-PenTeman-




Pendahuluan

Setelah berusia 1 tahun 6 bulan umur pernikahan kami akhirnya intan payung yang berada dalam kandungan selama kurang lebih 38 minggu 4 hari ditakdirkan tuhan melihat dunia. Suasana yang menggembirakan itu dirasai bukan sahaja oleh aku dan isteri malah mertua turut sama merasainya. Alhamdulillah, kami dikurniakan putera sulung. Segala urusan kami sangat-sangat dipermudah pencipta.

Cerita Bermula


Ceritanya begini, malam sebelum kelahiran isteri ajak keluar makan di luar yang terletak tidak jauh dari rumah. Tanpa membantah, aku ikutkan sahaja. Walhal barusan petangnya tanda-tanda kontraksi sudah dirasai. Namun bila ke klinik untuk diperiksa, Dr. kata masih belum ada tanda-tanda tiba masa melahirkan. Selesai makan (dating) berdua, kami pulang. Sepanjang malam itu isteri rasa tidak selesa, katanya heart burn. Perut rasa bergelojak. Aku masih mamai dan mengantuk, aku pujuk dia untuk tidur. Banyak kali aku tanyakan untuk ke hospital buat pemeriksaan. Namun isteri enggan. Lebih kurang jam 3 pagi isteri muntah-muntah. Saat itu aku tanyakan soalan sama, lantas isteri tidak menolak. Maka aku kejutkan mertua dan kami bergegas ke hospital berbekalkan kelengkapan serba lengkap untuk kelahiran si intan payung.

Awal pagi jumaat itu, aku dan bapa mertua bergegas ke Hospital Pekan yang terletak kira-kira 10 Km dari rumah mertua. Sampai di Hospital sekali lagi Dr. periksa isteri dan meminta aku meninggalkan sepasang pakaian intan payung beserta lampin pakai buang. Kemudian aku bertanya, macam mana nurse? Then dia kata sudah ada tanda kelahiran. Kemudian aku di suruh mendaftar di wad kecemasan. Setibanya di wad kecemasan, aku menunggu agak lama untuk pendaftaran melalui sistem dalam talian. Kira-kira 1/2 jam aku menunggu setelah selesai, aku terus bergegas ke labour room untuk menyerahkan borang pendaftaran tersebut. Kemudian nurse yang tadi minta sepasang pakaian intan payung, bertanyakan aku soalan, "Adakah encik mahu menyaksikan proses kelahiran?". Lantas dengan yakin aku menjawab, ya! Kemudian dia berkata "Okay, ikut saya." Dengan perasaan teruja aku pun mengikuti nurse tadi ke labour room.

Setibanya aku di labour room wad bersalin tersebut, kagumnya aku dengan kemudahan yang disediakan, tidak seperti kebanyakan hospital lain, labour roomnya sebuah bilik individu, beraircond dan boleh aku katakan selesa. Aku terus menuju ke sisi kiri katil isteri. Saat itu isteri masih lagi belum sedia untuk kelahiran penuh. Ku lihat riak wajah isteri menahan kesakitan, mengiring ke sebelah kanan sisi katil. Saat itu jam menunjukkan pukul 5 pagi. Kelihatan seorang Dr. perempuan, dan 2 orang jururawat yang bertugas menyambut kelahiran isteri. Alhamdulillah syukur kerana tiada Dr. lelaki dan jururawat lelaki yang bertugas untuk sambut kelahiran intan payung. Aku terus menghela nafas lega.


Selang beberapa minit kemudian, isteri sudah mula merasakan kesakitan sebenar untuk melahirkan. Saat itu jururawat bising dan sedikit bernada garang/tegas mengarahkan isteri meneran sekuat-kuatnya. Aku hanya diam dan terus memberikan sokongan kepada isteri. Aku usap kepalanya, aku bisikkan ketelinganya selawat, al-fatihah, aku berikan kata-kata semangat. Saat isteri aku meneran, akhirnya gugurlah airmataku kerana kasihankan isteri yang mengerang kesakitan. Setelah meneran kurang lebih 3 kali akhirnya intan payung sulung kami dilahirkan tepat jam 5.20am. Kemudian intan payung yang selesai dipotong tali pusatnya diletakkan di atas dada ibu yang mana diistilahkan sebagai 'first touch'.




Setelah itu nurse menyerahkan anak kami itu kepadaku untuk di azankan dan di iqomahkan. Selesai di iqomahkan, anak kami terus memberi respon dengan memancutkan kencingnya yang pertama di atas bajuku. Setelah itu aku serahkan semula kepada nurse yang menyambut, lantas terus ditimbang dan ditunjukkan kepada aku. Alhamdulillah, anakku 3.08 Kg.

Penutup




Alangkah sedih dan simpatinya aku terhadap keadaan isteriku ketika melahirkan. Begitu jugalah keadaannya ibuku melahirkan aku. Bukan mudah untuk meneran, bukan mudah untuk mengharungi kesakitan, bukan mudah untuk menjaga anak untuk dibesarkan. Semuanya pengorbanan yang tidak terhingga ibu yang melahirkan disamping ayah sebagai insan yang juga berperanan penting.

Kelahiran Qaleeph Ahmad Naquib sebagai intan payung sulung ini merupakan amanah Allah yang tidak terhingga. Akan aku dan isteri sedaya upaya mendidik, menjaga, memelihara dgn penuh tanggungjawab. Doakan anak yang lahir ini bakal menjadi pejuang kebenaran, anak soleh dan seorang yang sangat berguna kepada dirinya, keluarganya, agamanya, dan negaranya.

Comments (3)

On February 28, 2014 at 12:13 PM , Nurul Fatihah Binti Mohd Sobri said...

Tahniah Shimi & pasangan. semoga kalian berdua dikuatkan semangat dan dipermudahkanNYA urusan dalam menjaga amanah ini.InsyaaAllah. :D

 
On February 28, 2014 at 2:48 PM , Mohamad Tarmizi said...

Tahniah shimi.. kini bermula tanggungjawab baru..Kem salam kat biha.. jaga family elok2 dan didik dengan penuh kasih sayang :) Hope to see u guys soon!!

-Mohamad Tarmizi bin Kamarudin-
Member Rumah Tumpang Mafia Unisel

 
On May 9, 2014 at 11:14 AM , Reduan Jinhoon said...

tahniah akhie syimi....mabrouk...moga lahirnya seorang daie dan mujahid seperti ayahdanya....tabarakallahufiq....^___^