-PenTeman-

Alhamdulillahirobil'alamin..





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Syukur kehadrat ilahi atas limpah dan kurnia serta kasihnya aku masih diberi peluang untuk mengutip cebisan ilmu, sekaligus menamatkan pengajian di UKM. Tanggal 3, bulan November, tahun 2014 menjadi saksi kepada pengijazahan pengajian master aku di UKM. Di temani isteri dan anak aku rasa penuh berkat kerana mereka berdua inilah kekuatan yang aku ada, sentiasa mendampingi ku setiap masa dan ketika.





Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terucap banyaknya kepada semua guru-guru, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberikan pemahaman yang baik terhadap nilai ilmu yang dikongsi.

Selain itu, aku juga ingin memanjangkan ucapan ini kepada mak ayah dan ma abah yang senantiasa memberikan galakan moral dan sokongan serta dokongan dalam pelbagai bentuk sepanjang pengajian selama ini. Melahirkan, membesarkan, dan memberikan pendidikan kepada diri ini tuntas menjadikan diri ini sedikit sebanyak terisi dengan kekayaan ilmu yang dicubit daripada ramai tenaga pengajar namun guru yang layak di beri pujian sudah tentulah kalian yang mula memperkenalkan aku dengan kelimpahan ilmu sedari kecil lagi. Memahami status ku sebagai seorang pelajar membuatkan jiwa ini tercuit. Aku sedang berjalan menuju perigi ditengah-tengah padang pasir yang banyak dugaannya. Aku tabahkan hati, tetapkan matlamat agar perigi yang aku tuju itu bukanlah satu hayalan tetapi sebagai satu matlamat yang nyata. Kini perjalanan aku hampir sampai, masih berjalan. Belum berhenti walau dihujung penglihatanku sudah terlihat perigi yang ingin aku tuju. Doakan lah kejayaan aku ini. Kerana kejayaan ini aku ingin kongsikan bersama kalian.






Honey dan Qaleeph. Insan yang senantiasa menjadi kekuatan diri ini. Melayan karenah, pe'el dan perangai turun naik waled setiap hari. Namun kalian berdua tetap bersabar walau hidup kita masih dalam kekurangan, sedarlah perjalanan kita ini perjalanan menuju bahagia bukan derita dan sengsara. Hanya satu stesen lagi kita akan singgah sebelum semuanya ini berakhir. Walaupun waled yang melanjutkan pengajian, namun selayaknya kalian berdualah graduan yang layak diijazahkan kerana masih lagi berdiri teguh disamping waled.





Aku harapkan apa yang aku kecapi ini akan menjadi inspirasi kepada anakanda supaya beliau juga akan menyimpan cita-cita besar malah lebih daripada yang aku capai hari ini. Hadiah kejayaan ini aku dedikasikan kepada emak, ayah, ma, abah, honey dan qaleeph yang aku cintai dan kasihi. Terima kasih.

Dibawah ada aku kongsikan beberapa foto untuk perkongsian bersama...


.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.

.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.



.
.
.

.
.
.

 .
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.


.
.
.



Comments (0)