-PenTeman-

Pemimpin Korup Khianat Rakyat!
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu telah dimaknakan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Tahniah kepada pengundi BN, kalian tidak ubah seperti pak pandir yang bodoh dan lurus. Mudah diperkotak katik dan dipermaikan dengan janji BN. Sudah bertahun lamanya BN menipu dan tidak menepati janji berkaitan kenaikan harga minyak, tapi pengundi yang bebal masih mengundi disebabkan oleh rasuah dan gula-gula politik semasa PRU oleh BN. Sekarang rasakan kalian golongan sederhana yang menyokong BN!

Barisan Nasional kerajaan 'nyamuk'
Kononnya kerajaan akan pastikan bahawa kenaikan harga minyak tidak menjejaskan kenaikan harga barang. Namun seperti sebelumnya janji hanya dicapati. Mereka tidak mampu untuk mengawal harga barang, yang mana akhirnya pihak kementerian akan akur dan menjadi dungu mengikut telunjuk pembekal. Belum habis isu barang bakal naik, dah timbul isu bakal naik tambang pengangkutan awam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPAD).

Kerajaan Zolimi Rakyat!
Penyokong BN yang dungu boleh bagitahu aku, setor mana yang terkecuali daripada pengaruh minyak petrol mahupun diesel? Goreng nasi memang guna minyak masak, tapi bahan-bahan yang dihantar oleh pembekal semestinya menggunakan khidmat pengangkutan. Ini bukan zaman batu guna sampan sebagai kenderaan. Tahniah sekali lagi pengundi BN yang rata-rata peneroka Felda, kakitangan Awam, dan orang melayu miskin dan sederhana. Disebabkan kebodohan kalian semua terpalit dengan kenaikan harga minyak!

BN mendapat minoriti sokongan rakyat!
Kerajaan menegaskan mereka bukan menyiksa rakyat, tapi bersifat bertanggungjawab. Dikatakan bahawadengan pengurangan subsidi minyak itu ia mampu untuk menjimatkan kewangan kerajaan sebanyak RM 33,000,000,000.00. Namun persoalannya adakah disebabkan kebocoran wang semasa PRU13 lalu mendorong kerajaan mendapatkan kembali sejumlah wang yang dihabiskan sebelumnya? Ini bukan perkara asing ia sudah berlajutan setiap kali selepas PRU. Kerajaan ini adalah kerajaan nyamuk, menghisap darah rakyat. Membebankan rakyat, menyusahkan rakyat.

Menteri Korup Rakyat Tanggung Beban!
Pak-pak menteri tidak akan merasa beban ini, mereka ada segala peruntukan. Hatta kereta rasmi mereka diberi minyak percuma, berkecuali tol. Rakyat ini dizolimi kerajaan mereka. Harga barang akan tetap naik, kos sara hidup terus naik, kos tambang pengangkutan pasti naik, dan rakyat akan kekal dengan pendapatan bulanan kelas miskin! Pemimpin hidup bermewah, rakyat menderita miskin. Tahniah kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Hjh. Najib dan Hj. Rosmah!

Comments (1)

On July 24, 2017 at 11:49 AM , Kleen Diesel said...


Salam admin,

Mohon tumpang comment untuk memperkenalkan produk kami iaitu emulsi diesel dengan air berjenama Kleen Diesel. Ia adalah produk diesel ditambah nilai sama seperti yang dihasilkan oleh syarikat minyak ternama Aquadiesel (Shell) dan Aspira (BP).
MN Fuel Solutions Sdn Bhd mempunyai paten dalam menghasilkan Kleen Diesel ini yang berkualiti.

Antara kelebihan Kleen Diesel:
1. Murah dari harga pasaran
2. Memberi lebih KM dengan pembakaran diesel lebih lengkap
3. Kurang opasiti asap dan pelepasan karbon, Nox
4. Pengecaman mudah untuk mengekang penyelewengan diesel
5. Mematuhi European Standard CEN CWA 15145: 2004

Sesuai untuk
1. Lori/Trailer/Jentera
2. Generator Diesel
3. Industri perkapalan

Kapasiti Pengeluaran Kami: 50,000 liter sehari

Kami bersedia untuk membincangkan peluang kerjasama antara MN Fuel Solution dan Yusri Maju.
Sila hubungi kami untuk temujanji mahupun pembelian di

MN Fuel Solutions Sdn Bhd
+603-7885 8663
Kompleks Kilang SME, Sunway Damansara
www.facebook.com/kleendiesel

Bakal pelanggan asli dan ejen juga dialu-alukan.