-PenTeman-

Keluarga Islami
Sebagai seorang suami pastinya kita merasakan kita hebat, gagah, kuat, ego dan pelbagai lagi perasaan terhadap kehebatan diri. Sampai saat kita merasakan isteri tidak layak untuk menasihati dan mendahului dalam membuat sebarang keputusan. Untuk insan yang belum dikurniakan Allah dengan kesempatan berfikir mungkin anda masih lagi dengan sifat-sifat yang aku sebutkan tadi.



Isteri adalah wanita yang disunting jejaka untuk menjadi permaisuri hati mereka. Sememangnya perempuan tiada kudrat yang kuat dalam pelbagai perkara, ada saja pertolongan yang dipinta daripada suami mereka. Mereka juga dilihat lemah dalam pelbagai perkara. Namun gagahnya wanita dan isteri ini mereka bisa melahirkan zuriat sang suami dengan merasa kesakitan yang perit selepas sakitnya kematian. Selemah-lemahnya mereka, mereka juga yang gigih menempuh keadaan diantara hidup dan mati semasa melahirkan zuriat sang suami. Bertarung nyawa demi memastikan kebahagian terus ditagih.

Saat Ujian Datang
Saat sang suami diuji dengan kesakitan. Isteri lah wirawati yang merawat dan melayan karenah suami. Walhal ketika itu suami diuji supaya berfikir bahawa isteri yang dilabel lemah itu lebih kuat berbanding mereka yang bergantung harap kepada isteri mereka. Sedarlah wahai sang suami, kuatnya kita, gagahnya kita tidak lain tidak bukan ia hanya sekadar pinjaman cuma. Usah rasa bangga dengannya kerana bila Allah berkehendakan mencabut nikmatnya maka lemah lah kalian malah lebih lemah berbanding dengan makhluk yang berada dimuka bumi Allah ini.

Dambaan Setiap Insan
Isteri merupakan kekasih sang suami, usah pukul, usah herdik, usah caci, usah maki dan usah sakiti mereka. Mereka adalah amanah kamu. Sayangilah mereka, terkadang mengada yang diterbit mereka bukan sengaja tetapi ia adalah cara untuk mereka tunjuk sayang mereka kepada kekasih mereka yang bergelar suami. 

Saat aku diuji sakit, lemahnya badan. Tangan tidak bisa menggenggam, tapak kaki tidak bisa melangkah, tekak tidak bisa menelan namun hadirnya sang kekasih melayan mesra tanpa penat dan lelah, menyuap dengan sabar, mengurut kepala dengan sungguh, merawat dengan kasih sayang tiada keluhan singgah dibibirnya. Hanya motivasi untuk melihatku sihat seperti sediakala. Harap nanti semasa sakitnya dia melahirkan zuriatku, aku akan berada disisinya untuk menemani dia di saat sukar semasa melahirkan warisku. InsyaAllah.

Doa seorang suami
“Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa saudara mara kami. Ya Allah kau lindungilah kami dari sifat cacat cela, sifat riak, sifat ujub, sifat berbangga, sifat lelah, sifat malas dan sifat bermegah-megah dengan harta kebendaan. 

Ya Allah, Ya Ghaffar, Ya Zaljalaiwaliqram. Kau Ampunilah Dosa-dosa ibu-bapa ku, murahkahlah rezeki mereka, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu kepada mereka, berilah kebahagiaan dihujung usia mereka. Ya Allah, Kau terimalah segala amal ibadah yang dilakukan oleh kedua ibu-bapa mertuaku, janganlah kau sia-siakan walau satu daripadanya. Kau ampunkani dosa-dosa mereka, murahkanlah rezeki mereka, limpahkan rahmat dan dan perlindungan kepada mereka, Berilah kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka. 

Ya-Allah kau ampunilah dosa-dosa isteriku, lembutkanlah hati serta jiwanya untuk mendengar segala nasihat yang baik dariku, jadikanlah dia seorang isteri yang taat, isteri yang solehah dan bakal ibu yang mithali. Seterusnya kau tempatkanlah dia didalam syurgamu, kedua ibubapa ku didalam syurgamu, kedua ibubapa mertuaku didalam syurgamu sekaligus kau masukkanlah aku didalam syurgamu, sesungguhnya kami tidak mampu menahan siksa nerakamu. 

Aku bersyukur kehadrat-Mu ya-Allah sesungguhnya telah engkau kurniakan bayi zuriatku didalam kandungan isteriku, kau sempurnakan zuriatku didalam kandungan isteriku dari segi fizikal dan mental sejak didalam kandungan ibunya lagi. Lahirkanlah dia sebagai seorang pejuang dan sebagai seorang hafiz dan hufaz. Agar dia akan menjadi insan yang berguna didunia mahupun akhirat. Maka kau perkenankanlah hajat kami ini ya Rabb.”

Comments (0)