-PenTeman-

Logo Kongsi Gelap yang diwarta PDRM

OPS Cantas yang mencatatkan angka tangkapan yang membanggakan. Polis Bukit Aman bertanggungjawab dalam melancarkan operasi ini, seterusnya melancarkan perang kepada lebih 40 geng kongsi gelap di negara ini. Usaha KDN dalam mewartakan logo dan nama geng kongsi gelap harus dipuji, namun pada hemat aku KDN masih ada menyembunyikan nama-nama samseng ‘berdaftar’ lantas melindungi kumpulan ini. Kenyataan pihak polis yang mengatakan bahawa 10 kes tembak mati sudah selesai berikutan dengan tumpasnya geng samseng di Pulau Pinang tempoh hari harus diragui.

Tiada sebarang siasatan lanjut selepas kes polis tembak mati 5 orang samseng di Pulau Pinang, namun pihak polis mengatakan bahawa mereka telah menyelesaikan 10 kes tembak mati sebelum ini. Jelas ia hanya merujuk kepada modus operandi penjenayah bukan siasatan lanjut melibatkan siasatan forensik yang mana melibatkan bukti sains. 

Menteri KDN
Antara lain yang harus dicurigai adalah proses soal siasat yang dijalankan oleh pihak polis. Seperti yang semua sedia maklum proses soal siasat polis yang mendera suspek semasa dalam tahanan akan memberikan suspek tekanan dan mungkin suspek terpaksa menipu demi memastikan mereka terus hidup dan tidak didera. Keganasan polis menyoal siasat suspek bukan sahaja berlaku pada zaman ini malah sudah berlaku sejak zaman penjajah british lagi.
Ketua Polis Negara (KPN)
Tekanan yang dilalui oleh pihak polis untuk menyelesaikan banyak kes tembak mati baru-baru ini mendorong mereka mendera tahanan dengan kekerasan mental dan fizikal. Tidak hairan lah jika penangkapan suspek yang ramai oleh polis akan membawa kepada klu-klu seterusnya. Ini sebenarnya wayang pihak polis untuk menggula-gulakan rakyat bahawa rakyat berada dalam keadaan selamat. Hakikatnya SOP soal siasat lansung tidak dipatuhi dan disebabkan itulah mengapa ada kes suspek yang mati didalam tahanan.

Harus diketahui oleh pihak polis, rakyat secara mejoriti sudah lama meragui ketelusan kalian dalam menjalankan tugas. Ditambah pula dengan kes suspek yang mati didalam tahanan, lebih-lebih lagi kes rasuah yang melibatkan IPD dan IPK dalam melindungi aktiviti jenayah yang dilakukan oleh samseng dan gangster. 

Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)
Akhir kalam, tersemat didalam jiwa aku kata-kata bahawa ‘samseng dan gengster sebenar yang harus digeruni dan ditakuti rakyat adalah POLIS dan penguatkuasa. Ini kerana mereka berlesen dan berdaftar’. Rakyat hidup takut dinegara mereka sendiri, itu tanda bahawa pihak keselamatan gagal dengan tugas mereka!

Comments (0)