-PenTeman-


Melihat perkembangan politik kampus di gedung ilmu dimana saya menuntut ilmu suatu ketika dahulu semakin subur maka jelas membuatkan diri ini gembira dan suka. Keadaan ini bukanlah terjadi secara tiba-tiba, namun suka saya ingatkan bahawa ia adalah usaha mahasiswa/i terdahulu, yang memastikan kesedaran berpolitik ini akan terus disambung oleh adik-adik terkemudian. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada adik-adik yang dari setahun ke setahun mengekalkan budaya pilihan raya kampus ini. Sekurang-kurangnya nilai politik kampus terus kekal di sana.

Melihat perkembangan ini saya yang hanya berstatuskan alumni hanya melihat dan memerhati dari jauh. Tidak cukup dengan itu, berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa ini saya lakukan sedikit analisis tentang pencapaian wakil pelajar dari awal penubuhan unisel lagi. Secara keseluruhan saya dapati bahawa benih-benih semangat demokrasi tersemat rapi dihati mahasiswa/i. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/i yang menjayakan Pilihanraya Kampus (PRK) unisel pada sesi ini.

Ada beberapa perkara yang hendak saya tegur khusus buat adik-adik yang baru berjinak-jinak untuk memperkasakan politik kampus. Untuk pengetahuan, saya adalah calon yang bertanding kerusi umum MPP 2011 dan sekaligus mendapat undian tertinggi pada ketika itu. Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan-pasukan PRK yang membantu ketika itu. Berikut adalah telahan saya ketika menonton video live pengenalan calon semalam;

1) Penggunaan ayat ketika perbentangan manifesto perlu diperbaiki. Penggunaan perkataan "korang" bagi merujuk kepada seluruh mahasiswa/i perlu ditukarkan kepada perkataan kalian. Ini kerana bahasa pasar akan menunjukkan kelemahan pengucapan awam calon, sekaligus membuatkan pengundi merasakan calon tidak layak untuk diundi. Cuba perbaiki dari masa ke semasa.

2) Penelitian kepada manifesto adalah perlu, jika tidak banyak isu remeh diperjuangkan. Sebagai contoh, isu pokok, isu pengecualian yuran, isu longkang dll. Ini penting kerana mahasiswa/i yang mengundi sedikit sebanyak akan mengundi berdasarkan manifesto.

3) Kebanyakan calon hanya memberi fokus kepada kampus masing-masing dan tidak dilihat cuba membawa usul untuk kedua-dua belah kampus. Disebabkan dalam peraturan pilihanraya tidak menggariskan larangan untuk berkempen dimana-mana kampus (waktu saya dulu tidak menjadi larangan peraturan PRK) maka menjadi tanggungjawab calon umum menjaga kebajikan kedua-dua kampus secara keseluruhan.

4) Tiada seorang pon calon (video live pengenalan calon kampus shah alam semalam) memperjuangkan nasib pelajar antarabangsa. Perjuangan hak-hak pelajar antarabangsa perlu sama diperjuangkan bagi membolehkan kebanyakan mereka rasa dihargai sekaligus sokongan akan diberi kepada calon.

5) Cara lontaran suara, gaya intonasi suara dan segala seni pengucapan awam perlu dikuasai bagi menyakinkan pengundi dalam proses membuang undi nanti.

Akhir kalam, saya ucapkan maju jaya kepada kalian yang bertanding. Samada anda bertanding kerusi umum atau kerusi fakulti, kalian sudah pun menyemai benih-benih demokrasi kepada seluruh mahasiswa/i unisel. Tahniah kepada kalian!

Muhammad Shahimi Ariffin (mushariff)
Alumni MPP 09/10
Alumni Fakulti Sains dan Bioteknologi (FaSBio)
Alumni Universiti Selangor (unisel)

Comments (1)

On May 11, 2017 at 10:30 AM , PAk RUDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣