-PenTeman-

Penulis : mushariff**

Pada saat ini President Dr. Morsi sudah digulingkan oleh tentera. Pemerintahan beliau berakhir dengan keadaan dimana demokrasi bukan sahaja di henyak, malah dipijak-pijak oleh mereka yang masih kuat mempertahankan semangat Mubarak. Dr. Morsi tahun lalu menang secara demokratik, yang mana buat julung-julung kalinya mesir mengadakan pilihan raya yang paling telus dalam sejarahnya. Walaupun begitu, harus diingati bahawa jumlah minoriti yang tidak menyokong Dr. Morsi masih merupakan bilangan yang besar daripada bilangan keseluruhan yang mengundi.

Terjadinya perhimpunan yang mengancam kedudukan pimpinan Ikhwanul Muslimin itu, adalah kerana sikap sejumlah besar minotiti yang tidak menyokong beliau. Mereka dilihat tidak sabar untuk menunggu tamat penggal pertama pemerintahan Dr. Morsi. Apa yang menyedihkan apabila, demokrasi yang sudah terlaksana setahun sudah umpama dicabul dengan rakus puak penentang pihak kerajaan, ditambah pula dengan sikap tentera yang rakus mencabul hak sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Peranan media antarabangsa terus mengheret mesir ke kancah kebimbangan apabila laporan-laporan tidak telus pihak media memburukkan lagi keadaan. Laporan yang memburukkan kerajaan pimpinan Dr. Morsi tuntas memberi gambaran buruk kepada dunia tentang keadaan sebenar di mesir. Manipulasi berita, memperlihatkan bahawa Dr. Morsi gagal mencapai rundingan damai antara pihak pemerintah dengan pihak menentang.

Saat ini media pro-UMNO terus-terusan mengheret isu ini dengan keburukan revolusi. Tapi pada hemat saya, disebalik pengajaran daripada apa yang terjadi harus diambil iktibar oleh pihak UMNO/BN agar jika pada PRU14 nanti anda gugur tersembam kalah jangan lah diulang kisah di mesir dimana apabila mereka sudah kalah dan tersembam mereka rancang untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat.

Begitu juga dengan pimpinan PAS, dan PR. Ini petanda bahawa bukan parti politik mendominasi suasana tetapi rakyat yang merdeka akan terus menuntut hak mereka jika pemimpin kerajaan gagal melunaskan segala janji pilihanraya. Antara lain usah bersikap kuku besi dalam menentukan segala peraturan, kerana asal namanya manusia sentiasa melakukan khilaf dan dosa.

**Penulis merupakan calon sarjana sains matematik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Comments (0)