-PenTeman-

Pengambaran KL Gangster 2
Kecoh dengan lanun cetak rompak. Khabarnya Filem KL Gangster 2 dah tersebar sebulan awal. Berkokok lah si kapitalis kerana duit pelaburan mereka ranap. Bisinglah si orang bisness sebab pelaburan mereka ‘dirompak’. Mereka tidak pernah memikirkan hal lain, dalam kepala otak mereka hanya duit, untung, pulangan besar. Hal rakyat dizolimi ada mereka kisah? Hal tahanan penjara diseksa ada mereka risau? Hal penipuan dalam pilihanraya ada mereka cakna? Pendek kata mereka hanya memikirkan tekak, perut dan diri sendiri.

Datuk Yusof Haslam si Pelabur
Yusof Haslam dengan nada marah dan bongkak cakap dia melabur RM 4,500,000.00 dalam filem KL Gangster 2. Dia cakap juga yang anak dia Syamsul dah habiskan masa dua tahun untuk menjayakan filem tersebut. Komentar-komentar penggiat seni semuanya terarah kepada sikap lanun yang seolah-olah menabur pasir dalam periuk nasi mereka. Kecoh Yusof Haslam desak pihak berwajib termasuk kementerian terbabit untuk memandang serius penyebaran filem tersebut dalam YouTube. Dia menunjukkan perasaan marah sekiranya si lanun cetak rompak yang menyebarkan filem itu di YouTube hanya di denda RM 1,000.00 atau RM 2,000.00 oleh pihak berwajib.

Syamsul Yusof berang!
Ada dia pernah fikir yang kes Altantuya yang dibunuh tanpa sabitan? Pernah dia fikir tentang kes bunuh tahanan yang tiada pembelaan? Atau pernah dia berfikir yang kes culik, rogol dan bunuh kanak-kanak yang masih sampai sekarang tidak selesai?. Ini lah manusia yang pentingkan diri, tak habis-habis dengan tekak dan peruk sendiri. Orang kaya tak habis-habis cakap pasal pembelaan, orang miskin dihimpit dengan penindasan. Realiti si Kapitalis membuat keuntungan dari kesengsaraan orang ramai. Saat ini merayu-rayu mohon rakyat Malaysia tonton filem KL Gangster 2 di pawagam. Saat berputih mata rayuan terus berkumandang, saat untung dikaut rakyat tak dipandang. Resam si kapitalis, kaut untung keringat diperah.

Marahnya si kapitalis!
Si anak seni terus menyelar si lanun cetak rompak, kalau bab membela kezoliman langsung muka tidak nampak. Cakap pasal hak bukan kemain menegak. Dasar pentingkan diri dan tekak. Nasib orang lain tidak dihirau, nasib tekak dibela-bela. Agak melampau kalau aku kata artis semua begitu, mana ada mereka cintakan seni. Mereka cintakan wang dan untung. Semua mereka kapitalis! Hancur lah mereka si kapitalis!

Comments (0)