-PenTeman-

Berjuang walau darah taruhan!
Penulisan ini mungkin dilihat sarkastik, namun ia tidaklah berniat jahat kerana aku percaya bahawa kebebasan bersuara yang dilaung dan dicanang oleh pihak mereka selari dengan perjuangan yang dibawa. Kebenaran tidak pernah surut kerana kemungkaran dan kezoliman sentiasa ada dimana-mana. Asal meletakkan kebenaran sebagai asas perjuangan maka seseorang tidak akan sesat menemui jalan pulang. 

Bahagianya mereka yang memperjuangkan kebenaran. Kebenaran bukan sahaja dengan kepercayaan bahawa sesuatu perkara itu benar, ini kerana kebenaran tidak akan sebati dengan kezoliman. Menghalalkan kezoliman itu sifat munafik, niat menghalalkan cara itu falsafah Robin Hood. Kebenaran bagi Robin Hood adalah merompak harta si kaya, dermakan kepada si miskin. Namun ia tetap perjuangan kezoliman bukanya perjuangan kebenaran.

Minyak dan air perumpamaan yang wajar menggambarkan kebenaran dan kezoliman. Keduanya tidak akan pernah sebati. Bahkan sekiranya dipaksa campur maka kedua kandungan ini berpisah dan tidak sebati. Sebab itu mengapa kezoliman terus wujud dimuka bumi ini. Dengan mempercayai bahawa sesuatu perkara itu sebagai benar tanpa ada asas pegangan maka tidak semestinya ia adalah benar. 

Adil tanpa kira parti politik!
Tidak pelik sekiranya ada yang kata kezoliman yang dijuang merupakan kebenaran bagi mereka. Ini kerana ‘kebenaran’ yang diperjuangkan itu tidak berasaskan pegangan islami. Bagi barat berkahwin sama jantina pun dianggap benar, berkahwin anak beranak pun dianggap benar. Ini lah dikatakan sebagai kepercayaan bahawa sesuatu perkara yang diperjuangkan adalah benar tanpa ada asas pegangan dan landasan beragama. Ini lah kesesatan!

Percaya bahawa sesuatu yang dijuangkan adalah benar belum cukup mengatakan apa yang dibawa itu benar. Ia perlu ada asas pegangan. KeADILan itu jelas, keBATILan itu jelas, yang masih kabur tentang keduanya maka asas pegangan itu terlihat rapuh. Kita bisa sahaja mengatakan bahawa rasuah itu haram, tetapi ‘insentif’ itu mereka kata halal. Terma yang dimanipulatif menghalalkan segala. Ini apa yang dipanggil sebagai terma menghalalkan cara.

Mahasiswa/i tidak harus pilih bulu!
Aktivis mahasiswa/i harus selari dengan inspirasi ini. Perkara yang benar tetap benar, dan zolim tetap zolim. Tidak bisa kompromi hanya kerana kita dilihat sefahaman dengan mana-mana parti politik. Maaf lah mahasiswa/i bukan lembu, diikat untuk mendengar kata. Ikut setiap bicara. Kita ketua memimpin rakyat, politisi tu siapa? Mereka hanya menggunakan kita. Sebab mereka tahu dihujungnya rakyat akan lihat kita bukan mereka.

Politik harus berambus mengikat mahasiswa!
Politisi oposisi lebih bijak, mereka mengikat mahasiswa/i sehaluan dengan mereka, sehinggakan mahasiswa/i dihambat agar ikut telunjuk mereka. Mahasiswa/i yang kemaruk untuk jadi politisi dan popular ambil jalan singkat untuk akur dan jadi lembu dicucuk hidung. Menjadi benteng kesalahan politisi yang sentiasa berkepentingan.

Malangnya bagi mahasiswa/i yang diperguna, mereka hanya ikut tanpa bicara. Kata mereka ia sebahagian daripada perjuangan. Mahasiswa/i seharusnya bangun melawan segala kezoliman. Tiada kompromi, persetankan politisi. Mahasiswa/i dilahirkan untuk memimpin bukan dipimpin. Kalau rasa hebat dikenali oleh politisi kerana sifat menjilat, tiada bedanya dengan mahasiswa/i pro kerajaan, yang mana sentiasa sokong aspirasi kerajaan walaupun ia menggadaikan prinsip perjuangan.

Parti Oposisi mengikat mahasiswa daripada bercakap benar!
Bangkitlah mahasiswa/i, bangunkan mahasiswa/i cara kita sendiri. Asingkan cengkaman politik kepartian yang berkepentingan. Biar rakyat menilai kepimpinan kita, melihat kebijaksanaan kita. Tiada hebatnya diperguna, kerana setiap keputusan akan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Soal kewangan harus difikirkan, usah bergantung harap kepada parti politik. Bangunkan gerakan yang tersusun dan intelektual. Lawan dengan aqal yang berfikir bukan emosi yang dipengaruhi.

Comments (0)