-PenTeman-




Disaat negara di uji dgn kehilangan pesawat #MH370, dan konon-kononnya memperlihatkan kesedihan pimpinan tertinggi negara, namun dlm masa yg sama dtg satu berita mengejutkan iaitu 6org anak muda didapati mati semasa menghadiri sebuah 'party' liar (Konsert Festival Future Music) yang tidak keterbatasan malah menghidangkan alkohol dan dadah secara terbuka. Tahniah kepada kepimpinan najib kerana membolehkan bala ini menghancurkan anak muda!


Dimana PERKASA?, dimana UMNO?, dimana JAKIM?, dimana pula JAIS? atau lebih tepat lagi dimana mereka-mereka yang konon-kononnya pejuang akidah? Dimana jaguh pejuang akidah? Mereka ini semuanya syaitan yang tidur. Memecahbelahkan keharmonian bangsa dan agama, niat mereka bukan berkiblatkan agama, tapi kepentingan politik semata.



Tahniah kepada pimpinan negara, kalian mmg berjaya menunjukkan sedih dlm isu #MH370, tapi sedarlah bahawa lakonan kesedihan kalian gagal disamping sikap menyampah rakyat bertambah dan membuak apabila isu kematian 5org anak muda ini mula dilaporkan media tempoh hari.


Ketua polis negara bukan kemain ugut org ramai sebelum ini, jgn langgar undang-undang, jgn turun demo jalanan, katanya untuk menjaga keamanan negara. Tapi dlm isu ini, mereka hanya bertindak selepas ada kematian. Kalau tiada kes yang mati, tidak pula konsert ini diharamkan. Dimana peranan polis dalam menjamin keselamatan? Walhal konsert tersebut mendapat akses mudah untuk mabuk dan khayal. Negara apakah ini? Ini bukan las vegas, bukan amerika, bukan negara barat, ini Malaysia, negara yang byk menerapkan budaya timur.

Belum pernah ada konsert yang bercampur lelaki dan perempuan berakhir dgn sesuatu yang baik. Kalau ada pihak yang pertahankan penganjuran konsert aku yakin yang kalian lebih arif bagaimana kesudahan dan keadaan semasa konsert sedang berlangsung. Khayal, mabuk dan maksiat berleluasa sepanjang konsert berlangsung. Sbb itu aku tidak pernah setuju dengan penganjuran mana-mana aktiviti melampau.

Rakyat perlu sedar, umno dan pemimpin BN sedang memimpin kalian ke lobang neraka. Siapa yang memilih mereka sebagai pemimpin, siap sedialah melangkah bersama mereka. Ini bukan bala kecil, ini bala yang sangat besar.

Ini baru sahaja kes yang nampak, bagaimana pula dgn kes yang disembunyi media seperti rumah pelacuran brickfield? Sarang pelacuran di bandaraya kuala lumpur? Insyaallah lepas ini akan datang bala-bala besar lain. Ini semua dek kerana sikap rakyat yang silap memilih. Anda pilih, ada tanggung lah akibatnya.

Comments (0)