-PenTeman-

Menghalalkan perhubungan
Dipersimpangan memilih keputusan samada melanjutkan pengajian mahupun berkahwin awal. Ramai yang mengalami situasi ini ditambah pula apabila dihimpit dengan keputusan keluarga yang langsung tidak mendengar rintihan anak mereka. Tekanan apabila ibu bapa langsung tidak menyebelahi keputusan untuk 'mendirikan masjid' yang diputuskan oleh anak-anak. Campur tangan saudara-mara dan adik-beradik menambah burukkan keadaan bilamana mereka dilihat ‘memboikot’ daripada menghadirkan diri ke rombongan pertunangan mahupun pengantin.

Dilema Anak Muda
Ada juga sesetengah keluarga yang mengugut anak-anak mereka dengan memberi kata dua iaitu menyambung pengajian dengan tajaan penuh Pa&Ma atau bernikah dengan mencari duit sendiri. Demi memenuhi kehendak nafsu mereka, ibu bapa sanggup mengenepikan kehendak anak-anak mereka walhal anak-anak mereka sudah layak untuk bernikah ditambah pula usia-usia yang meningkat dewasa ini ramai anak muda yang diuji dengan nafsu nafsi.

Jangan Kahwin lari, pujuk mak ayah dulu!
Pada aku ‘sekeras-keras kerikil, dititiskan air maka berlekuk jua’. Perumpamaan ini harus menjadi sandaran kepada ramai anak muda yang berkehendakan berkahwin awal. Pemikiran kolot ibu bapa akan terus kekal dengan zaman mereka, namun peranan anak-anak iaitu meyakinkan ibu bapa mereka setidak-tidaknya membantu kepada pembuatan keputusan yang positif oleh ibu bapa. Yakin kan lah mereka dengan sifat berdikari kalian, sifat membuat keputusan kalian, sifat matang kalian dan yang paling penting sifat dewasa sebagai bakal suami/isteri.

Setelah sekian lama pemikiran klasik dibenak pemikiran mereka, maka anak-anak haruslah bersabar untuk memujuk ibu bapa mereka. Yakinlah dengan janji Allah bahawa setiap perancangan yang baik itu akan didahulukan dengan bantuanNya. Jangan putus asa, teruskan memujuk ibu bapa kalian.

Ingat! jangan hampakan ibu dan ayah!
Sekiranya kalian dipermudahkan urusan pernikahan, usahlah kecewakan ibu bapa dan mentua. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan mereka, sekiranya kalian berkesempatan bernikah diawal usia tikamana masih dalam pengajian maka teruskan sehingga graduasi jangan sesekali menamatkan pengajian hanya di tengah jalan. Tunjukkan kepada mereka bahawa hasil keputusan kalian untuk nikah awal adalah tepat.

Jangan mimpi kejayaan tanpa usaha
Kepada makhluk yang bergelar lelaki, kalian usah berani dibelakang. Mengungkap madah cinta, mengikat janji, menabur kepercayaan kepada wanita. Jumpa lah bakal mertua kalian, nyatakan hasrat kalian untuk bernikah awal. Usah gentar kerana setiap langkah yang baik itu akan didahulukan dengan bantuan Allah. Lelaki yang mengungkap madah cinta tanpa usaha bertemu penjaga wanita yang mereka cintai maka itu sekadar cinta haiwan. Iaitu sekadar ingin melempias nafsu mereka tanpa hubungan yang sah disisi agama!


Kejayaan itu harus didahulukan dengan usaha
Percayalah usaha kalian dengan bertemu bakal mentua pasti akan membuahkan hasil yang baik. Setidak-tidaknya bakal mentua kalian akan turut berfikir bahawa kalian merupakan insan yang ikhlas dan bertanggungjawab terhadap anak mereka. Dengan izin Allah, mereka akan berkehendakan memudahkan majlis kalian disatukan. Tunjukan keyakinan disetiap bicara kerana ia adalah ‘senjata’ yang membantu bakal mertua kalian rasa senang dan yakin terhadap anda!

Hayati makna perkahwinan.
Ini mungkin peringatan kepada ahli keluarga mana-mana pihak. Permudahkanlah urusan pernikahan ahli keluarga anda. Percayalah janji Allah, bahagia derita, rezeki bala, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya datang daripada Allah. Usah kalian membebankan mereka yang berkehendakan untuk bernikah awal, malah sepatutnya mereka dibantu. Disaat sokongan keluarga ditagih usahlah diherdik, disaat dokongan diperlu usahlah mereka dimalu.

Perempuan yang nikah awal ni adalah perempuan yang berkat. Buatlah keputusan untuk bernikah awal, kerana anda akan menyesal dengan hidup bercinta tanpa hubungan yang sah disisi agama. Seronoknya nikah sebab berteman, bahagianya nikah sebab halal, tiada gusar dan gementar dibawa kemana tanpa soal. Ini sekadar peringatan bersama.!

Comments (0)