-PenTeman-


Setelah genap setahun mengemudi bahtera perkahwinan, pelbagai cerita dicoret bersama. Sejurus tamat pengajian si bunga sinuna terus disunting oleh kumbang ditaman. Saat susah, payah diharung bersama, tanpa menyalahi antara satu sama lain. Tabah hadapi tekanan hidup yang semakin hari menghimpit dengan ujian daripada pencipta. Saling membantu menjadi rencah hidup bersama, meminjam telinga mendengar luahan hati dan pendaman rasa. 

Boleh dikatakan bahawa perkahwinan ini hanya setahun jagung cuma, banyak lagi cabaran dan ujian bakal menduga, namun setiap saat dan ketika hayatilah kebahagiaan bersama. Langit tidak selalu cerah, terkadang mendung, jarang-jarang hujan. Namun kebijaksaan aqal yang dikurnia tuhan wajar diguna agar kesejahteraan dan kerukunan rumah tangga terus terpelihara dengan izin-Nya. 

Kebelakangan ini banyak mendengar khabar berita tentang kekerasan rumah tangga, harap dijauhkan dengan kefahaman kasih sayang yang dikurnia pencipta. Suami memukul isteri, isteri mengasari suami ianya bukan perkara cool yang boleh diterima agama. Kerukunan rumah tangga adalah terletak kepada kedua individu yang sudah di ijab qabul kan. Meletakkan islam sebagai perkara utama dalam setiap perilaku dan tindak tanduk, perlu dalam usaha kita menemukan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat insya-Allah. Cuba dan usaha untuk menjadi yang terbaik walau hakikatnya tiada manusia yang terbaik. 

Setiap perkahwinan pasti hal zuriat perkara yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah setelah sembilan bulan menunggu akhirnya kami dikurniakan zuriat didalam kandungan isteri. Hadiah ulangtahun perkahwinan isteri kepada ku. Setiap hari sabar memanti, memastikan kandungan dalam keadaan sihat. Insya-Allah dengan izin allah segala urusan kami dipermudahkan. 

Di kesempatan ini dengan rasa rendah hati aku mendedikasikan ucapan ulangtahun pernikahan ini kepada isteri yang tersayang sinuna, diharapkan perhubungan yang terjalin ini diberkati dan dirahmati allah sehingga dibawa ke jannah. Pengorbanan sang isteri terhadap sang suaminya, aku sangat hargai dan sanjung tinggi. Terima kasih isteriku sinuna.

Yang Mencintai sinuna,

mushariff

Comments (0)