-PenTeman-


Walaupun pimpinan mahasiswa silih berganti, namun persoalan asas masih berbaki. Isu penempatan, keselamatan, pengangkutan, yang dirangkum dalam isu kebajikan ini langsung tidak di perjuangkan oleh pimpinan pelajar malah bersekongkol dengan pihak pentadbiran untuk menaburkan janji-janji kosong. Disisi mana sebenarnya pimpinan pelajar? Adakah mereka hanya sekadar berbicara bohong. Melunakkan bahasa untuk memujuk mahasiswa agar akur dengan keputusan yang tidak menguntungkan mahasiswa. Sesuailah digelarkan mereka ini penjilat dan pengampu pihak pentadbiran. Ikutkan sahaja segala kemahuan dan nafsu serakah politik pihak pentadbiran, akhirnya mahasiswa juga yang terbeban dek kerana sikap biadap pimpinan pelajar yang mengkhianati janji taat setia kepada mahasiswa. 

Hari ini tampil lagi penyambung legasi pimpinan penjilat ini, kali ini mereka lebih lunak berbanding sebelumnya. Isu menanti pasti berat untuk mereka tempuhi, namun mereka masih optimis untuk ‘mencuba’ yang terbaik. Mahasiswa tidak sepatutnya memilih mereka ini sebagai pemimpin kalian, cukuplah dengan apa yang mereka sudah lakukan kepada kamu. Kamu derita dek kerana pengkhianatan yang dilakukan mereka. Adakah kalian sanggup untuk menempuh setahun lagi dalam keadaan begini?


Sepanjang tempoh berkempen yang dibenarkan HEP, aku ada melihat pelbagai ragam parti yang bertanding. Ada yang jual slogan ‘student power’, ada yang guna logo genggaman tangan menumbuk langit, ada yang guna terma mahasiswa dalam motto parti. Pada aku kelunakan slogan, logo atau terma itu tidak penting, apa yang lebih penting adalah sikap mempertahankan hak mahasiswa secara total. Hari ini kalian jual semua slogan, logo dan terma ini, tapi jika kalian menang lantas kalian bersifat defensif kepada pihak pentadbiran sememangnya kalian layak dihukum dengan cacian dan makian malah tidak cukup dengan itu aku kira eloklah kiranya student berpiket untuk menuntut sekiranya kalian meletakkan jawatan segera.


Aku merasakan bahawa mahasiswa/i unisel terlalu tandus dengan program intelektual. Tiada satu pon program intelektual yang dapat dibanggakan sepanjang kepimpinan yang terdekat yang dapat aku nyatakan, cuma sewaktu pimpinan MPP 09/10 pernah juga menganjurkan wacana ilmu bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan wacana pimpinan muda bersama Y.B Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Pimpinan pelajar harus mendepani segala isu dan bukan hanya berseronok dan menjadikan status pimpinan pelajar sebagai alat untuk popular dan terkenal. Lebih memalukan bila tiada walau satu pimpinan pon selepas MPP 10/11 pernah membuat program bersama pimpinan pelajar sebelumnya. Sikap ‘bodoh sombong’ pimpinan sebelum ini jelas membuatkan pimpinan mereka dilihat sebagi badut lebih-lebih lagi sewaktu mereka menghadapi krisis mahasiswa untuk diselesaikan.

Maka aku menyuru kepada semua adik-adik mahasiswa supaya bersikap matang dalam memilih pemimpin. Disebabkan oleh keputusan anda mungkin sahaja anda akan menderita selama setahun. Pilihlah calon yang benar-benar layak memimpin, bukan sekadar pandai melunakkan bahasa dan menabur janji-janji manis tetapi waktu kalian didalam kesusahan mereka biarkan kalian seperti anjing kurap dan cacing kepanasan.

Saat ini, apa lagi yang mahasiswa ada? Semua hak pihak pentadbiran sudah nafikan. Mahasiswa yang bodoh sahaja akan berpeluk tubuh membenarkan hak mereka dilacur dengan rela. Maka pimpinan mahasiswa yang kalau sekadar dengan idea tanpa perlaksanaan hanya umpama pak pandir dengan angan-angan. Yakinlah bahawa setiap perbuatan baik kita akan dirahmati Allah, dan setiap langkah kita diatur Allah. Jangan takut untuk gempur segala kebatilan!

Comments (0)