalau ada polis-polis yang masih BODOH boleh la ambil tindakan. PRU13 memberi gambaran bahawa parti naungan BN ditolak rakyat secara mejoriti. Bukan sahaja orang cina yang menolak UMNO/BN, malah ramai juga pengundi Melayu dan sedikit pengundi India bersolidariti menumbangkan UMNO/BN.

Taktik Penipuan UMNO/BN untuk menang!
Walaupun terdapat banyak penipuan seperti BLACKOUT, Pengundi HANTU, Dakwat 'KEKAL', Peti UNDI dilarikan, Peti UNDI di TAMBAH dan sebagainya, namun UMNO/BN masih gagal menambah kerusi Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus diasak dengan pelbagai gesaan termasuk Mahasiswa/i supaya berundur dari kerusi pengerusi sekaligus mereformasikan institusi tersebut daripada terus bersekongkol dengan rejim UMNO/BN.

Orang BODOH tak mengundi, Org Bangang UNDI UMNO/BN!
Melihat kepada polar pengundian pada PRU13 yang sudah pon berlalu, jelas pengundi cina bersolidariti menjahanamkan UMNO/BN dimana ia satu perkembangan positif yang harus disambut baik oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR). Ini tidak bermakna bahawa DAP, PKR dan PAS diterima kerana kekuatan mereka, tetapi mungkin juga ia merupakan manifestasi daripada kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO/BN.

Reputasi UMNO/BN merudum daripada 140 kerusi Parlimen kepada 133 kerusi, ini jelas bahawa rakyat secara keseluruhannya menolak polisi gagasan 1 Malaysia sekaligus memberi gambaran jelas yang gagasan yang cuba diterapkan oleh Najib menemui kegagalan. Setelah PR dihentam melalui media arus perdana reputasi PR menandingi reputasi UMNO/BN yang mana ia sebenarnya satu petanda baik kerana rakyat secara mejoriti tidak bergantung kepada akses maklumat media arus perdana semata-mata malah menjadi agen "check and balance" dan menilai setiap penipuan yang dilakukan pemerintah.

Harus diingati bahawa kemenangan PR ini bukan lah disebabkan kekuatan calon kerana mode PRU13 adalah untuk menjahanam dan menumbangkan UMNO/BN. Maka dengan itu usahlah pimpinan parti sesekali mengugut untuk keluar parti ini kerana kalian bukanlah sesiapa malah kekuatan yang berdiri dibelakang kalian itu sebenarnya kekuatan parti dan bukan kekuatan kredibiliti individu.

Keputusan Keseluruhan PRU13 (Parlimen)
Di Kuala Langat, semua calon PR menyapu bersih kerusi samada Parlimen mahupun DUN. Alhamdulillah, kerana tumbangnya UMNO/BN di sini. Namun begitu, usah calon-calon yang menang berasa bangga dan bongkak, ini kerana kalian harus sedar yang pengundi bukan mengundi kalian secara individu, walhal sebenarnya ianya hanya manifestasi kebencian mereka kepada UMNO/BN. Kalau di ikutkan sebelum ini calon P112-Abdullah Sani banyak mendapat kritikan pedas penduduk disini kerana dikatakan bahawa beliau tidak aktif di kawasan beliau, namun beliau masih kekal menyandang kerusi parlimen di Kuala Langat ini. Ini jelas menunjukkan yang sebenarnya kemenangan beliau kerana mode kebencian, begitu juga dengan calon-calon yang lain.

**mushariff adalah MUhammad SHAhimi aRIFFin, merupakan graduan ISM  Matematik dengan Statistik di Universiti Selangor (unisel)

Comments (2)

On May 11, 2013 at 12:49 PM , Anonymous said...

bn memang suka orang di pendalaman susah bukan apa bila PRU mereka hulur bantuan sambil berkempen. itu je keje mereka. Undi simpati

 
On May 21, 2013 at 10:35 AM , Anonymous said...

salam. bro, bahasa melambangkan bangsa. wlp aku bukan ahli memolitik, tp islam ajar kita jaga mulut. bro, kau dh byk berubah. dulu waktu sekolah, aku respect ko, sekarang bila dah besar dah kawin, ko makin menjadi. jadi lah pemimpin yang disegani. maaf la, aku pun tak sempurna, tp aku sbg orang islam dan dicalit sbgai "melayu", malu aku nengok gini. malu bro. ;(