-PenTeman-

Setahun yang lepas kami dikurniakan putera sulung. Alhamdulillah, apa yang kami minta Allah perkenankan. Saat itu pertama kali isteriku melahirkan anakanda QAN seberat 3.08 seawal jam 5 pagi. Aku berada didalam labour room menemani isteri dgn izin jururawat bertugas.

Tahun ini sekali lagi kami dikurniakan cahaya mata, namun bezanya kali ini kami menyambut puteri sulung. Masih di Hospital yang sama iaitu Hospital Pekan, dihening menjelang subuh juga sekitar jam 5 pg. Sedikit berbeza, puteri kami ini mempunyai berat 3.70 kg iaitu 0.62 kg lebih berat berbanding anak sulung kami. Alhamdulillah, seperti sebelumnya, proses bersalin sungguh mendebarkan.

Isteri aku bertarung nyawa melahirkan puteri sulung kami. Berpeluh-peluh diruang labour room yang kedinginan. Sungguh!! aku kasihankan isteri yang meneran beberapa kali sebelum puteri sulung kami berjaya dikeluarkan.

Kalau dulu aku dukung qaleeph didalam labour room, ngadap qiblat dan laungkan adzan dan iqomah kedengaran sayup-sayup dikedua belah telinga.

Kali ini, dalam dakapan isteriku aku bisikkan kalimah adzan dan iqomah. Sejurus itu puteri kami terus diam seolah-olah tenang dgn kalimah yang membesarkan Allah.

Alhamdulillah, seperti sebelum ni, yang menyambut kelahiran adalah jururawat wanita dan di selia oleh seorang Dr. wanita. Setiap hari aku berdoa agar yang menyambut adalah wanita agar aurat isteri terpelihara.

Sebagai seorang bapa aku bertanggung jawab memilih nama yang baik untuk anak. Dengan meraikan demokrasi, aku berbincang terlebih dahulu sebelum memuktamadkan nama puteri sulung kami. Setelah mencapai persetujuan maka nama Ufaira Azka Salsabila dipilih kami berdua. Maksud disebalik nama tersebut adalah wanita pemberani yang cerdas dilihat indah dan menenangkan (salsabila merupakan sungai yg berada didalam syurga juga disandarkan dengan maksud keindahan dan ketenangan).

Jiwanya berani, minda dan aqalnya cerdas akhlaknya indah dan menenangkan umpama sungai yang mengalir didalam syurga.

Semua ibu dan bapa mendambakan anak penyejuk mata, tenang jiwa. Moga kelahiran pelengkap ini memenuhi impian yang didambakan.

Itulah sedikit sebanyak yang bisa dikongsi bersama. Mohon doa daripada kalian yang singgah membaca coretan ini.

Comments (0)